TDILY 19

956 45 0
                                    

Ayana dan Arief menapak masuk bersama-sama ke dalam Butik Pengantin Brika. Tarikh perkahwinan mereka telah ditetapkan dua bulan dari sekarang jadi mereka bercadang untuk mencari baju pengantin hari ini.

Keluarga Ayana jenis kuat agama sikit orangnya. Ayah Ayana, Dato Hafizzudin ialah seorang penceramah bebas yang sangat terkenal. Uminya, seorang profesor di UIAM. Jadi disebabkan mereka mahu mengelak daripada berlaku sebarang fitnah, kedua-dua pihak pun bersetuju untuk terus menikah. Tak perlu bertunang.

Lagipun Arief dan Ayana sudah berteman selama hampir dua tahun. Walaupun mereka tidak berteman rapat tapi bolehlah tahu serba sedikit tentang diri masing-masing. Bolehlah daripada tak tahu langsungkan?

"Hi guys. Welcome to my boutique. Nak tengok baju pengantin ke?" Seorang lelaki yang kelihatan agak lembut datang menegur.

"Yes. Kami nak tengok design baju pengantin," jawab Arief acah sopan. Dalam hati tak usah nak katalah. Boleh si pondan ni tanya lagi datang nak tengok baju pengantin. Dah datang butik pengantin, mestilah nak tengok baju pengantin. Tak kan nak makan nasi lemak pula?

"Eh, sekejap. Macam kenallah. You ni bukan anak ikan yang datang dengan Sofea hari tu ke? Eh, memang you kan?" soal si lelaki lembut selamba. Ayana menoleh ke arah Arief di sebelahnya dengan pandangan penuh tanda tanya.

Datang dengan Sofea?

Untuk apa?

Bila?

Kenapa Ayana tak tahu?

"Aku teman dia untuk ganti Alief cari baju je la. Bukan buat apa pun," bisik Arief seolah-olah dapat membaca fikiran Ayana. Gadis itu serta merta tertunduk malu. Alamak, busted cemburulah pula.

"Hari tu I datang teman dia je. Tapi hari ni I datang untuk wedding I sendiri. Ni, perkenalkan my future wife. Ayana. "

Ayana tersenyum kekok saat Arief menariknya rapat ke sisi jejakanya. Emy si lelaki lembut memandang Ayana atas bawah beberapa kali. "Cantik calon isteri you. Pandai betul you cari. Memang sesuai sangat you guys berdua. Better daripada you dengan Sofea. Nampak macam kakak dengan adik!" ujar Emy sekadar bergurau namun wajah Arief teru sahaja berubah keruh.

Ayana yang perasan tentang perubahan tersebut terus mencelah, "Boleh I nak tengok latest design yang ada? Kami ada kelas sekejap lagi jadi kena cepat ni."

"Ouh, of course you can dear. Follow me pretty."

Perbualan tidak ada insurans pemilik butik tersebut terbantut dan dia mula menunjukkan jalan ke arah koleksi pakaian pengantinya. Ayana menarik Arief agar mengikut sama.





AYANA keluar dari fitting room sambil membetulkan busana berwarna violet yang tersarung elok di tubuhnya. Busana ini ringkas sahaja namun sangat kena dengan cita rasa Ayana. Ringkas, tetapi menawan.

Senyuman lebar mula terukir di bibir gadis itu. Tak sabar rasanya mahu melihat reaksi Arief bila nampak dia memakai busana ini nanti.

Agak-agak Arief terpegun tak tengok dia? Ala... macam adegan dalam drama-drama klise waktu maghrib tu. Bila watak utama perempuan pakai baju pengantin, mestilah watak utama lelaki akan ternganga mulut sebab terpegunkan?

"Arief."

Arief yang duduk bermain telefon pintarnya di sofa mendongak tatkala namanya diseru oleh Ayana. Dia memandang Ayana yang kelihatan teruja seketika sebelum tersenyum nipis.

"Looks beautiful on you. Ayana suka yang ni ke? Kalau suka yang ni Arief boleh adjust terus untuk baju lelaki pula."

Senyuman lebar Ayana sedikit memudar apabila Arief tidak memberi reaksi seperti yang dia harapkan. Wajah kecewanya cuba disembunyikan.

"Suka tu memang suka. Tapi Arief tak nak pilih ke? Kalau Arief tak nak pilih Ayana rasa macam nak tengok yang lain dulu.," ujar Ayana tak bersemangat.

"Hurm... tak apalah kalau macam tu. Ayana pergilah tengok yang lain dulu. Nanti kalau dah ada yang berkenan bagitahu Arief. Arief ikut Ayana je," balas Arief seraya kembali menatap telefon pintarnya. Semua keputusan yang akan dibuat jelas lagi nyata diserah bulat-bulat kepada Ayana. Helaan lemah Ayana lepaskan.

"Okey."

Tubuh dipusing. Dia melangkah ke fitting room semula dengan langkah malas. Pergi berdua, tapi macam pergi fitting baju seorang diri pula. Baru separuh jalan melangkah, Ayana berhenti seketika lalu menoleh ke arah Arief di tengah butik itu.

Kenapa Ayana rasa macam ni ya? Kenapa dia rasa Arief macam ambil mudah saja tentang hal perkahwinan mereka? Waktu pilih cincin hari tu pun Arief suruh Ayana pergi sendiri dengan alasan dia sibuk. Tapi entah kenapa Ayana rasa itu hanya alasan semata-semata.

Arief betul-betul nak kahwin dengan Ayana ke atau dia sebenarnya terpaksa? Tapi kalau dia terpaksa kenapa dia perlu melamar dan minta tolong Ayana?

Tangan diletakkan ke dada lalu matanya dipejam rapat.

Hati, janganlah curiga macam ni. Ayana tak suka.

THE DAY I LOVE YOUWhere stories live. Discover now