Kunci kereta dilambung-lambung riang. Tangannya yang sebelah lagi pula sibuk menaip status di akaun laman sosialnya. Ayana tersengih tatkala ramai yang mula pm dia tentang status itu. Namun semua mesej yang masuk dia hiraukan lalu telefon pintarnya terus disumbat ke dalam poket seluar palazo
"Eh, Arief?"
Langkah Ayana terhenti. Dia mengecilkan matanya cuba mengecam gerangan manusia yang berdiri tidak berapa jauh darinya.
"Hmm... betul lah Arief. Dia tengah buat apa tu eah?"
Ayana mula berteka teki seorang diri lebih-lebih lagi tatkala terperasan akan wajah Arief yang mendung semacam. Jejaka itu kelihatan seperti sedang membaca sesuatu dan tak lama selepas itu dia terus koyakkan helaian bacaannya tersebut. Kertas itu dia buang ke tanah dan dia mula melangkah pergi.
Busur panah di bahunya Ayana betulkan lalu dia terus menapak ke tempat Arief buang kertas tadi.
"Isyy... Arief ni. Ingatkan baik sangat. Buang sampah pun merata-rata. Apa guna tong sampah banyak-banyak kalau sampah pun pergi buang dekat lantai?" bebel Ayana kemudian dia dengan baik hati mengutip semula cebisan kertas yang Arief buang. Namun, saat satu demi satu cebisan kertas itu dikutip, Ayana mula terperasan sesuatu.
Tekstur kertas ni... macam kad. Kad jemputan kahwin.
"Sofea dan Alief?"
Mata Ayana terkedip-kedip. Ini kad undangan ke majlis pernikahan abang Arief. Kenapa Arief koyakkan pula ya? Dia sakit hati ke Sofea kahwin dengan abang dia? Hm... tapi fikir logik mestilah dia bengangkan? Perempuan yang dia suka kahwin dengan abang sendiri kut.
Cebisan-cebisan kad kahwin itu dibelek-belek lagi. 17 Mei 2018...
Eh, bukan tu tarikh hari ini?
Sel-sel otak Ayana mula berhubung. Muka Arief nampak bengang, dia koyak kad ni, Sofea kahwin hari ni dan semalam Arief ada post status tentang mati.
Tak... tak kanlah...
Arief tak terfikir nak bunuh dirikan?
"Arief!"
Ayana bangun dari duduk mencangkungnya dan terus mengejar Arief. Si jejaka yang sudah menapak ke tempat parkir kereta itu segera disaingi langkahnya.
"Arief tunggu!"
Arief berpaling.
"Ayana?"
Tanpa sebarang amaran, kunci kereta Arief di tangan jejaka itu terus sahaja Ayana rampas. Arief yang tak bersedia tidak semena-mena terkejut beruk dengan tindakan Ayana.
"Eh, Ayana. Kau ni dah kenapa? Bak sini balik kunci kereta aku tu, aku nak cepat ni."
"Kau nak buat apa sebenarnya ni Arief? Kau tahu tak apa yang kau nak buat ni berdosa besar? Allah murka tahu tak?" marah Ayana. Kunci kereta Arief digenggam kemas.
"Huh? Kau merepek apa ni?"
"Kau jangan fikir aku tak tahu Arief. Kau rancang nak bunuh diri sebab tak boleh terima pernikahan Sofeakan?"
Kening Arief bertaut.
"Bunuh what? Eh, bila masa? Part tak boleh terima tu betul tapi nak bunuh diri? Tak ada kerjalah aku nak buat benda terkutuk tu," nafi Arief dan Ayana teru sahaja menggaru kepalanya.
"Ouh tak eah? Dah tu kau nak cepat ni nak pergi mana? Jangan cakap dekat aku kau nak pergi hancurkan majlis pernikahan Sofea pula."
Arief terpempan dengan kata-kata Ayana. Wajah terkejut Arief buatkan Ayana yakin yang tekaannya benar. Arief memang tengah rancang sesuatu sekarang ni!
"Arief? Kau nak hancurkan pernikahan Sofea ke? Kau jangan buat hal Arief. Malu Sofea nanti. Family kau pun dapat nama tau."
Bibir diketap Arief.
"Kau jangan sibuk hal aku boleh tak Ayana? Kalau kau tak tahu apa-apa tu buat gaya tak tahu apa-apa. Bak sini balik kunci aku!" herdik Arief sehingga bahu Ayana terjungkit akibat terperanjat.
Terperanjat kerana sepanjang Ayana mengenali Arief, jejaka itu tak pernah meninggikan suara padanya. Malah, Arief memang dikenali sebagai lelaki yang paling gentle apabila bercakap dengan perempuan. Dia tak akan pernah sakitkan hati perempuan dan sentiasa akan berlembut termasuklah dengan Ayana sendiri.
Tak sangka manusia boleh berubah sampai macam ni sekali hanya disebabkan cinta.
"Cepatlah bagi kunci aku semula! Aku nak cepat ni!"
Ayana menggeleng. Kunci kereta itu disorok di belakang tubuhnya.
"Kalau kau ada rancangan tak baik aku tak nak bagi kau kunci ni," tegas Ayana berani manakala Arief sudah mula kelihatan berapi.
"Kau tak payah nak buat lawaklah perempuan. Aku tak ada masa nak layan lawak kau tu. Bak sini kunci tu sebelum aku ambil dengan cara kasar."
Ayana tetap berdegil tak mahu serahkan kunci Arief. Wajahnya dipalingkan Ayana ke arah lain.
"Ish, kau ni kan!" Arief sudah tidak boleh bersabar. Tubuh Ayana dihampiri seinci demi seinci sehingga Ayana pula terpaksa berundur. Ayana menelan air liur.
"Ka... kau nak buat apa ni?" soal Ayana takut-takut. Hilang sudah keberaniannya tadi lebih-lebih apabila terpandang wajah Arief yang macam nak makan orang.
"Buat apalagi, dah kau degil. Nak tengok macam mana aku handle manusia macam kau ni?"
Belum sempat Ayana menjawab. Tubuhnya terlebih dahulu ditolak oleh Arief. Ayana jatuh terduduk kesakitan di atas jalan tar manakala kunci Arief pula terus terpelanting entah ke mana.
"Aku minta baik-baik tak nak bagi. Menyusahkan," ujar Arief lantas terus mencapai kuncinya yang terdampar berdekatan Ayana. Sebaik sahaja kunci kembali berada dalam genggamannya, Arief terus meninggalkan Ayana tanpa menoleh lagi.
"Eh, Arief. Tunggu! Woi!"
Ayana bangun dari atas jalan tar ingin menghalang Arief namun Arief bertindak lebih pantas daripadanya. Enjin dihidupkan dan kereta Jaguar milik Arief terus sahaja meluncur keluar dari perkarangan tempat letak kereta kampus mereka.
Kakinya dihentak geram. Barang-barangnya yang terjatuh disebabkan kena tolak dengan Arief tadi dikutip lantas langkah ke keretanya terus diatur Ayana.
Walau apa pun yang terjadi, Ayana kena halang Arief. Dia tak boleh benarkan jejaka itu buat keputusan yang dia akan menyesal nanti!

YOU ARE READING
THE DAY I LOVE YOU
RomanceShe loves me when she knew I'm in love with someone else. I love another women when I knew, she loves me. Am I the selfish one? Or is it her? "Patut ke aku bagi kita peluang Ayana?"