TDILY 05

1.2K 42 0
                                    

Pandangan dilemparkan di sekeliling perpustakaan itu. Dagu ditongkat.

"Mana Arief eah? Kenapa dah lama tak nampak dia?"

"Amboi, baru seminggu tak nampak tak kan dah rindu kut?" usik Aien yang masih sibuk menyiapkan assignmentnya. Ayana mencebik.

"Bukan rindulah. Aku cuma tertanya-tanya je. Biasanya dia ada je lepak dengan kita. Tapi ni batang hidung pun tak nampak. Dekat kampus pun tak terserempak," bidas Ayana buat Aien tergeleng-geleng.

"Hurm... dia tengah pergi tenangkan dirilah kut."

Kening Ayana terjongket sebelah.

"Tenangkan diri? Tenangkan diri untuk apa? Final lab test dia bukan lambat lagi ke?"

"Ala... tenangkan diri pasal Sofea. Minah tu kan tak lama lagi nak kahwin dengan abang si Arief."

"HUH?"

Mata Ayana terbeliak. Meja ditepuk kuat kerana terlampau terkejut dan  mereka berdua terus dijeling oleh pustakawan yang bertugas. Aien angkat muka dari kertas kerjanya lalu Ayana di hadapannya terus ditenung tajam.

"Kau ni, kut ya pun perlahan sikit boleh tak?"

Ayana tersengih.

"Hehe. Sorry. Tapi dari mana kau dapat cerita ni weh? Sofea nak kahwin dengan abang Arief? Biar betul?"

"Betullah. Buat apa aku nak menipu kau? Aku ni kan best friend forever and ever Arief. Mestilah aku tahu. Family Arief tu dah macam keluarga aku sendiri kau tahu tak?" ujar Aien.

Aien dan Arief memang sudah berteman lama. Sejak dari zaman tabika lagi. Ayana berkawan dengan Arief pun disebabkan Aien. Aien memang kenal sangat dengan perangai Arief. Semua benda yang ada dalam otak Arief, semua dia tahu.

Kadang-kadang Ayana selalu tersalah sangka yang mereka ni macam pasangan kekasih. Tetapi Aien sudah bagitahu awal-awal, Arief tak lebih daripada seorang kawan baik padanya. Mereka tak pernah ada perasaan untuk satu sama lain. Tambahan lagi Aien pun sudah ada buah hati sendiri walaupun mereka selalu bergaduh.

Sejujurnya Ayana bersyukur sangat bila Aien kata dia dan Arief tak ada apa-apa. Tapi bila Ayana dapat tahu yang Arief cinta nak mati dengan Kak Sofea dia, harapan Ayana habis hancur.

Arief sangat menyayangi Sofea. Dia mungkin baik dengan semua perempuan, dia mungkin gentlemen dan memang ada ciri-ciri lelaki idaman, tapi dalam hati dia cuma ada seorang wanita saja. Wanita yang dia layan tak seperti dia layan orang lain. Wanita yang sangat istimewa buatnya.

Jarak umur mereka yang agak jauh sudah lebih dari cukup untuk membuktikan ikhlasnya perasaan Arief kepada Sofea. Dia tak kesah pun dengan fakta di mana Sofea jauh lebih tua daripada dia. Cinta Arief memang berdasarkan hati semata-mata.

Jadi, kalau Sofea tiba-tiba nak kahwin dengan lelaki lain yang mana ialah abang Arief sendiri, agak-agak macam mana keadaan Arief sekarang ya? Ayana pula?  Adakah dia patut bersimpati dekat Arief sekarang ni ataupun happy sebab akhirnya peluang dia nak dapatkan Arief terbuka semula?

"Erm... Arief macam mana sekarang ni? Dia okey tak?" soal Ayana sedikit risau.

"Macam mana apalagi? Macam yang kau nampak sekarang ni lah. Kelas tak datang, menghilang entah ke mana. Tak faham aku dengan mamat tu. Broken macam budak sekolah rendah," balas Aien. Dia kembali fokus kepada kertas kerjanya.

Ayana mengeluh. Entah mengapa dia rasa lebih susah hati berbanding nak bergembira sekarang ni. Mungkin sebab ni lah orang kata, cinta itu obsesi. Bila orang yang kita suka tersenyum, kita pun nak ikut tersenyum. Tapi bila orang yang kita suka sedih, kita pula jadi susah hati.

THE DAY I LOVE YOUWhere stories live. Discover now