"For you."
Terkejut Ayana dibuatnya saat setin nescafe original tiba-tiba muncul di depan muka. Namun saat kepala diangkat mahu melihat sang penghulur, bukan setakat terkejut, luruh jantung pun ada.
"A... Arief..."
Tin nescafe itu diletakkan oleh Arief di atas meja tatkala tiada tanda-tanda Ayana mahu menyambut. Arief mengambil tempat berhadapan dengan Ayana seraya pandangan diliarkan di sekeliling ruang santai tersebut. "Aien mana?" soal Arief. Ayana kembali tunduk memandang buku.
"Ada kelas."
"Kau tengah buat apa ni?"
"Study."
"Study? Atlet negara pun study ke?"
Ayana diam. Soalan Arief kali ini dibiarkan sepi. Malas nak layan mamat macam ni. Hari tu kata jangan pernah tunjuk muka depan dia, tapi hari ni boleh pula dia tegur Ayana. Buang tabiat ke apa?
Arief yang setia menunggu jawapan daripada Ayana mengeluh. Tubuhnya dirapatkan ke meja. "Kau marah aku lagi ke Ayana?"
Diam.
"Aku minta maaf. Hari tu, aku memang serius tak sengaja nak naik tangan dekat kau. Aku serabut sangat sampai tak boleh fikir dengan betul waktu tu. Ayana... maafkan lah aku," pinta Arief penuh ikhlas namun Ayana tetap tidak memberi sebarang respon.
Arief mengeluh lagi. Tubuhnya ditegakkan semula. Suasana di antara mereka sunyi seketika tatkala Arief diam cuba mencari idea.
"Okey, macam ni. Apa kata aku bagi kau tampar aku sebagai balasan atas apa yang aku dah buat dekat kau hari tu? Kau tampar je aku kuat-kuat, sampaikan muka aku bengkak pun tak apa. Tamparlah," cadang Arief lantas menalakan mukanya ke arah Ayana.
Buku yang sedang Ayana baca ditutup dengan kuat. Mukanya diangkat lalu pandangan menjengkelkan terus dihadiahkan untuk Arief. "Kau nak apa ni? Dah tak ada kerja sangat ke sampai datang kacau aku?"
"Lah... aku nak apalagi? Kan aku dah cakap tadi. Aku datang nak minta maaf daripada kau. Aku menyesal gila dengan apa yang aku dah buat hari tu Ayana. Aku rasa macam lelaki dayus. Selagi kau tak maafkan aku, selagi tu aku tak boleh nak hidup dengan tenang," ujar Arief dalam nada bersungguh-sungguh. Muka sayu ditayang bagi meraih simpati Ayana.
Rengusan d hela. "Aku dah maafkan kau," ujar Ayana pendek dan serentak dengan itu mata Arief terus bersinar.
"Seriuslah Ayana?"
Ayana mengangguk.
"Macam tak ikhlas je."
Senyuman paling lebar dia pernah ada ditarik. "Ya... Encik Arief. Saya, Cik Ayana Aysha maafkan anda!" ulang Ayana sekali lagi. Mata dia pun tidak semena-mena jadi bulat sebab punyalah nak tekan perkataan 'maafkan' tu.
"Thanks Ayana." Arief tersenyum manis membalas senyuman lebar tak ikhlas gadis itu. Matanya Ayana segera larikan ke lain saat terlihat senyuman Arief. Dalam banyak-banyak perkara tentang Arief, senyuman itulah yang Ayana paling lemah sekali. Hal ini kerana disebabkan senyuman manis jejaka itulah hatinya mula menyimpan rasa.
Senyuman Arief lain daripada yang lain. Bila Arief tersenyum, mata sepetnya serta merta membentuk eyes smile. Ada dua lesung pipit kecil akan muncul di hujung bibirnya jika dia mengukirkan senyuman. Jika lihat wajah Arief yang sedang tersenyum manis, pasti tak akan ada seorang perempuan pun tak akan jatuh cinta. Senyuman Arief nampak ikhlas dan begitu indah di mata Ayana.
Satu-satunya senyuman yang boleh menggetarkan tangkai jatung gadis itu.
Saat suasana terasa kekok, semua buku dan alat tulisnya segera Ayana kemas. Arief yang dari tadi duduk tersenyum terus hilang senyumannya. "Eh, kau kemas-kemas nak pergi mana pula ni?"
YOU ARE READING
THE DAY I LOVE YOU
RomansaShe loves me when she knew I'm in love with someone else. I love another women when I knew, she loves me. Am I the selfish one? Or is it her? "Patut ke aku bagi kita peluang Ayana?"