TDILY 10

1.1K 47 0
                                    

Jam kini sudah pun menunjukkan pukul satu petang. Puan Kaseh meliarkan pandangannya ke sekitar Restoran Suria Jaya itu. Tidak terlampau sesak atau bising dengan orang ramai. Servis dan makanan di sini pun bagus. Sesuai sangatlah tempat ini untuk dia berbincang tentang perkara yang bermain dalam fikiran.

"Mama!"

Suara gadis yang ditunggu-tunggu akhirnya kedengaran buat Puan Sri Kaseh serta merta  menoleh. Kelihatan Aien sedang menuju ke arahnya dan sebaik tiba tangan wanita tua itu terus disalam.

"Mama sihat?"

"Alhamdulillah sihat lagi. Hah, Aien duduklah dulu. Order saja apa kamu nak. Mama belanja hari ni," ujar Puan Sri Kaseh.

"Serius mama?" Mata Aien sudah bersinar-sinar. Kerusi ditarik lalu duduknya segera dilabuhkan berhadapan dengan dengan Puan Sri Kaseh yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri.

"Kalau macam tu Aien nak makan banyak-banyaklah," ujar Aien sambil tersengih tak malu.  Kertas menu segera dicapai dan makanan yang ingin dinikmati terus diteliti.

Puan Sri Kaseh hanya mampu tayang muka redha. Kenal sangat dengan perangai Aien yang memang tak boleh kalau orang belanja dia. Tak kesah walau siapa pun gerangan yang belanja dia itu, memang dia akan habiskan duit si tukang belanja.

Dalam pada Aien sibuk menelek kertas menu, Puan Kaseh mula menarik nafas dalam. Wajah sahabat baik anaknya itu ditatap dalam.

"Aien, mama sebenarnya jumpa Aien ni nak minta tolong sesuatu," ujar Puan Sri Kaseh mahu menjelaskan niat sebenarnya ajak Aien makan tengah hari bersama.

Aien pula macam biasa. Dia tak angkat muka. "Minta tolong apa? Kalau Aien boleh tolong Aien tolong," balas Aien tenang tapi Puan Sri Kaseh sudah mula rasa serba salah.

Dia tahu ideanya ini tak berapa nak bernas tapi ini sahaja satu-satunya jalan yang boleh dia fikirkan. Apa reaksi Aien nanti ya? Agak-agak dia marah tak?

"Mama sebenarnya ajak Aien jumpa sebab nak merisik Aien untuk Arief."

Kertas menu di tangan Aien tidak semena-mena  terkoyak dua. Pelayan yang ada di situ sudah menjeling tajam namun Aien langsung tak kesah. Dia angkat muka yang nyata lagi jelas terkejut beruk. "Merisik what? Aien? Untuk Arief?" soalnya tak percaya dan tidak lama.

Puan Sri Kaseh telan air liur perit. Baru sahaja dia nak buka mulut cuba menjelaskan, tiba-tiba tawa Aien meletus. "Hahaha! Mama, lawak mama hari ni menjadi. Pandai eah mama buat Aien terkejut."

Dahi ditepuk. "Mama tak buat lawak Aien. Mama serius ni. Mama memang betul nak merisik Aien untuk Arief," ujar Puan Sri Kaseh serius. Langsung tiada tanda-tanda hendak bergurau.

Aien yang tadinya dalam mood playful terus tersandar kebingunan.  "Serius ma? Kenapa Aien? Tak, kejap. Arief tahu ke pasal ni. Kalau tekaan Aien betul mesti mama cakap benda ni dekat Aien tanpa bagitahu Ariefkan? Apa jadi sebenarnya ni sampai mama nak merisik Aien pula?" soal Aien yang kini mula memasang prasangka bukan-bukan.

Nak cakap Arief merisik dia tu memang tak ada maknanya. Arief mana pernah pandang Aien sebagai seorang perempuan. Sebelum ni pun Aien pernah kena reject dengan Arief sampaikan dia taubat tak nak suka Arief dah. Mereka cuma kawan baik. Tak logik kalau Arief tiba-tiba nak merisik dia. Mesti Puan Kaseh buat semua ni tanpa pengetahuan Arief.

"Erm... Arief memang tak tahu lagi pasal benda ni. Sebab tu mama tanya Aien dulu. Kalau Aien setuju..."

"Aien tak setuju ma. Aien tak nak kahwin dengan Arief lagi-lagi kalau Arief sendiri tak tahu. Kalau mama fikir Aien akan terima mama silap. Aien tak nak aniaya kawan baik Aien sendiri," ujar Aien jujur dan jelas. Mungkin dia kedengaran agak kurang ajar tapi dia sekadar menegakkan kebenaran.

Arief tu kawan baik dia sejak kecil. Dia tahu apa yang Arief rasa dan kalau Arief tahu tentang hal merisik ni, dia mesti marah.

"Aien... mama bukan sengaja tak nak bagitahu Arief tapi mama terpaksa. Mama buat semua ni pun untuk kebaikan Arief. Aien tahukan yang Sofea dah kahwin dengan Alief?"

Maksud Puan Kaseh tidak dapat Aien tangkap namun dia hanya mengangguk.

"Hah, sebab tu lah mama nak minta tolong Aien ni. Mama risau. Hari tu Arief mengamuk. Dia marah sebab mama kahwinkan Alief dengan Sofea tapi bukan dengan dia. Arief kata dia nak rampas balik apa yang sepatutnya jadi milik dia."

Aien terdiam.

"Maksud mama... Arief nak rosakkan rumah tangga Alief ke?"

"Mungkin. Itu mama tak tahu tapi mama memang risau sangat ni. Mama tak nak anak mama jadi perosak rumah tangga orang lebih-lebih lagi rumah tangga abang dia sendiri."

Dah tu kenapa kau pandai-pandai kahwinkan Alief dengan Sofea?

Aien ingin tergelak menyindir tetapi hujahan Puan Sri Kaseh buat Aien kembali terdiam. Mengenali Arief selama hampir dua puluh tahun buat dia lebih dari faham akan perangai jejaka tersebut. Arief ialah seorang jejaka yang berfikiran rasional dan sangat baik hati. Tapi bila ada hal berkaitan dengan Sofea, dia pasti akan berubah tiga ratus enam puluh darjah.

Sofea itu bagaikan antidoks buat Arief. Dia boleh berubah sekelip mata bila Sofea ada. Jadi kalau Arief kata dia nak rosakkan perkahwinan Sofea itu bukan perkara yang pelik.

Arief terlampau cintakan Sofea.

"Jadi, mama nak suruh Aien kahwin dengan Arief ni supaya dia tak buat benda mengarutlah kan?" soal Aien meminta kepastian.

"Yalah Aien. Mama sebenarnya tak tahu nak buat apa dah ni. Aien kenalkan Arief tu macam mana? Dia kalau dah cakap dia buat betul-betul. Macam waktu dia keluar dari rumah mama. Mama ingat dia main-main je tapi akhirnya sampai sudah dia tak balik-balik. Aien, mama risau sangat ni. Tolonglah mama Aien."

Aien buntu. "Erm... kalau mama cakap macam ni... Aien pun rasa risau juga. Tapi ma, kalau mama nak suruh kahwin dengan Arief tu Aien memang tak boleh tolong," balas Aien.

"Lah... kenapa pula Aien? Aien tak suka Arief ke?"

"Bukan tak suka tapi Arief tu kawan Aien. Lagipun Aien dah ada pilihan Aien sendiri mama. Aien tak boleh kahwin dengan Arief," jelas Aien.

Keluhan berat dilepaskan lalu kepalanya terus dipicit. "Aduh... dah tu macam mana sekarang ni Aien? Mama dah tak tahu nak buat apa ni," adu Puan Kaseh sudah hati. 

Mata Aien naik ke siling kedai makan tersebut lagak berfikir. Beberapa ketika kemudian meja ditepuk." Aien tahu macam mana nak selesaikan masalah mama ni."

Wajah Puan Kaseh mula bercahaya. "Huh? Macam mana?"

"Arief akan kahwin, tapi bukan dengan Aien."

"Habis tu?"

Sengihan ditarik. Tubuh dirapatkan ke meja. "Dia akan kahwin, tapi dengan kawan Aien. Ayana Aysha."

THE DAY I LOVE YOUWhere stories live. Discover now