"ARIEF."
Semua orang yang berada di meja penjuru kafe itu menghentikan suapan mereka. Semua mata kini tertumpu kepada Ayana. Arief yang diseru namanya sudah pandang Ayana pelik.
"Erk..ya?"
Ayana yang baru sahaja tersedar daripada lamunan panjangnya terus terbatuk. Sekejap. Jangan bagitahu dia yang dia baru sahaja sebut nama Arief? Tak... tak. Dia tak sebut nama mamat tu kan?
"Kenapa panggil aku Ayana?" Soal Arief.
"Huh? Panggil kau? Erk... mana ada. Kau salah dengar kut."
Sudunya dicapai dan Ayana acah fokus dekat pinggan nasi goreng tomyamnya yang sudah kosong. Aien yang memerhati gelagat sahabatnya itu menggeleng lemah.
"Teruk sangat kau angau dekat si Arief ni Ayana," sakat Danish.
Ayana tersedak manakala Arief mula tarik senyum.
"Eh... m...mana ada! Kau jangan fitnah aku okey!" Nafi Ayana keras.
"Fitnah apa? Ada tiga orang saksi yang dengar kau panggil nama Arief dengan manjanya dekat sini dan kau tak nak mengaku lagi? Itu kau panggil fitnah? Fitnah tak ada bukti kukuh tapi kita orang ada bukti kukuh tau. Telinga kita orang."
Tawa menyakat mula meletus di meja yang berada betul-betul di penjuru kafe itu. Masing-masing hantar pandangan menyakat kepada Ayana yang sudah memerah mukanya.
Inilah orang panggil, harapkan member, member makan maggi.
"Kau suka Arief ke Ayana?" soal Farhan dengan mata bulatnya.
"Tak!"
"Ala... relakslah Ayana. Kalau kau suka Arief pun kau tak bertepuk sebelah tangan. Arief suka kau jugalah,"
Ayana terdiam seketika. Arief di sebelahnya dikerling daripada ekor mata. Jejaka itu sekadar tersenyum meskipun namanya asyik disebut-sebut. Usah ditanya maksud senyuman itu. Ayana tahu senyuman Arief tidak pernah membawa maksud apa-apa kerana Arief memang sentiasa melorek senyuman walaupun dalam situasi sedih.
"Jangan nak mengarutlah. Tak ada maknanya aku dengan Arief," ujar Ayana lantas memalingkan wajahnya ke arah lain.
"Aduh Ayana. Mana boleh cakap macam tu. Ka..."
"Reti tak senyap? Orang nak makan dengan tenang pun tak boleh," marah Aien setelah mulut kepoh Farhan disumbat dengan seketul roti. Farhan kunyah roti tu laju-laju kemudian telan penuh seksa.
"Ahh... kau Aien. Tak sportinglah."
Kata-kata Farhan diendahkan malah Aien terus sambung makan. Ayana tersengih memandang Aien. Savage girl ever.
"Ayana Aysha?"
Ayana menoleh saat mendengar namanya diseru seseorang.
"Ya, saya?"
"Ni ada orang kirim dekat awak." Sejambak bunga ros dihulur kepada Ayana. Dahi Ayana berkerut pelik. Dalam teragak-agak, huluran daripada budak yang tidak dikenalinya itu disambut.
"Dari siapa?"
"Sorry, tapi orang tu tak nak awak tahu," ujar si posmen tidak berbayar. Ayana mencebik. Pula dah?
"Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu ya?" pamit si posmen dan Ayana sekadar mengangguk. Sebaik sahaja kelibat budak posmen tersebut hilang, gengnya mula jadi lalat.
"Dari siapa Ayana?"
"Peminat kau ke weh?"
"Bunga plastik ke bunga ori tu duh?"
YOU ARE READING
THE DAY I LOVE YOU
RomansaShe loves me when she knew I'm in love with someone else. I love another women when I knew, she loves me. Am I the selfish one? Or is it her? "Patut ke aku bagi kita peluang Ayana?"