Pemandangan malam bandar Kuala Lumpur yang tidak pernah mati kini menjadi santapan matanya. Angin malam di balkoni apartment yang menampar lembut ke wajah dibiarkan sahaja. Suasana kini terasa begitu tenang dan mendamaikan. Namun kedamaian ini masih tidak cukup untuk menenangkan gundah gulana yang melanda hati Arief saat ini.
Kenapa hidup dia begini ya? Apa salah dia sehingga dilahirkan sebagai seorang manusia yang tidak pernah merasai kasih sayang sebuah keluarga? Teruk sangat ke Arief ni? Jahat sangat ke dia sehingga dia dihukum sebegini rupa?
Rambut yang sudah sedia ada serabai diserabutkan lagi. Fikirannya kini memang terasa begitu kusut. Masalah yang menimpa silih berganti buat dia makin lelah.
Sudahlah tak pernah dapat kasih sayang keluarga. Kemudian, wanita yang dicintainya sejak sekian lama dirampas oleh abangnya sendiri. Kini mama pula hendak ugut dia dengan menggunakan Farisha?
Tak rasa semua orang begitu kejam ke terhadap Arief sekarang ni?
Mata dipejamkan seketika bagi menelan realiti yang ada. Udara malam dinikmati sepenuhnya dengan mata yang terpejam. Indahnya dunia ini jika tatkala dia membuka matanya nanti semuanya berubah seperti yang dia inginkan. Memanglah perkara tersebut tak mungkin berlaku tapi Arief hanya mahu berharap. Berharap dia tak perlu lalui semua ini kerana satu-satunua perkara yang tinggal untuk Arief sekarang cuma harapan.
Sejenak melayan perasaan, notifikasi telefon pintarnya tiba-tiba kedengaran sekaligus menganggu lamunan Arief. Mata perlahan-lahan dibuka lalu Iphone Xr di dalam poket terus dibawa keluar.
Ada sebuah pesanan yang baru masuk.
"Abang buat apa? Sorry kacau. Isya nak wish good night saja. Tapi kalau abang dah tidur, Isya wish good morninglah. Nanti abang dah bangun baca terus baca wassap Isya tau?"
Pesanan ringkas daripada Farisha berjaya mendatangkan senyuman di bibir Arief. Farisha adalah satu-satunya manusia yang Arief tahu ikhlas sayangkan dia. Arief pun sayangkan Farisha. Mungkin sebab itulah mama jadikan kasih sayang Arief terhadap Farisha sebagai senjata untuk mengugut Arief.
Pesanan ringkas itu tidak dibalas oleh Arief. Kalau dia balas nanti pasti lewat Farisha akan masuk tidur. Tak baik untuk kesihatan gadis itu jika dia tidak mendapat rehat yang mencukupi. Jadi lebih baik Arief balas pesanan Farisha tersebut pagi esok saja.
Sejenak termenung kembali, aplikasi Instagram ditekan. Niat di hati mahu stalk akaun Sofea namun wajah Ayana tiba-tiba sahaja muncul di laman utama Instagram. Gadis itu baru sahaja mengirimkan sebuah foto dirinya yang memegang busur panah dengan caption, A Love So Beautiful.
Dalam pada memerhati foto kiriman Ayana tersebut, Arief mula tersenyum tanpa sedar. Ayana cantik. Jujur Arief kata, Ayana adalah antara gadis paling cantik Arief pernah jumpa.
Orangnya baik hati dan lemah lembut. Dia ialah presiden kelab memanah kampus mereka dan sedang bersiap sedia untuk menyertai WAYC (World Archery Championship). Gadis itu memiliki senyuman yang manis sampaikan setiap kali Arief nampak Ayana, dia pasti ingin tersenyum juga.
Di mata Arief, Ayana ialah seorang gadis yang sempurna. Tiada cacat celanya. Malah ramai jejaka yang kejarkan Ayana tetapi gadis itu tidak pernah ambil kesah kerana dia begitu menjaga maruah diri.
Nak dibandingkan Sofea dengan Ayana, bagi Arief, Ayana jauh lebih sopan. Orangnya bertudung tidak seperti Sofea yang agak seksi. Malah jika ditanya pada jejaka lain, pasti majoriti akan memilih Ayana sebagai calon isteri. Gadis yang pasti akan menjaga maruah keluarga dan agamanya.
Peristiwa pertama kali berjumpa dengan Ayana kembali bermain dalam fikiran Arief menyebabkan jejaka itu tergelak kecil. Ayana yang kolot dan cuai. Gadis yang selalu berlagak kuat padahal dia tidaklah kuat mana. Orang nak tolong bawakan barang pun jual mahal.
Sebenarnya waktu pertama kali berjumpa Ayana itu, Arief tak berniat langsung pun nak menolong gadis itu. Kebetulan sahaja dia berjalan di belakang Ayana waktu itu dan terpaksa melalui jalan yang sama. Sudahlah menghalang jalan, kemudian boleh pula dia membebel entah apa-apa. Di sebabkan tak tahan dengar Ayana membebel, Arief pun berbaik hati tawar diri untuk angkat bakul yang penuh raket tenis tu.
Namun untung Arief sebab orang yang dia tolong itu cantik mengalahkan bidadari.
Tetapi mereka tidak mula berkenalan daripada pertemuan tersebut. Ayana gadis pemalu jadi agak susah untuk berkenalan dengannya. Nasib baiklah ada Aien. Melalui Aien, Arief akhirnya dapat berteman dengan Ayana. Arief ramai teman perempuan tapi yang paling dia rapat ialah Aien.
Sama ada jodoh mereka memang kuat ataupun kebetulan semata-mata, Arief sangat berterima kasih kepada Aien. Disebabkan Aienlah dia dapat berteman baik dengan Ayana gadis paling digilai di kampus.
Wajah jelita Ayana di dalam foto itu ditatap Arief dalam. "Agak-agak sakit tak pipi Ayana kena tampar dengan aku hari itu?" soal Arief pada diri sendiri.
Rasa bersalah kini menyelinap masuk ke dalam diri Arief. Dia bukan sengaja hendak tampar Ayana tapi dia terlampau marah ketika itu. Kalaulah Ayana tak kacau dia, mungkin dia sempat halang perkahwinan Sofea dan Alief.
Rambut yang ditiup angin malam dikuak ke belakang. Arief mula diam dan berfikir.
"Puteri Ayana Aysha..."
Kepala didongak memandang langit Kuala Lumpur.
"Patut ke aku bagi kita peluang?"
YOU ARE READING
THE DAY I LOVE YOU
RomanceShe loves me when she knew I'm in love with someone else. I love another women when I knew, she loves me. Am I the selfish one? Or is it her? "Patut ke aku bagi kita peluang Ayana?"