"Hai girls."
Senyuman dihadiahkan untuk dua orang gadis di hadapannya. Ayana segera melarikan pandangan saat matanya bertembung dengan jejaka itu. Ahh... Ayana. Tak kan lah baru nampak dia senyum kau dah berdebar macam dia ajak kau kahwin?
"Korang buat apa dekat sini? Tunggu aku habis kelas eah?" soal Arief dengan senyuman meleret. Aien gulingkan matanya 360 darjah.
"Tak ada kerja nak tunggu kau. Kami berdua otw nak pergi kafe. Kau nak ikut tak?" soal Aien pula. Hati dah lah tengah panas, memang tak ada maknanya dia nak layan loyar buruk mamat dekat depan dia ni.
"Of courselah ikut, aku tak ada mereputlah kau berdua nanti. Betul tak Ayana?"
Mata Arief kini tertala tepat ke wajah Ayana. Ayana jadi tidak keruan lebih-lebih lagi bila Arief tidak henti-henti mengukir senyuman membunuhnya itu.
"Erk... haah. Kau tak ada mereputlah kita orang," ujar Ayana tanpa berfikir dua kali.
"Woi, Ayana. Yang kau menangkan dia kenapa?" Matanya Aien jengilkan. Aduh, Ayana ni. Tak membantu langsung. Sekarang ni siapa kawan baik siapa? Aien ke Arief kawan baik dia sebenarnya?
"Huh?"
"Ayana sayang aku. Mestilah dia menangkan aku."
Muka jijik Aien beri. Ayana ditarik ke sisi.
"Tak ada maknanya. Dahlah, tutup mulut kau sebelum kau makan kaki aku. Jom Ayana."
-The Day I Love You-
ORANG lain mungkin fikir Ayana syok sendiri tapi kebenarannya Ayana memang syok sendiri. Senyumannya, pandangan matanya, tawanya, kalau boleh Ayana nak tengok hari-hari.
Haih, kenapalah si Arief ni menawan sangat ya?
Arief. Ouh, ya. Nama dia memang Arief saja. Nama penuh pula Arief bin Amran jadi maknanya nama dia memang Arief saja. Pelajar tahun terakhir medic. Jejaka paling digilai di kampus mereka. Kalau sebut nama Arief pasti semua orang tahu. Lebih-lebih lagi kalau disebut di kalangan para siswi.
Yalah, Arief kan lelaki paling gentlemen abad ini. Lelaki yang sentiasa ada kalau perempuan perlukan pertolongan. Macam manalah perempuan boleh tak suka dia? Tengok senyumannya pun terus boleh jatuh cinta.
Wajah Arief yang duduk betul-betul berhadapan dengannya diperhati. Ahh... tak pernah sekali pun Ayana tidak cair bila tengok wajah Arief. Wajah yang tak pernah lekang dengan senyuman manisnya. Buat Ayana makin jatuh cinta dari hari ke hari.
Kejadian dua tahun lepas kembali bermain di dalam fikiran Ayana. Kejadian yang telah membuahkan rasa cintanya untuk seorang jejaka bernama Arief.
-The Day I Love You-
2 Tahun Lepas...
"Macam tak boleh nak be...rat la..gi..."
Bakul berisi alatan sukan itu Ayana bawa penuh susah payah. Peluh keringat sudah mula membasahi tubuhnya. Dalam hati Ayana sekarang ni memang tak habis-habis menyumpah jurulatihnya kerana paksa dia angkat semua raket tenis ni. Kalau dia main tenis tak apa lagi. Tapi masalahnya sekarang ni, Ayana bukan pemain tenis.
Dia pemanah kut!
"Tahulah minat coach tenis tu tapi kenapa eah? Kenapa kena libatkan aku?" bebel Ayana seorang diri tak puas hati dengan sikap jurulatihnya. Manusia kalau jumpa orang yang dia suka memang tak sedar diri betul.
"Need any help?"
Dalam pada Ayana sibuk membebel tiba-tiba sahaja ada suara yang menegur. Kepala didongak dan serentak dengan itu tubuhnya terus kaku. Mata Ayana sudah tidak berkerdip. Jantung yang tadi berdetak dalam kadar manusia normal tiba-tiba sahaja berubah rentak ke manusia yang tak berapa normal.
Ini bukan guraun. Ini bukan scam. Ini betul-betul!
Wah! Indahnya ciptaan Tuhan dekat depan dia ni!
"Awak... nak saya tolong tak? Nampak macam berat je tu."
Bakul yang dipegang hampir terlucut dari tangan namun sempat disambut sang jejaka kacak. Serentak dengan itu Ayana pun kembali ke dunia nyata.
"Eh.. alamak sorry sorry. Tak apa, saya boleh bawa. Jangan risau."
Si jejaka tersenyum melihat gelagat Ayana yang dirasakan begitu lucu. Haih, dahlah badan sekeping. Pendek pula tu. Bila Ayana bawa bakul ni memang tak nampak muka langsung. Bakul yang kini berada di tangannya dilarikan jauh dari gadis itu.
"Dah ada dekat tangan saya. Jadi biar saya bawa okey,"
"Tapi..."
"Tak ada tapi-tapi. Kalau awak tak nak terhutang budi, belanja saya dekat kafe lepas ni," ujar si jejaka lantas mula melangkah meninggalkan Ayana yang sudah tercengang.
Belanja?
"Nak hantar dekat mana ni? Gelanggang?"
Langkah si jejaka segera dibuntuti. Mereka mula berjalan seiringan.
"Haah. Hantar dekat gelanggang."
Si jejaka tersenyum lagi sehingga buatkan hati Ayana semakin berdebar-debar. Debaran yang tak pernah Ayana rasa sepanjang sembilan belas tahun dia hidup. Biasa kalau Ayana dekat dengan lelaki jangan harapkan berdebar, jantung kalau boleh nak berdetak pun malas. Ni apa pula masalah jantung dia hari ni? Salah makan ubat ke apa?
"Ouh, lupa nak tanya. Nama?" soal si jejaka sambil menoleh ke arah Ayana.
"Erm.. Puteri Ayana Aysha binti Hafizudin."
Usai nama diberi, si jejaka tertawa kecil. Dahi Ayana berkerut.
"Kenapa gelak? Nama saya lawak sangat ke?" soal Ayana penuh khuatir. Pelik. Rasanya nama dia tu dah cukup sedap. Rasanya tak wujud pun perkataan Samdol ke Somdol dekat nama dia.
Si jejaka menggeleng sambil cuba menahan tawa daripada terhambur keluar.
"Eh... tak. Nama awak tak lawak pun. Tapi, awak tu yang lawak. Semangat betul ya bagi saya nama penuh dengan nama bapak sekali. Nama penuh dalam IC eah?"
Muka Ayana memerah. Alamak, ni mesti kes terlebih berdebarlah ni.
"Hehe.. tak apa. Dah alang-alang saya tahu nama penuh awak ni biar saya simpan dalam otak saya terus. Mana tahu satu hari nanti saya kena sebut nama tu dekat depan ayah awak."
Ayana terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Sebut nama penuh depan ayah Ayana?
Maksud dia...
WAKTU ANGKAT NIKAH KE?
"Btw, saya Arief. Arief bin Amran. But you can call me..."
YOU ARE READING
THE DAY I LOVE YOU
RomantikShe loves me when she knew I'm in love with someone else. I love another women when I knew, she loves me. Am I the selfish one? Or is it her? "Patut ke aku bagi kita peluang Ayana?"