"AUNTY, kalau tak ada apa-apa, Sofea balik dululah," Tas tangannya dicapai lalu Sofea pun bangun dari duduknya. Puan Kaseh turut berdiri sama.
"Ish, Sofea ni... kan dah bagitahu. Panggil mama jangan panggil aunty."
Sofea tertawa. "Hehe, yelah maaama. Nanti kirim salam dekat Papa Am okey." Tangan Puan Kaseh digamit untuk bersalaman lantas Sofea berpamitan. Puan Kaseh yang tadi duduk bersantai di gazebo di laman rumahnya sekadar menghantar Sofea pergi dengan lambaian. Sofea masuk ke dalam mini coopernya dan terus memandu pergi.
Sebaik sahaja kereta Sofea hilang daripada pandangan, Arief yang hanya memerhati di pintu rumah sedari tadi terus menghampiri mamanya. Langsung tiada segaris senyuman di wajahnya saat ini. Arief berdiri di hadapan mamanya yang kini sudah pun melabuhkan punggung kembali.
"Mama, kenapa Arief tak tahu pun yang Alief nak kahwin?" soal Arief.
"Dah kamu tak tanya, macam mana nak tahu? Balik rumah pun sekali sekala memanglah terlepas semua informasi terbaru," sindir Puan Kaseh selamba. Cawan tehnya Puan Kasih capai lalu disisip ke bibir. Wajah anak lelaki bongsunya yang makin masam riaknya itu langsung tidak dipandang.
Arief mengetap bibir menahan rasa.
"Fine. Arief memang selalu tak balik tapi kenapa waktu Arief balik mama tak bagitahu apa-apa pun dekat Arief? Satu lagi, sejak bila Sofea bercinta dengan anak kesayangan mama tu? Apa dah jadi dengan Mai awek dia?"
Soalan bertubi-tubi Arief buat Puan Kaseh diserbu rasa hairan. Cawannya dijauhkan dari bibir seraya wajah Arief dipandang.
"Kamu ni dah kenapa? Sejak bila pula kamu sibuk sangat nak tahun pasal abang kamu ni?"
"Arief bukan nak menyibuk. Dah Arief ni kan adik dia. Salah ke Arief nak tahu ma?"
"Erm... salah tu taklah. Cuma mama pelik je. Sebelum ni kamu kan tak nak ambil tahu pun pasal abang kamu. Tiba-tiba datang tanya itu ini, macam manalah mama tak pelik?" balas Puan Kaseh.
Yalah, Arief yang dia kenal bukan jenis suka jaga tepi kain orang. Kalau ada majlis keluarga atau keluarga besar berhimpun sekali pun, memang susah nak ajak Arief. Malah sebaik sahaja Arief melanjutkan pelajaran ke universiti, dia terus keluar dari rumah mereka dan menyewa apartment sendiri. Padahal rumah banglo keluarga mereka ini sudah cukup besar untuk mereka sekeluarga. Dekat dengan kampus pula itu. Puan Kaseh pun tak faham dengan perangai Arief.
Kalau nak bercakap tentang Arief dan Alief pula, dua orang anak terunanya ini memang jauh berbeza. Hubungan mereka tak rapat mana macam adik beradik lain. Mereka tak bergaduh, tapi mereka juga saling tak berinteraksi. Mungkin kerana jarak umur 10 tahun yang membezakan.
Jadi bila Arief tiba-tiba sibuk tentang Alief ni, bukankan wajar untuk Puan Kaseh rasa pelik?
"Mama, jawab jelah soalan Arief. Arief pun berhak tahu benda yang jadi dalam rumah ni. Walaupun Arief tak tinggal dekat sini, itu tak bermakna mama boleh layan Arief macam Arief ni bukan anak mama lagi." Nada Arief berubah sedikit emo. Cawan tehnya Puan Kaseh letak di atas meja batu semula.
"Ishh Rief ni. Kamu mengarut apa ni? Bila masa pula mama layan kamu macam tu? Alief dengan Mai dah lama putuslah Rief oi. Mama kesian tengok Alief tu dah masuk 30-an tapi tak berteman lagi. Jadi mama pinangkan sajalah perempaun untuk dia bila dia bagi mama green light untuk cari calon."
"Tapi kenapa Sofea ma? Tak ada perempuan lain ke?"
Puan Kaseh angkat kening.
"Kenapa? Apa masalah dengan Sofea? Dia baik, rapat dengan keluarga kita, dia pun suka dekat Alief. Mama rasa dia okey je."
Buku limanya Arief genggam erat, masih cuba menahan rasa yang terpendam dalam hatinya.
"Malas Arief cakap dengan mama. Yang Arief tahu, Arief tak setuju Alief kahwin dengan Sofea," ujar Arief lantas berpaling dan terus beredar pergi.
Puan Kaseh sekadar menghantar tubuh Arief yang sudah keluar dari pagar utama pergi dengan pandangan khuatir. Sebab inilah sebenarnya dia nak sangat Sofea kahwin dengan Alief.
Semuanya disebabkan Arief.
YOU ARE READING
THE DAY I LOVE YOU
RomanceShe loves me when she knew I'm in love with someone else. I love another women when I knew, she loves me. Am I the selfish one? Or is it her? "Patut ke aku bagi kita peluang Ayana?"