TDILY 08

1K 53 0
                                    

Suasana di meja makan itu tenang dan santai.

"Macam mana Sofea duduk dekat rumah mama ni? Okey?" soal Puan Kaseh memulakan perbualan.

"Mama dengan papa layan Sofea baik. Mestilah okey," jawab Sofea yang duduk di sebelah suaminya, Alief.

Arief yang duduk bersebelahan mamanya iaitu berhadapan dengan pasangan pengantin baru itu sekadar melirik. Sudah lama tak makan malam sama-sama konon. Kalau tak disebabkan papanya yang beria memang tak ada maknanya Arief balik rumah ni. Lagi-lagi bila terpaksa menghadap pemandangan indah tapi tak indah dekat depan mata dia ni.

Sakit hati tahu tak?

"Jadi Alief dan Sofea, apa rancangan kau orang lepas ni?" soal papa seraya menyudu nasi ke mulut.

Alief angkat kening. "Rancangan apa pula pa?"

"Yalah, rancangan lepas kahwin. Honeymoon, nak duduk dengan mama dan papa atau duduk rumah sendiri, anak..."

Arief tersedak kemudian terus terbatuk-batuk buat perbualan Alief dan papanya terganggu. Sedar semua mata kini terarah kepadanya, Arief angkat muka seraya tersengih kekok.

"Sorry..."

Kepala digeleng perlahan dengan gelagat Arief. Tan Sri Amran kembali memberi perhatian kepada anak sulungnya. "Hah, jadi apa rancangan kamu ni Alief?" Soalan diulang.

"Honeymoon tu mungkin bukan dalam masa terdekat ni sebab kami berdua pun sibuk. Alief nak kena settlekan kerja Alief dekat office dulu, Sofea pula tak leh lama-lama tinggalkan klinik dia. Kalau pasal rumah pula, kami dah setuju nak tinggal dengan mama dan papa saja. Yalah, Arief pun tak tinggal dekat sinikan. Nanti sunyi pula rumah ni."

Jelingan Arief beri saat namanya disebut. Eh, dia pula kena. Memang dasar kaki mengampu si Alief ni.

"Pasal anak pula..."

Mata Alief mula melirik manja ke arah sang isteri di sebelahnya. "Insyallah tahun ni boleh kut pa," beritahu Alief buat Sofea yang baru nak capai lauk terus memukul bahu Alief.

"Abang!"

"Apa? Betullah..."

Tawa mengusik Alief hambur saat sang isteri menghantar pandangan membunuh. Muka Sofea sudah memerah disebabkan malu. Arief pun berbahang juga muka dia tapi bukan sebab malulah. Sebab bengang.

Fikir sweet ke?

"Hurm. Duk mengusik macam ni memang tak lama dah tu. Kita tunggu jela papanya. Adalah Alief junior tak lama lagi ni."

Tawa bahagia mama dan papa bergabung di meja makan itu. Tak sabar nak dapat cucu. Alief dan Sofea pula saling berbalas jelingan manja. Cuma Arief seorang saja yang duduk di meja itu dengan wajah masam mencuka.

Bibir diketap lalu sudu dihentak ke pinggan. "Arief dah siap makan. Nak duduk luar ambil angin sekejap," ujar Arief lantas bangun dan terus meninggalkan ruang makan tersebut. Tawa mama dan papa serta merta terhenti. Alief dan Sofea juga sudah berkerut dahi pelik.

"Dah kenapa pula anak awak tu mamanya?" soal Tan Sri Amran.

"Hmp. Dia tunjuk perasaan nak balik rumah dialah tu. Awak kan tahu dia tak suka tidur sini yang awak pergi paksa juga kenapa?"

"Eh, saya pula kena."

Tan Sri Amran dihiraukan malah pandangannya dilempar ke arah sliding door yang kini terbuka luas. Puan Sri Kaseh menghela nafas lemah secara sembunyi. Bukan dia tak tahu sebab sebenar Arief jadi macam tu. Dia cuma berlakon tak tahu saja sekarang ni.

Mungkin benda yang dia buat ni tak adil untuk Arief tapi semua ni untuk kebaikan anaknya itu sendiri. Puan Sri Kaseh ada alasan yang dia tak mampu nak bagitahu.

Wajah anak sulungnya ditatap lalu beralih pula ke menantu barunya. Mesti Arief marah sebab ni kan?

"Kenapa mama?"

Lamunan Puan Sri Kaseh terhenti. "Huh? Eh, tak ada apa-apalah. Makan, makan. Sofea tambah lagi. Jangan malu-malu. Macam tak biasa pula."

Tawa bahagia keluarga Tan Sri Amran yang baru sahaja menyambut menantu itu sekali lagi meletus. Ya, mereka bahagia dengan pernikahan ini.

Jadi tak salahkan kalau korbankan kebahagian seorang demi kebahagian semua orang?

THE DAY I LOVE YOUWhere stories live. Discover now