04 - NOMBOR

3.6K 473 34
                                    

Suasana di dalam bilik guru sepi dan tenang. Sejuk dibelai angin penyaman udara.

Teddy merenung kertas matematik tambahan yang baru dihulurkan oleh guru kelasnya.

0%

Itulah markah yang diberi. Ujian yang diambil bagi menentukan kelas mana yang patut dia masuk. Kertasnya pula bersih dan suci tidak bersentuh dengan titisan dakwat pena langsung.

"Kamu ada masalah? Kamu boleh berbincang dengan saya secara peribadi. Saya akan cuba bantu kamu."

Encik William mengukirkan senyuman. Kaca matanya dibetulkan. Melalui pemerhatianya pelajar baru ini mungkin mempunyai masalah keluarga juga tekanan kerana cuba menyesuaikan diri di tempat baru.

Teddy hanya sekadar mengangguk. Fikirannya jauh memikirkan hal lain.

"Kamu ada apa-apa masalah ke? Saya tengok kamu sangat tertekan."

Ujar gurunya prihatin.

Pelajar baru itu kekal membisukan dirinya dan hanya sekadar menggeleng kepala. Tersalah angguk pulak tadi.

"Saya tau memang susah nak suaikan diri. Tapi jangan risau lambat-laun kamu akan biasa. Oh, kalau ada sesiapa yang buli kamu, jangan takut untuk laporkan pada saya."

Bahu pelajarnya di tepuk.

Bersungguh-sungguh guru itu ingin membantu menenangkan hati pelajarnya.

"Baiklah, ini set seragam sekolah. Mulai esok kamu dah boleh pakai seragam lengkap."

Ujar cikgunya tersenyum sambil menghulurkan pakaian sergam yang dilipat kemas di dalam plastik jernih. Walaupun sudah tua. Masih manis lagi kelihatan wajah gurunya.

"Terima kasih."

Ujar Teddy ringkas. Pakaian diambil dan terus dimasukkan ke dalam beg. Pelajar baru itu kemudian melangkah keluar dari kamar guru. Hari sudah senja. Pelajar lain sudah pun pulang ke rumah. Sekarang tiba pula masa dia pulang ke rumah.

"Oi!"

Claire menepuk bahu Teddy. Lama dia tunggu pelajar itu keluar. Senyuman menampakkan baris gigi terukir.

Langkah pelajar baru itu terhenti. Teddy hanya sekadar merenung kosong pandangan wajah si gadis yang manis. Apahal perempuan ni?

Claire tertawa janggal. Tak guna. Teddy langsung tak teruja melihat kehadirannya.

"Aku Claire."

Ujar Claire sambil tersenyum memperkenalkan dirinya. Tangannya dihulurkan.

Krik...krik...

Sepi. Tiada jawapan daripada Teddy. Tangan Claire langsung tidak disambut.

Cis, tak guna. Dia ni memang tak mesra alam langsung. Senyuman jaggal kekal terukir di bibir Claire.

Tanpa sebarang suara, Teddy terus mengatur langkah pergi.

Apakah!

"Oi, tunggu jap!"

Terkial-kial Claire mengiringi Teddy sambil membetulkan beg sandangnya yang penuh dengan buku teks.

"Nama kau siapa?"

Claire memberanikan diri bertanya. Senyuman manis diukirkan.

Teddy pula langsung tidak menunjuukkan minat untuk memberi sebarang respon.

Claire mencebik. Urgh, geramnya. Lagak sombong. Acah-acah tegap dan kacak padahal kurus-kering macam papan lapis.

Tak apa Claire. Buat masa ni sabar dulu.

TEDDY (Sample) Where stories live. Discover now