KEDIAMAN KELUARGA LOUKAS.
02:30 PAGIPuan Loukas menghirup minuman kopi. Pandangan mata asyik membaca majalah fesyen.
Jenny melangkah keluar dari kamar tidur. Berjalan perlahan-lahan menghampiri ibunya.
"Mama.."
Jenny berbisik perlahan seraya duduk di atas sofa empuk bersebelahan dengan ibunya.
"Ya, Jenny, Ada apa?"
Gabriella menoleh pada anak gadisnya.
" Boleh kita berbincang?"
Jenny merenung pandangan mata ibunya dalam-dalam. Air liur diteguk.
"Kenapa ni sayang? Kamu nampak susah hati."
Majalah fesyen diletakkan dia atas meja. Wajah anaknnya diusap perlahan.
"Tapi mama kena janji. Jangan bagitau abah."
Jenny berbisik perlahan seraya menjeling pintu bilik tidur ayahnya yang garang itu. Perbualan ini tidak boleh diketahui ayahnya. Bahaya.
"Baiklah. Mama janji. Kenapa?"
Puan Loukas berjanji. Tangan anakknya digenggam.
"Robin..."
Jenny menghembuskan keluhan.
"Kenapa dengan Robin? Dia buat perangai lagi?"
Ibu Jenny berkerut. Sudah mula risau saat mendengar masalah Robin apatah lagi kerana suaminya begitu bencikan Robin.
Jenny mengangguk.
"Apa lagi dia buat? Dia mencuri lagi ke?"
"Tak, mama. Sejak berkawan dengan Dallas dia dah tak mencuri lagi."
"Nasib baiklah, Dallas tu ada. Kalau tak makin teruk perangai dia. Mama harap dia tak kikis duit budak tu."
"Entahlah, mama. Itu Jenny tak pasti tapi benda ni Jenny dengar daripada Dallas sendiri."
Jenny menundukkan pandangan matanya. Kecewa.
"Apa yang Dallas cakap?"
"Dallas tak cerita secara menyeluruh. Mungkin tak nak burukkan kawan dia. Tapi Dallas cakap Robin mungkin ada buat benda tak senonoh pada Claire."
Jenny meluahkan rasa kecewanya berdasarkan apa yang direka cerita oleh Dallas.
"Apa?"
Pandangan mata Gabriella Loukas membuntang.
"Ya, mama. Mama nasihatkanlah Robin. Kalau papa tau nanti habislah."
Jenny merayu pada ibunya.
"Baiklah, mama cuba."
Si ibu mengeluh. Susah hatinya.
"Dah, cukup. Tak payah nak nasihat dia lagi. Aku akan halau dia keluar dari rumah ni."
Suara garau seorang lelaki tiba-tiba mencelah.
"Abah?"
Jenny dan ibunya tersentak.
"Abang tak tidur lagi?"
Gabriella mula berdebar apabila suaminya muncul.
"Gabriela. Aku dah kata aku tak nak bela anak buah kau! Dia akan rosakkan keluarga kita!"
Gandor Loukas meluahkan rasa bencinya.
"Abang? Apa ni?"
Si ibu cuba menyembunyikan kesalahan anak buahnya.
YOU ARE READING
TEDDY (Sample)
Mystery / Thriller(Editing in Progress) Claire Verena, si gadis sunyi yang mengimpikan keajaiban berlaku dalam hidupnya. Bagaikan hajat dikabul bintang harapan, dirinya bertemu dengan seorang pelajar baru di sekolahnya. Teddy. Pelajar yang serba-serbi kekurangan. S...