Prolog

4.4K 78 7
                                    

"Ahhh bencinya aku! Apa-apa pun semua nak ikut kepala dia. Bukannya pernah nak fikirkan perasaan aku ni! Semua nak dengar cakap dia je. Aku buat ni salah, aku buat tu salah. Dah tu apa je yang betulnya?"

Rengusan kasar dihela oleh Aien. Susah betul dapat teman lelaki macam ni. Ikutkan hati sekarang juga dia nak minta putus tapi tulah. Sayang tu masih ada.

Ayana yang dari tadi khusyuk mendengar hanya mampu menggeleng.

"Tula kau, siapa suruh bercinta. Cuba contohi aku ni. Single mingle always available."

Pujian dihadiahkan oleh Ayana buat diri sendiri dengan muka terlebih bangga. Aien mencebik.

"Tak ada kerja aku nak contohi kau. Lelaki datang semua kau tolak. Aku tak tahulah kau ni tunggu siapa sebenarnya. Berharap Sunwoo jatuh dari langit kut. Ayana... Ayana. Kau jangan sampai jadi andartu sudah. Cerewet sangat kau ni," bebel Aien menyebabkan Ayana pula yang mencebik bibir kali ini.

Aien dan bebelannya memang tak boleh dipisahkan.

"Hurm.. tapikan Ayana, dah alang-alang kita buka topik cerewetnya kau pilih lelaki ni aku nak tanya kau something. Selama 22 tahun kau hidup ni takkan kau tak pernah minat mana-mana lelaki? Mesti kau pernah minat someone kan? Apa kata kau bagitau aku. Kitakan kawan..."

Pujukan Aien hanya dibalas dengan wajah tak ada perasaan Ayana. Lelaki? Pernah ke dia jatuh cinta dengan mana-mana lelaki?

Dalam pada Ayana sibuk berfikir, tiba-tiba sahaja pandangan matanya jatuh pada sesusuk tubuh jejaka yang sedang melangkah ke arah mereka. Jantung yang tadi berdegup tenang kini sudah tidak teratur.

Senyuman manis yang dilemparkan si jejaka itu buatkan tubuh Ayana kejung tak bergerak. Pandangan langsung tidak dialih malah matanya kekal mengekori langkah si jejaka. Aien yang perasan akan gelagat Ayana mula memerhati ke arah yang sama.

"Arief?"

Ayana tersentak. Hilang terus lamunannya.

"Sekejap. Ayana kau jangan bagitau aku yang kau suka Arief!"

"Ehh... mana ada!"

"Dah tu yang kau tak berhenti pandang dia tu kenapa?"

Bibirnya digigit. Riak kosong ditayang.

"Gila kau, aku suka dia? Aku tak suka dia okey. Benci adalah," ujar Ayana cuba meyakinkan Aien.

Pandangan penuh curiga diberikan oleh Aien namun seketika kemudian gadis itu mengangguk.

"Baguslah kalau kau benci dia. Aku cuma nak cakap, sebagai kawan baik kau yang sayang dekat kau, aku tak kesah kau bercinta dengan mana-mana lelaki kecuali.... Arief Amran. Anybody is fine except him."

Ayana tidak membalas. Dia menunduk kemudian mendongak ke arah jejaka bernama Arief yang kini sudah berdiri di hadapan mereka. Hatinya mula berbisik sendiri.

'Ya, aku benci dia.'

'Benci sebab aku cintakan dia.'

"Hai girls."

THE DAY I LOVE YOUWhere stories live. Discover now