TDILY 20

1K 43 0
                                    

Tangan yang sudah berpeluh-peluh digenggam. Nafas dalam ditarik berkali-kali cuba untuk mengurangkan debaran yang kian terasa. Aien yang dari tadi jadi pemerhati sudah tersenyum mengusik.

"Berdebar ke cik kak oi?"

"Mestilah berdebar. Aku nak akad nikah kut kejap lagi. Kau gila ke aku tak berdebar? Aku tak sangka hari aku akan jadi bini orang akhirnya tiba."

"Ek eleh. Bukan kau pun yang pegang tangan tok kadi tu nanti. Arief kut yang patutnya lagi debar. Koya betul kau ni."

Aien yang memakai baju kurung moden berwarna violet sesuai dengan tema hari ini dijeling. "Suka hati akulah. Aku yang nak kahwin bukan kau. Kalau kau kahwin nanti kau buat muka berdebar, aku tampar kau jangan pelik," ujar Ayana menyampah.

Dia tak kahwin lagi bolehlah sembang. Ayana ni dari semalam tak boleh nak tidur hanya kerana berdebar menunggu hari ini. Hari di mana dia akan diangkat menjadi peneman hidup Arief yang sah. Hari di mana hidup dia tak akan sama lagi seperti sebelum ini dan sudah pasti akan berubah seratus lapan puluh darjah.

Ayana takut. Dia takut dia tak boleh menghadapi hari mendatang. Alam perkahwinan bukan sesuatu yang mudah. Bercinta pun dia tak pernah bagaimana pula dia hendak menjalani hidup dia dengan seorang lelaki bernama suami setelah ini? Mampu ke dia?

"Apa-apa sajalah Ayana. Aku cuma harap kau bahagia dengan Arief. Aku harap kau boleh bahagiakan Arief dan begitu juga sebaliknya. Arief tu baik. Dia kalau dah kata sayang memang dia akan sayang orang tu sungguh-sungguh."

"Kalau dia kata dia benci?"

Entah mengapa soalan itu tiba-tiba sahaja terkeluar dari mulut Ayana. Wajah Aien dipandang serius.

"Kalau dia benci pun samalah. Kau tengoklah macam mana perangai si Arief tu. Kalau dia cakap dia nak yang tu, dia tetap nak yang tu. Kalau dia cakap tak nak. Dia tak kan hendaknya lah. Dialah orang paling degil aku pernah jumpa dekat muka bumi ni."

Ayana terdiam. Hujahan Aien mendatangkan gundah gulana dalam hati Ayana. Arief pernah cakap dia bencikan Ayana suatu masa dahulu. Semuanya gara-gara Ayana menghalang rancangan Arief daripada mengucar-kacirkan majlis pernikahan Sofea. Kalau apa yang Aien cakap ni betul, ikhlas ke Arief terima Ayana?

Tapi kalau betul Arief masih membenci dirinya, kenapa dia sendiri datang dan minta Ayana jadi isteri dia? Adakah memang atas sebab kerana dia ingin melupakan Sofea semata-mata?

Aien yang perasan akan wajah tak senang duduk Ayana, mula mengeluh. "Ayana... kau jangan risaulah. Arief memanglah sayangkan Sofea tapi dia minta kau jadi isteri diakan? Aku yakin dia ikhlas dan tak kan pernah kecewakan kau," pujuk Aien namun langsung tak dapat menenangkan hati Ayana.

Sebab memang bukan hal itu yang Ayana risaukan pun sekarang ini. Dia cuma risau tentang Arief yang pernah bencikannya. Malah Arief pun pernah tampar dia. Aien tak tahu tenang hal ini dan dia tak pasti sama ada dia patut bagitahu Aien atau tidak.

Arief pernah bencikan Ayana. Kalau benar apa yang diperkatakan Aien tentang Arief, tak mungkin Arief mahu bernikah dengan Ayana. Ikhlas ke Arief terhadap Ayana atau ada sesuatu yang menyebabkan jejaka itu sanggup bernikah dengan dia?

Dirinya yang sudah siap bersolek tebal diperhati seketika melalui cermin di meja solek. Cantik. Tapi mesti lagi cantikkan kalau ada senyuman gembira yang terselit?

"Kau datang dengan siapa? Kekasih kau ke?" Topik diubah, tak mahu lagi memikirkan hal yang boleh buat dia menggelabah. Ayana bangun dari duduknya lalu menapak ke birai tingkap.

"Datang dengan dia? Tak ada maknanya weh. Dia bukannya suka benda-benda macam ni. Kalau ajak dia gi archade dia sukalah."

Tawa dihambur tatkala mendengar kutukan selamba beruk Aien. Seronok betul jadi Aien. Walaupun selalu bergaduh dan kutuk satu sama lain, sayang dia dan kekasihnya tak pernah berubah. Namun seketika kemudian tawa Ayana serta merta mati apabila matanya menangkap sesusuk tubuh Arief di halaman rumah.

Bersama Sofea.

Hati Ayana yang memang sudah tidak berapa nak stabil tiba-tiba sahaja terasa seperti remuk rendam dan dirobek-robek. Arief kelihatan seperti sedang berborak mesra dengan Sofea sambil bertepuk tampar. Nampak gembira saja wajah mereka berdua. Agak-agaknya apalah yang mereka borakkan sebenarnya ya?

Perasaan kecewa perlahan-lahan hadir dan menyelinap masuk ke dalam diri Ayana saat melihat kemesraan pasangan tersebut. Arief cintakan Sofea. Itu adalah fakta tentang Arief yang sukar diubah di dalam otak Ayana. Malah Ayana yakin semua orang pun pasti akan berfikiran yang sama jika dia berada di tempat Ayana. Keluhan berat dihela.

Boleh ke Ayana bertahan hidup dengan Arief sedangkan hati jejaka itu ada pada wanita lain?

Mampu ke dia jalani hidup kalau satu hari nanti Arief tak mampu bagi kasih sayang seperti yang dia mahukan?

Betul ke pilihan dia ni?

Kalau dia tersalah, masih ada lagi ke kesempatan untuk Ayana mengundurkan diri?

THE DAY I LOVE YOUWhere stories live. Discover now