13 - AMARAH ROBIN

2.7K 373 6
                                    

Pandangan mata Claire terbeliak merenung wajah bengis Robin? Mulutnya terasa begitu sakit apabila ditekan dengan begitu kuat oleh telapak tangan Robinson Howie. Kenapa dengan Robin? Apa yang dia nak?

"Aku bernasib baik sebab kau pasang lagu kuat-kuat."

Robin berbisik perlahan bersama satu senyuman sinis. Lelaki itu kemudian merentap wayar fon telinga dari kedua lubang telinga Claire.

Sungguh Claire berasa gentar ketika ini. Jantungnya berdegup dengan begitu kencang.Keringat dingin mula memenuhi dahinya.

"Kau dengar tak apa aku cakap tadi?"

Robin bertanya dingin seraya itu pandangan matanya melirik pada telefon pintar yang terjatuh di atas jalan berbatu. Mestilah dengar. Alat komunikasi itu sudahpun terpadam. Segala lagu yang memekak tadi kini sudah senyap.

"Kau dah puas hati?"

Pandangan mata Robin kembali merenung wajah Claire.

Dahi Claire berkerut. Dadanya berdegup kencang saat melihat pandangan mata Robin yang penuh dengan amarah. Puas hati? Apa maksudnya?

Perlahan-lahan Robin menurunkan tangannya. Claire masih terdiam seribu bahasa. Terlalu takut. Nak lari? Walaupun Robin tidak menyentuhnya namun tubuh lelaki itu sudah cukup untuk mengepung tubuh gadis itu keluar dari lorong sempit.

"Jawab! Sekarang kau dah puas hati belum?! "

Robin menyergah sekuat hati pada wajah Claire!

Tubuh Claire menggeletar terperanjat akan sergahan lelaki itu. Terasa seolah-olah jantungnya gugur.

"A-apa? Aku tak faham?"

Claire memberanikan diri untuk bersuara namun nadanya jelas kedengaran gugup.

"Bohong! Jangan bohong!"

Robin terus meninggikan suaranya. Langsung tidak mampu memyekat amarahnya. Sakit hatinya berganda-ganda kerana menyangka Claire cuba berdusta dan menafikan segalanya.

"Aku ta-"

"DIAM! KAU JANGAN BERANI NAK NAFIKAN!"

Suara Robin semakin lantang dan bergema di lorong sempit. Timbul-timbul urat di dahi dan juga tengkuknya saat menjerit terpekik bagaikan dirasuk syaitan.

Claire menekup telinganya. Air mata Claire mencurah jatuh.Sungguh dirinya berasa takut yang amat. Apa yang berlaku? Kenapa semua ini terjadi? Langsung dirinya tidak faham apa yang sedang berlaku.

"Sekarang baru kau tau nak takut? Sebelum ni kau tak fikir kan natijahnya?"

Nada Robin kini kedengaran mendatar. Namun, dadanya masih berombak deras. Bila-bila sahaja lelaki ini akan mengamuk dan menggila.

"Robin..aku tak faham.."

Claire bersuara terketar-ketar.

"Diam! Seumur hidup aku. Aku tak pernah rasa nak tampar seorang perempuan."

Robin menunding jari pada dada Claire.

"Kau buat aku rasa nak tampar kau! Kelar kau hidup-hidup! Bunuh kau! Aku memang betul-betul nak bunuh kau! "

Semakin lama suara Robin semakin meninggi. Sungguh lelaki itu tidak lagi memiliki kesabaran.

Bibir Claire terketar-ketar menahan esak. Namun, tak berapa ketika tiba-tiba kedengaram derap-langkah kaki menghampiri.

Pandangan mata Claire terbuntang saat terlihat susuk tubuh seorang lelaki tiba-tiba mucul di hujung simpang masuk lorong sempit di mana Claire dikepung Robin. Seorang lelaki berjaket berkerudung hitam kelihatan berdiri di situ.

"Teddy?"

Claire berbisik perlahan nama lelaki itu. Pandangan matanya berkaca-kaca. Pandangan yang merayu memohon pertolongan.

Robin turut menoleh. Pandangan mata lelaki itu terus merenung pelajar baru itu.

Teddy hanya sekadar berdiri di situ. Mempamerkan ekspresi wajah kosong tanpa perasaan. Kedua tangannya mengepal buku lima. Air liur diteguk. Jantung Teddy mula dipalu kesesakkan debaran yang luar biasa.

"Kau nak masuk campur? Marilah.."

Ujar Robin penuh angkuh.

Teddy hanya sekadar membisukan dirinya. Lelaki berwajah cengkung itu hanya mampu merenung pandangan mata Robinson Howie.

Claire mengigit bibirnya. Jantung gadis itu berdegup dengan begitu kencang. Dirinya kini benar-benar bergantung harap pada Teddy.

Lama Teddy dan Robin bertentang mata namun, tak berapa lama kemudian, akhirnya lelaki berwajah pucat itu pun menundukkan pandangan matanya. Terus melangkah pergi meniggalkan mereka berdua di situ.

Tak ada gunanya Teddy bertindak. Teddy bukan lawan Robin. Lagipun, Teddy tidak lagi mahu berdepan dengan Claire. Tidak lagi. Seboleh-bolehnya Teddy mahu menjauhkan diri daripada semua orang.

Air mata Claire menitis. Sampai hati. Seandainya benar Teddy begitu meluat akan dirinya tak boleh ke Teddy membantunya dan menganggap dirinya sebagai orang asing?

Robinson tertawa sinis. Lelaki itu kembali menoleh pada si gadis berambut kuning keemasan dan bermata biru.

"Claire. Malangnya nasib kau. Sekarang tak ada sesiapa pun akan bantu kau."

Pisau dikeluarkan dari sisipan pinggang. Sebelah tangan Claire diangkat. Bilah pisau yang tajam diletakkan pada pergelangan tangan Claire Venema.

Air mata Claire semakin banyak mencurah-curah jatuh. Lututnya mengigil ketakutan.

"Aku bagi kau satu lagi peluang. Bersihkan nama aku, yang kau dah kotorkan pada Jenny."

Robin merenung tajam pandangan mata gadis itu.

"Disebabkan kau kawan baik Jenny. Aku lepaskan kau. Kalau bukan sebab perempuan bodoh tu aku dah lama bunuh kau."

Robin melepaskan tangan Claire dengan kasar. Pisau kembali disimpan di dalm saku seluar jeans bewarna biru.

"Kalau kau gagal. Aku tak akan teragak-agak bunuh kau."

Lelaki itu memberi amaran keras dan terus melangkah pergi meninggalkan Claire Venema seorang diri di lorong sempit.

Bibir Claire terketar-ketar menahan esak. Robin dah pergi? Lelaki itu sudah tiada. Sungguh gadis itu berada di dalam ketakutan yang luar biasa. Lutut yang menggigil akhirnya rebah di atas jalan berbatu.

Bagaimana semua ini boleh berlaku? Kenapa dirinya langsung tidak faham apa yang sedang terjadi?
Disebabkan rasa takut dan gementar yang luar biasa, Claire terus melepaskan esakkannya di lorong sempit itu seorang diri.

Bagaimana semua ini boleh berlaku? Kenapa dirinya langsung tidak faham apa yang sedang terjadi? Disebabkan rasa takut dan gementar yang luar biasa, Claire terus melepaskan esakkannya di lorong sempit itu seorang diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TEDDY (Sample) Where stories live. Discover now