TDILY 11

1K 52 0
                                    

"Hai Aien! Jue!"

Aien mengangkat tangan membalas sapaan Arief manakala Jue sekadar tersenyum. Arief melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Jue. Ayana yang duduk berhadapan dengannya dikerling seketika lalu diabaikan.

Ayana yang perasan akan kerlingan Arief itu hanya mampu berdiam diri. Terasa betul hati dia lebih-lebih lagi tatkala kejadian beberapa hari lepas kembali bermain di dalam fikirannya.

Salah dia ke? Dia cuma tak nak Arief buat benda mengarut saja. Tak sangka pula Arief boleh tangan dekat dia.

Dasar lelaki dayus.

"Belanja aku makan weh. Aku lapar ni. Duit tak cukuplah."

Keningnya Aien angkat sebelah. "Amboi, anak Tan Sri Amran tak cukup duit nak makan? Pelik betul," perli Aien musykil. Perkataan Tan Sri ditekan sedikit biar mamat muka hensem dekat depan dia ni sedar diri. Jue mengangguk setuju.

"Tak ada apa yang peliknya Aien. Yang Tan Sri tu bapak aku, bukan aku. Belanjalah aku weh. Aku lapar ni. Sarapan pun tak lagi." Arief buat nada sayu cuba raih simpati. Aien tayang muka kasihan.

"Kau lapar?"

Arief angguk.

"Nak makan?"

Arief angguk lagi.

"Kesiannya kau. Tapi tu lah. Kalau anak Tan Sri macam kau pun tak ada duit, ini kan pula orang biasa macam kami ni. Lagilah tak ada duit Arief oi," perli Aien lagi sengaja sakitkan hati Arief. Jejaka itu mencebik.

"Kau ni kan Aien memanglah. Tak kenang budi betul. Dah lupalah tu siapa yang belanja kau ais krim tiap kali balik sekolah selama ni."

"Ahh... engkau mengungkit."

"Mestilah."

Tawa Arief meletus apabila dia pula berjaya sakitkan hati Aien kali ini. Puas kacau Aien dia menoleh pula ke arah Jue di sebelahnya. Jue ialah salah seorang junior mereka. Gadis ini selalu juga lepak dengan Aien sebab mereka ada projek mentor mentee. Jadi macam biasa, kalau ada yang rapat dengan Aien, Arief pun akan rapat dengan orang tu.

"Jue makan apa ni? Sikitnya. Ni mesti Aien yang belanjakan?  Mehlah abang Arief benda lain. Aien ni memang macam ni. Kedekut taik hidung masin."

Aien yang sedang makan jengilkan matanya. Arief dan Jue tergelak. "Tak apalah abang Arief. Kak Aien belanja pun dah kira bersyukur dah ni. Biasanya minta air mineral pun belum tentu dapat."

Dua orang makhluk di hadapannya itu dijeling silih berganti. Memang tak ada maknanya lepas ni Aien nak belanja budak dua orang ni. Orang dah belanja pun banyak cengkadak.

"Kau ni kan Jue...''

"Oit, oit. Jangan marah adik aku. Aku gigit kau nanti."

Mata digulingkan dengan teletah tak semengah Arief. Dalam riuh melayan perangai Arief, Aien terperasan sesuatu. Ayana di sebelahnya dikerling. "Eh, Ayana. Kau kenapa senyap semacam je ni? Tadi bising," soal Aien hairan buat Ayana terus tersedak.

"Tak.. tak ada apa-apalah," balas Ayana seraya mencuri pandang ke arah Arief yang sikit pun tak pandang dia. Mulutnya yang sedikit comot Ayana kesat dengan tisu.

"Hah, Arief. Suruhlah Ayana belanja. Ayana ni anak Dato lebih kurang status kau je. Minah ni banyak duit sikit dari kita orang," ujar Aien selamba mempromosikan Ayana.
Mata Ayana membulat dan bahu Aien serta merta ditampar.

Arief pandang Ayana. Ayana segera larikan pandangannya. Suasana terasa begitu kekok buat Ayana kini.

Baru sahaja Ayana nak marah Aien, Arief tiba-tiba bangun dari duduknya. "Erm... tak apalah. Aku nak chaw dulu. Lupa pula aku ada temujanji dengan Farhan. Bye girls," ujar Arief lantas terus angkat kaki pergi.

Dahi Aien mula berkerut seribu. Ayana yang nyata masih memerhati tubuh Arief yang kian menjauh dipandang.

"Kau gaduh dengan Arief eah Ayana?" tebak Aien.

"Ma..mana ada," nafi Ayana. Pipinya tiba-tiba sahaja terasa perit. Walaupun sudah beberapa hari berlalu, namun rasa sakit itu masih tersisa. Ayana tak bergaduh tapi dah bermusuh sekarang ni.

"Habis tu kenapa kau dengan Arief tak bertegur pun?"

Bahu dijongket. "Manalah aku tahu. Ala... kau ni. Aku bukannya awek Arief pun sampaikan dia kena tegur setiap kali jumpa," balas gadis itu memberi alasan.

Wajah jelita Ayana, Aien pandang penuh curiga. Nada suara Ayana kedengaran seperti dia sedang menyembunyikan sesuatu daripada Aien. Tapi apa dia? Ayana dan Arief bergaduh ke? Pelik betul kalau Arief tak tegur Ayana. Arief baik dengan Ayana selama ini. Sebab itulah Aien berani cadangkan nama Ayana sebagai calon isteri Arief kepada Puan Sri Kaseh.

Ayana adalah satu-satunya kawan perempuan rapat Aien. Hal ini sekaligus buat Arief turut layan Ayana baik. Berbanding dengan gadis-gadis lain, Arief lebih menjaga hati Ayana. Dia yang memang suka bagi harapan palsu dekat orang pasti akan berusaha memilih perkataan yang sesuai bila bercakap dengan Ayana kerana tak mahu gadis itu salah anggap.

Ya, Arief memanglah tak ada perasaan dekat Ayana tapi layanan Arief terhadap Ayana agak berbeza dengan orang lain. Hati Ayana dijaga rapi supaya tak terluka disebabkan dia. Arief menghargai Ayana sebagai salah seorang sahabatnya.

Oleh sebab itu, Aien memang rasa Ayana adalah calon isteri paling sesuai untuk Arief. Dia tak akan sanggup lukakan hati Ayana. Aien tahu prinsip hidup Arief. Jejaka itu paling pentingkan persahabatan. Dia anggap Ayana sebagai salah seorang sahabatnya, dia pasti mampu jaga Ayana dengan baik.

Namun setiap kali Aien cuba meyakinkan dirinya bahawa cadangannya betul, Aien sering kali tewas dengan perasaan takut dalam diri sendiri.

Betul ke tindakannya dengan mencadang nama Ayana pada mama Arief? Macam mana reaksi Arief kalau dia dapat tahu nanti? Aien tahu Ayana sukakan Arief tapi Aien sendiri pun tak pasti sama ada Ayana akan menerima jejaka itu atau pun tidak.

Betul ke apa yang dia buat ni?

Boleh bahagia ke mereka kalau mereka disatukan nanti?

Ahhh... Aien. Kenapa kau ni selalu sangat memandai?

VOTE PLEASEE :V

THE DAY I LOVE YOUWhere stories live. Discover now