TDILY 17

1K 55 0
                                    

Dagu ditongkat. Helaan lemah dilepaskan untuk kali ke-109. Pandangannya dilemparkan ke kawasan padang kampus yang dikhaskan sebagai tempat memanah.

"Haihlah hidupku yang tenang. Kenapalah boleh tiba-tiba jadi huru hara macam ni?"

"Woi, termenung apa tu?"

Ayana menoleh. Kelihatan seorang gadis bertocang kuda sedang melangkah ke arahnya. "Assalamualaikum Aien," sapa Ayana dalam nada menyindir. Aien tersengih.

"Hehe. Waalaikummussalam."

Salam dijawab lalu punggung terus dilabuhkan bersebelahan dengan Ayana. Nak cari Ayana ni senang saja. Kalau tak ada dekat kafe, ini sajalah tempat yang Ayana paling suka melepak. Bawah pokok, tepi padang memanah.

"Kau termenungkan apa ni? Muka macam tertelan rumput je."

Tawa tak ikhlas Ayana hambur. "Kau fikir aku ni lembu ke telan rumput? Daripada aku telan rumput baik aku telan kau. Berlemak sikit," ujar Ayana sekadar berjenaka manakala Aien pula acah buat muka seram.
"Ala... Ayana. Bagitahulah aku kau termenungkan apa? Fikir pasal pak we ek?" teka Aien mencuba nasib.

"Bukan pak we, sayang. Tapi aku tengah fikir pasal calon suami. Kau nak tahu satu berita mengejutkan tak Aien?"

Muka teruja ditayang. "Nak tahu! Nak tahu! Berita apa?"

Duduknya yang berlunjur tadi berubah kepada posisi bersila. "Arief masuk meminang aku minggu lepas," beritahu Ayana dan serentak dengan itu Aien pun terdiam. Pandangannya segera dialihkan ke arah lain.

"O...ouh, ya ke?"

Reaksi Aien yang tidak seperti dijangkakan menyebabkan Ayana jadi hairan. Dia mula pandang Aien pelik. "Ouh je kau balas? Kau tak terkejut langsung ke?"

"Erk... tak.. kut. Sebab aku dah tahu," balas Aien teragak-agak. Ayana dikerling sekilas lalu dia perlahan-lahan menjarakkan diri.

"Arief bagitahu ke?"

Kepala digeleng.

"Dah tu?" Muka Ayana makin berkerut. Ada sesuatu yang dia tak tahu tapi Aien tahu ke? Lain macam saja minah ni.

"Aku cakap ni kau jangan marah tau. Erm... sebenarnya Ayana, akulah yang cadangkan dekat mama Arief supaya jadikan kau menantu."

Rahang Ayana jatuh. Aien dipandang tak percaya. "K...kau cadangkan apa?"

"Ayana aku minta maaf tapi aku rasa ini yang terbaik. Kau je yang boleh tolong si Arief tu Ayana. Arief tu kawan baik aku dari kecik. Aku tak nak tengok dia duk terkejar-kejar bini orang macam tu. Aku tak nak dia jadi pendosa sebab runtuhkan masjid orang Ayana."

"Kau tak nak Arief berdosa, jadi kau pun heret aku dalam masalah keluarga dia? Macam tu? Eh, Aien kau ni kawan jenis apa hsh? Kau tahu tak apa yang kau dah buat? Sampai hati kau kan buat aku macam ni?"

Ayana serta merta berdiri. Kemarahannya kini sudah tidak mampu dibendung. Selama ni Ayana anggap Aien sebagai sahabatnya tapi tak sangka dia sanggup buat Ayana macam ni.

"Ayana... aku minta maaf tapi kau dengarlah dulu apa yang aku nak cakap ni."

"Cakap apalagi Aien? Kejap, sebelum tu aku nak kau bagitahu aku. Kenapa aku? Kenapa bukan kau? Arief tu kawan baik kau kan? Kalau kau sayang sangat dengan Arief tu kenapa tak kau je kahwin dengan dia?" soal Ayana beremosi.

Yalah, nak dibandingkan Ayana dengan Aien, Aien tu lagi rapat dengan Arief. Mereka sangat mengenali satu sama lain. Kalau memang ada seseorang perlu kahwin dengan Arief untuk elak jejaka itu jadi 'pendosa', orang itu sepatutnya Aien bukan Ayana.

Aien turut berdiri. Lengan Ayana cuba dicapai namun gadis itu pantas menepis.

"Ayana listen to me. Kau tahukan aku dah ada kekasih dan aku sayang sangat dekat dia? I want to marry him. Not Arief. Arief is just my bestfriend and will forever be my best buddy."

Tawa sinis Ayana pecah. "Ouh, jadi sebab aku tak ada buah hati, kau cadangkan aku? Macam tu? Aien, kau fikir aku ni tak laku sangat ke?"

Aien pantas menggeleng. "Tak Ayana, bukan sebab tu. Aku cadangkan kau sebab aku tahu macam mana perasaan kau dekat Arief. Walaupun kau tak pernah mengaku tapi aku tahu kau sukakan dia. Kau sayangkan Ariefkan?"

Lidah Ayana kelu. Api kemarahannya yang begitu marak tadi tiba-tiba terpadam begitu saja. Bukan sebab termakan dengan kata-kata Aien tapi Ayana memang begitu. Dia susah nak marah tapi senang memaafkan.

"But Aien, it still..."

"Ayana please... he needs you," ujar Aien separuh merayu. Keluhan berat dihela. Ayana terduduk kembali. Kepalanya yang berbalut dengan selendang dipicit.

"Apa patut aku buat Aien? Kalaulah aku setuju dengan pernikahan ni..."

Kepala didongak.

"... maknanya aku perlu bersiap sedia untuk terima risiko cinta aku mungkin akan terkorban."







SALAM diberi lalu wajahnya diraup. Ayana duduk meneleku seketika. Fikirannya kini mula melayang tatkala memikirkan masalah yang tiba-tiba sahaja muncul dalam hidupnya.

Masuk malam ini sudah tiga hari Ayana melakukan solat sunat istikharah. Semuanya demi mencari jawapan kepada soalan yang makin galak bermain-main dengannya.

Adakah dia patut terima Arief dalam hidupnya sebagai seorang suami?

Atau adakah dia patut lupakan sahaja Arief dan buang rasa sukanya terhadap jejaka itu?

Kedua-dua tapak tangannya diangkat lalu kata basmallah mula meniti di bibir.

"Ya Allah, Ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Esa lagi Maha Mendengar, Ya Allah, Engkaulah Maha Memberi Pertolongan dan Maha Berkuasa, yang mengetahui tentang setiap perkara tersembunyi di alam ini. Ya Allah, hambamu yang lemah ini sedang keliru Ya Allah. Kau luruskan hatiku ke jalan yang benar Ya Allah. Sesungguhnya tiada daya untuk aku buat keputusan ini sendiri.

Ya Allah, Engkaulah Maha Mengetahui lagi Maha Memberi Petunjuk. Jika benar dia jodohku maka dekatkan lah aku dengannya, tapi jika dia bukan jodohku..."

Jeda seketika. Air mata mula mengalir. Nafas dalam ditarik.

"...jika dia bukan jodohku... kau hapuskanlah rasa cintaku yang mula bercambah ini Ya Allah."

Setelah mengaminkan doa dan berzikir untuk beberapa ketika, Ayana pun bangun. Telekungnya dibuka dan disangkut ke penyidai kecil yang terlekat di dinding bersebelahan dengan meja solek.

Namun saat dia baru sahaja membongkok untuk melipat sejadah pula, tanpa sengaja sikunya terlanggar telefon bimbitnya di atas meja solek. Alhasil, telefon itu pun jatuh ke lantai dengan penuh sadis.

"Astaghfirullah al azim."

Ayana beristighfar panjang. Vivonya yang sudah selamat menyembah lantai pantas dia capai. Telefonnya itu dibelek-belek dan tatkala paparan skrin muncul di layar mata, Ayana terus terduduk.

Bulu romanya kini terasa meremang malah rasa seram sejuk juga mula menghinggap. Jantung Ayana mula berdegup kencang dan pada saat itu, doa panjangnya tadi tiba-tiba terngiang-ngiang di telinga.

Ya Allah Ya Tuhanku, jika benar dia jodohku maka dekatkan lah aku dengannya...

"Helo?"

Suara seseorang kedengaran tanda panggilan sudah pun bersambung. Akibat daripada terkejut dengan suara yang menjawab panggilan tanpa sengaja itu, panggilan itu terus Ayana putuskan. Terketar-ketar Ayana dibuatnya disebabkan panggilan tersebut. Nama kenalan yang kini tertera di skrin Vivonya diperhati lama.

Arief Amran.

Kau memang jodoh Ayana ke?

THE DAY I LOVE YOUWhere stories live. Discover now