16 - DIPANAH TOMBAK

2.8K 368 8
                                    


Claire
Robin, Ini aku. Claire.


Apahal?

Claire
Kau boleh datang
jumpa aku kat
Taman Magna?


Bila?

Claire
Dalam pukul 11
malam camtu.
Ada sesuatu yang
aku nak bagitau
kau.


Ok.

Robin kelihatan sedang duduk di atas bangku taman berhadapan dengan pancutan air. Menghembuskan asap rokok. Sunyi dan sepi sahaja suasana di Taman Riadah Magna. Yang cuma kedengaran adalah bunyi pancutan air dan juga desiran daun pohon yang dibelai hembusan angin malam.

Tiada sesiapa pun kelihatan di situ melainkan Robin. Pandangan matanya merenung jam tangan. Pukul 11:20 malam. Perasaan lelaki itu sarat bercelaru. Berdebar menanti jawapan daripada Claire. Juga panas hati menanti kehadiran gadis itu. Ingat dia selaku teman lelaki ke tunggu si betina datang bersiap berjanji temu?

Robin melemparkan puntung rokok.

"Perempuan ni menipu ke? Siaplah kala-"

"Robinnnnnn!!"

Kedengaran sayup-sayup suara seorang gadis menjerit namanya. Robin tersentak. Pantas lelaki itu berdiri.

Kelihatan seorang gadis berlari menerpa ke arah Robin.

Robin berkerut. Itu-

"Robin! Maafkan aku."

Terus Jenny mendakap erat tubuh sepupunya.

"Jenny? Apa kau buat kat sini?"

Robin terpinga-pinga.

"Maafkan aku Robin..aku bodoh percaya cakap dia."

Jenny melekapkan wajahnya pada dada Robin.

"Aa-"

"Ih! Apa ni! Bau asap! Busuk!"

Jenny terus menolak tubuh Robin.

Robin berkerut seribu. Apa maksud semua ini? Adakah segala tanggapan buruk Jenny terhadap dirinya telah terhapus?

"Jenny? Claire dah mengaku?"

Robin bertanya inginkan kepastian.

"Tak..Robin. Kau patut minta maaf pada Claire!"

Jenny mengherdik.

"Apa maksud kau?"

Pandangan mata Robin tertacap pada Claire yang berjalan menghampiri.

"Err..Robin..ada salah faham."

Claire berhenti melangkah di sisi Jenny. Laju betul dia lari. Tak dapat Claire nak kejar.

"Claire?"

Robin mati kata-kata. Sungguh dirinya tidak faham apa yang berlaku.

"Robin, Claire tak bersalah! Tapi Dallas!"

Jenny pantas bersuara!

Pandangan mata Robin terbuntang luas saat nama Dallas disebut. Jantungnya mula berdegup dengan irama yang tidak normal. Irama galau dan sakit hati.

"Apa? Dallas?"

Bertambah kedutan pada dahi Robin. Wajahnya jelas mempamerkan ekspresi penuh kekeliruan.

"Claire tak tau apa-apa. Claire tak mereka cerita. Tapi Dallas! Dallas yang bagitau aku kau buat benda tak elok pada Claire."

Bersungguh-sungguh Jenny mendedahkan segalanya!

TEDDY (Sample) Where stories live. Discover now