TDILY 09

1K 55 2
                                    

Udara malam yang sejuk itu disedut penuh rakus. Berharap agar hatinya yang sedang panas ini turut mampu disejukkan dengan tingkahnya itu. Kepala didongak memandang langit yang tiada bintang.

Kata orang, langit di bandar terlampau cerah, disebabkan oleh itulah susah nak nampak bintang. Tapi bagi Arief dia punya pandangan yang berbeza. Bintang semakin berkurang kerana dunia ini sudah menghampiri fasa pengakhirannya. Kiamat juga semakin tiba. Semakin berkurang bilangan bintang di langit adalah salah satu tandanya.

Entah mengapa manusia sampai sekarang masih tak nak sedar tentang fakta tersebut. Mungkin mereka terlampau sibuk mengejar dunia sehingga lupa akhirat. Macam Arief jugalah. Terlampau sibuk mengejar cinta manusia sehingga terlupa cinta yang Maha Esa.

Agak-agak bila Arief nak bertaubat ya? Dalam keadaan dia yang selalu khilaf ini, masih terbuka ke pintu taubat buat dia?

"Arief..."

Lamunan panjang Arief terhenti dek teguran Puan Kaseh. Wajah mamanya tidak dipandang malah pandangan dilarikan ke lain. Malas menatap wajah tua itu. Takut emosinya yang kian tenang kembali bergelojak semula.

"Arief okey?" soal Puan Kaseh seraya melabuhkan punggung di pangkin bersebelahan dengan Arief. Dia memang sengaja buat gazebo di laman rumah. Senang kalau nak melepak atau ambil udara luar. Untung Puan Kaseh dapat suami seperti Tan Sri Amran. Rumah besar yang dimpikan sedari kecil pun kini sudah jadi tempat tinggalnya.

"Kesah pula mama Arief okey ke tak? Pergilah layan menantu dengan anak kesayangan mama tu." Perkataan anak kesayangan ditekan sengaja mahu memerli. Tangannya Arief silang.

"Anak kesayangan apa pula ni Arief? Bila masa pula mama ni ada anak kesayangan. Mama sayang anak mama sama ratalah. Tak ada pun yang ni sayang sikit, yang ni sayang banyak," ujar Puan Kaseh namun Arief sekadat tergelak. Wajah mamanya dijeling penuh sinis lalu dia kembali memandang langit. Arief tak bersuara lagi. Malas.

Keluhan lemah Puan Sri Kaseh hela. "Arief... kamu marahkan mama sebab mama kahwinkan Sofea dengan Aliefkan?"

Arief angkat kening sebelah. Mamanya dipandang pelik. "Apa yang mama cakap ni?"

"Tak perlu nak sembunyikannya Arief. Mama ni mama kamu. Mama tahu kamu suka Sofea sebenarnyakan?"

Wajah Arief nyata terkejut dengan ujaran Puan Sri Kaseh. Dia diam seketika kemudian menunduk. Tak lama lepas itu buku limanya dikepal dan bibirnya diketap geram.

"Mama tahu... dan mama tetap kahwinkan Sofea... dengan Alief?"

Bahu si anak Puan Sri Kaseh cuba sentuh namun Arief pantas menepis. Arief kini bangun dari duduknya dan berdiri di hadapan Puan Sri Kaseh dengan wajah bengang.

"Mak jenis apa mama ni sampai sanggup patahkan hati anak sendiri? You know I love her and you still arrange this marriage? How could you?"

Mata Arief mula memerah dan berair. Kecewa sungguh dia dengan sikap mamanya. Mama tahu rupanya  selama ini tentang perasaan Arief terhadap Sofea. Jadi kenapa dia tergamak buat macam ni dekat Arief? Kenapa dia tergamak lukakan hati Arief? Dia tak tahu ke betapa hancurnya seorang Arief bila dapat tahu wanita yang dia cintai kini sah jadi kakak iparnya sendiri?

"Arief... listen dear. Mama boleh jelaskan."

"Jelaskan apalagi ma? Mama memang dari dulu tak sayang Arief! Memang Alief sorang je kan anak mama dengan papa. Dari dulu sampai sekarang, apa yang Arief suka, semua mama bagi dekat Alief. Mama tak pernah fikir perasaan Arief. Mama selalu lebihkan Alief. Hal sekolah, hal main, hal belajar. semuanya Alief. Arief ni tak penting. Mama dengan papa tak sayang Arief. Arief tahu ma!" luah Arief emo. Puan Kaseh terpempan.

"Ya Allah Arief... bila masa pula ni?"

"Stop asking me since when mama! Dulu sampai sekarang, its the same! Masa Arief ambil keputusan SPM, ada mama atau papa datang? Tak adakan? Mama dengan papa tak datang sebab pergi konvo Alief. Waktu Arief terpilih masuk team hoki ais Malaysia, ada mama datang support? Tak adakan? Tapi bila waktu Alief dapat pergi pertukaran pelajar uni, mama dengan papa beria pula bagi semangat padahal tu program semata-mata. Itu yang mama tanya bila masa?"

Puan Sri Kaseh menghela nafas lemah tatkala mendengar luahan penuh emosi Arief. Sungguh dia tak sangka itu yang Arief fikirkan selama ini.

Salah dia ke? Tapi dia sudah cuba untuk jadi mama yang terbaik buat kedua-dua anaknya. Puan Kaseh tidak terlalu memberi perhatian kepada Arief kerana anaknya itu memang dirasakan berdikari sedari kecil. Berbeza dengan Alief yang manja dan tak berapa nak matang.

Tak sangka layanan dia selama ini buat Arief berfikir sampai macam tu sekali.

"I'm truly sorry about that sayang. Mama minta maaf kalau mama kurang beri perhatian dekat Arief selama ini. Tapi percayalah, this time, I'm doing all this for your own good."

"My own good. Rampas kebahagiaan yang Arief impikan tu good ke ma?"

Lengan Arief dicapai. "Arief... Sofea tu tak sesuai dengan kamu. Dia tua 8 tahun daripada umur Arief tahu tak?" ujar Puan Kaseh.

"So what ma? Umur bukan penghalang untuk kita jatuh cinta."

"Yes Arief. Umur itu penghalang. Dalam keturunan keluarga mama tak ada lelaki boleh kahwin dengan perempuan lebih tua. Itu dianggap melanggar adat kamu tahu tak?"

Arief tergelak tak percaya. "Adat? Mama are you kidding me."

"I'n not kidding Arief. Mama tak kesah Arief nak kahwin dengan sesiapa tapi mama tak benarkan Arief kahwin dengan perempuan lagi tua. Sebab tu bila mama perasan yang Arief macam ada perasaan dekat Sofea, mama cepat-cepat nak kahwinkan Sofea dengan Alief. Sebab adat keturunan kita."

Kepala digeleng. Air mata yang baru nak mengalir dikesat. "Mama buat lawak. Adat bodoh apa ni ma? Sekarang zaman dah modenlah ma. Adat tok kadok mana mama kutip ni?" Arief kembali bengang.

Dia tak dapat kahwin dengan Sofea hanya disebabkan adat entah apa-apa tu? Lawak antarabangsa betul.

"Ini bukan adat tok kadok. Lagipun mama memang tak setuju Arief kahwin dengan Sofea. Tak sesuai. Lebih baik Sofea dengan Alief. Lagipun Sofea memang sukakan Alief."

Senyum sinis Arief ukir. "Mama nak cakap Arief bertepuk sebelah tangan ke ni?"

"Tak Arief. Mama tak bermaksud macam tu pun. Mama cuma berharap kamu terima sajalah perkahwinan abang kamu tu. Dah tak ada guna kamu nak marah-marah macam ni. Sokong mereka, doakan kebahagiaan mereka Arief."

Rahang Arief mula bergesel atas bawah. "Kebahagian... mereka?" Wajah mamanya dipandang.

"Dah tu kebahagian Arief macam mana pula ma?" soal Arief buat Puan Kaseh terdiam. 

Tangan Puan Kaseh yang masih memegang lengannya kejap Arief tolak perlahan. Rambutnya yang melurut ke depan disingkap ke belakang.

"Baru kakak ipar. Tak semestinya tak boleh jadi ex sistar in lawkan?"

Mata Puan Kaseh membulat dengan ucapan berani si anak "Arief!"

"Dah lah ma. Arief rasa malas pula nak tidur sini. Arief balik apartment Arief sajalah. Kirim salam dekat papa, abang dan kakak ipar Arief tu ya. Cakap dekat dia orang, Arief akan ambil balik apa yang sepatutnya jadi milik Arief. Bye ma!"

Arief berpaling kemudian terus beredar tanpa sempat mamanya halang. Puan Kaseh menghantar langkah pergi Arief penuh susah hati.

Apa maksud Arief nak ambil balik apa yang sepatutnya jadi milik dia?

Budak tu tak fikir nak buat benda mengarutkan?

Puan Kaseh mula dihujani rasa khuatir. Kepalanya yang sudah berdenyut-denyut dipicit perlahan. Nampaknya dia kena fikirkan sesuatu secepat yang mungkin ni!

THE DAY I LOVE YOUWhere stories live. Discover now