"Assalamualaikum! Umi, Ayana dah balik ni!"
Kunci kereta diletakkan di kabinet berhampiran dengan pintu. Memang itu tempat wajib dia letak kunci memandangkan dia ni seorang yang pelupa. Ayana menapak ke ruang tamu yang kedengaran agak bising tatkala tiada sahutan daripada sang ibu.
"Ibu... kereta siapa dekat dep..." Soalan Ayana tergantung.
"Eh, Ayana! Dah balik dah anak dara ni. Meh sini cepat duduk dekat umi."
Lengan Ayana ditarik agar duduk di atas sofa bersama dengannya. Wajah-wajah asing yang kini memandang dirinya tak lepas buat Ayana dilanda tanda tanya.
"Hah, Puan Sri inilah anak saya yang Puan Sri nak tengok tu. Puteri Ayana Aysha," beritahu umi.
Wanita anggun yang digelar Puan Sri itu terangguk-angguk. "Ayana Aysha. Cantik nama dia, macam tuannya. Sopan bertudung pula tu. Memang tak salah pilihlah kalau nak buat menantu ni."
Ruang tamu itu gamat dengan tawa. Ayana ikut ketawa walaupun dia tak tahu kenapa semua orang ketawa. Lengan uminya dicuit lalu bibir dirapatkan ke telinga Puan Aina. "Siapa ni umi? Kawan umi ke?" bisik Ayana perlahan.
"Kawan umi apanya. Ini bakal besan umilah."
"Bakal besan? Sejak bila Ayana ada adik ni umi? Kenapa Ayana tak tahu?"
Wajah keliru Ayana, Puan Aina jeling. "Ya Allah, dungunya anak aku yang sorang ni. Memanglah kamu tak ada adik. Ini bukan bakal mak mentua adik tak wujud kamu."
"Huh? Dah tu?"
"Dah tu apanya? Ni bakal mak mentua kamulah. Bakal mak mentua siapa lagi? Dia orang semua datang ni nak merisik kamulah nak oi!"
Hujahan Datin Aina buat mata Ayana serta merta membulat. Automatik dia terus terbangun dari duduknya.
"MERISIK AYANA?"
Nada suara Ayana naik seoktaf memenuhi seluruh ruang tamu tersebut. Puan Aina tertawa malu dengan gelagat anak tunggalnya itu. Ayana ditarik semula agar duduk lalu kepala Ayana diluku.
"Mama! Sakitlah!"
"Hahaha. Maaflah Puan Sri. Ayana ni memang macam ni. Over sikit. Tak tahulah kenapa suara dia menyengit sangat. Mungkin saya tertelan mikrofon kut waktu mengandungkan dia dulu," ujar Puan Aina sekadar berjenaka.
"Eh, tak apalah. Saya faham. Ayana terkejut tu ada orang datang nak merisik dia." Puan Kaseh beri pandangan mengusik. Ayana sekadar balas dengan senyum kekok.
Aduh, kerabat keluarga siapa pula dah yang datang ni? Rasanya Ayana tak ada buah hati lagi. Siapa pula yang berkenan dekat Ayana sampai nak jadikan calon isteri ni?
"Umi... Aya tak nak kahwin lagilah. Suruhlah dia orang baliklah mi," bisik Ayana buat mata Puan Aina terjegil.
"Aip. Ayana. Jangan nak buat hal. Kalau ya pun tak nak kita tak boleh nak halau tetamu macam tu saja."
Ayana mencebik. "Kalau macam tu umi layanlah tetamu umi ni. Ayana nak naik atas."
"Eh, tak ada maknanya. Kamu duduk sini. Kamu cakap sendiri dekat dia orang."
"Umi!"
Bahu Ayana ditampar dan uminya bagi isyarat agar dia memaniskan muka. Ayana mendengus secara sembunyi lalu mula memaksa sebuah senyuman.
"Ayana ni... last year dekat UITM kan?" soal si 'bakal mak mentua' cuba memulakan perbualan namun tak mendapat sebarang jawapan.
Pinggang Ayana dicubit oleh uminya tatkala dia diam tak beri respon.
"Erk... haah. Last year."
Puan Kaseh tersenyum. "Sama dengan anak auntylah kalau macam tu."
Sama dengan anak dia? Wah, Ayana kenal ke dengan gerangan jejaka yang ingin menyuntingnya ini? Agak-agaknya siapa ya? Macam mana pula boleh tertarik dengan Ayana? Haih, tadi kata kononnya tak nak Ayana. Yang menyibuk nak tahu pula kenapa?
"Ayana tak ada kekasih lagikan?""Hehe, walaupun perit untuk mengaku tapi Aya ni memang tak berpunya lagi. Bukan tak laku, tapi memilih sangat anak saya ni Puan Sri!" selamba Puan Aina menjawab bagi pihak anaknya. Ayana mula hantar jelingan tak puas hati.
"Baguslah memilih Puan Aina. Teman sepanjang hidup, mestilah kita nak yang terbaikkan?"
Semua mengangguk termasuklah Ayana. Setelah berborak menghabiskan masa dan berkenalan ala kadar, Puan Kaseh mula menghantar isyarat mata dengan dua orang pengiring yang dia bawa. Farihah, si anak saudara dan Datin Jannah, teman baiknya.
Dia berdeham.
"Erm... dah makan dah apa ni, tuan badan pun dah ada dekat sini, eloklah saya bertanya sekali lagi."
Ayana yang sedang minum air terus tersedak namun mukanya segera dikawal. Dia duduk tegak cuba berlagak sopan.
"Kami bertiga sebenarnya datang nak bawak hajat. Ingin menyunting bunga di taman Puan Aina untuk anak teruna kami, Arief."
Hati yang tak berapa nak berminat tadi seakan-akan terhenti berdegup saat sepotong nama tersebut disebut. Kepala diangkat lalu wajah wanita tua di hadapannya itu dipandang serius.
"Kejap, siapa nama anak Puan Sri tadi?"
Tangan Puan Aina sekali lagi naik mahu meluku kepala Ayana namun segera Ayana halang. Puan Sri Kaseh di hadapannya dipandang tak lepas sehingga wanita tua itu pula jadi tak senang duduk.
"Erk.. nama anak aunty, Arief. Ayana kenalkan? Arief Tan Sri Amran?"
Serentak dengan itu, rahang seorang Ayana Aysha pun jatuh. "Aunty, sebelum saya cakap ni saya nak minta maaf dulu. Kalau aunty merisik saya untuk Arief saya memang tak boleh nak terima," ujar Ayana tegas.
Wajah tiga orang manusia yang datang merisik itu jelas terpempan dengan kata-kata Ayana. Puan Aina sudah pandang Ayana macam nak telan namun anak gadisnya itu buat tak hirau.
"Erk... kalau boleh aunty tanya, boleh tak aunty nak tahu kenapa Ayana tolak Arief?"
Dalam hati Ayana sudah tergelak terbahak-bahak. 'Kenapa aku tak nak terima dia? Anak kau tu dah tampar aku kut Puan Sri. Itu yang kau fikir aku nak buat jadi laki? Tak ada maknanya.'
"Tak ada sebab Puan Sri. Cuma saya rasa saya tak sesuai dengan Arief."
Puan Sri Kaseh mengeluh. Berat ni. Kalau Ayana tak nak terima Arief habislah semua rancangannya. Pasti dia akan kembali susah hati semula kalau macm ni.
"Erm.. Ayana. Aunty nak cakap sikit dengan kamu boleh tak? Berdua saja," pinta Puan Kaseh.
Ayana pandang uminya di sebelah. Datin Aina sekadar bagi isyarat agar Ayana ikutkan saja. Ayana bangun dari duduknya lalu menunjukkan jalan buat Puan Sri Kaseh.
"Kalau macam marilah berborak di taman."
Langkah Ayana diikuti Puan Kaseh. Gadis itu mengiringinya dengan begitu cermat. Sebaik sahaja sampai taman bunga kecil di sisi rumah banglo itu, Ayana terus sahaja mempelawa Puan Kaseh untuk duduk di kerusi yang ada di situ.
"Jadi apa yang Puan Sri nak cakapkan ni?" soal Ayana langsung tidak membelok lagi.
Nafas dalam Puan Sri Kaseh. "Sebenarnya Ayana, aunty ada masalah besar tentang Arief."
Dahi Ayana berkerut. "Masalah... besar?"
"Ya, Ayana. Masalah besar! Aunty dah tak tahu nak buat apalagi ni dan Ayanalah satu-satunya harapan terakhir yang aunty ada."
Ayana terdiam, masih tidak mampu menangkap maksud di sebalik harapan terakhir itu. Macam mana pula dia boleh jadi harapan ni? Yang terakhir pula tu.
"Ayana."
Tangan Ayana dicapai lalu digenggam.
"Tolong aunty..."
YOU ARE READING
THE DAY I LOVE YOU
RomanceShe loves me when she knew I'm in love with someone else. I love another women when I knew, she loves me. Am I the selfish one? Or is it her? "Patut ke aku bagi kita peluang Ayana?"