TDILY 18

980 44 0
                                    

Semua mata yang kini memandangnya bagai nak ditelan ditentang takut-takut. Duduknya dibetulkan.

"Ayana..."

Ayatnya tidak diteruskan. Ayana mengenggam kemas kedua-dua tangannya.

"Ayana terima lamaran ni."

Senyuman mula terukir di bibir Puan Sri Kaseh dan uminya. Jawapan yang ditunggu daripada Ayana selama hampir dua minggu akhirnya diperoleh. Gembira sungguh mereka lebih-lebih lagi Puan Sri Kaseh. Tak sia-sialah nampaknya penantian dia selama ini.

Ayana turut mengukir senyuman lega kerana dia akhirnya dapat membuat keputusan berat ini. Arief yang duduk di sebelah Puan Sri Kaseh dikerling oleh Ayana. Sengaja dia ingin melihat reaksi jejaka itu apabila dia sudah menyatakan persetujuannya. Arief juga tersenyum lebar seperti yang lain namun ada sesuatu yang pelik mengenai senyuman jejaka itu saat ini.

Senyum Arief nampak tidak begitu gembira.

"Terima kasih Ayana sebab terima pinangan ni. Aunty happy sangat Ayana sudi jadi menantu aunty. Kalau macam tu mulai hari ni Ayana panggil saya mama okey? No more aunty."

Kepala diangguk.

"Hah, Arief. Apa kata kamu bawa Ayana pergi jalan-jalan dulu ke apa? Mama ada benda nak bincang sikit dengan Datin Aina ni. Nanti kalau dah siap mama call Arief."

"Okey," ujar Arief sepatah seraya bangun dari duduknya.

"Jom, Ayana." Tanpa menunggu si bakal isteri, Arief terus keluar dari rumah Datin Aina.

Ayana segera menyalami tangan uminya dan Puan Sri Kaseh. "Ayana pergi dulu ya umi, mama."

"Hah, ye lah. Jaga diri baik-baik. Jangan nakal-nakal sangat dekat luar tu," pesan Datin Aina dan Ayana sekadar bagi isyarat beres. Langkah Arief yang sudah keluar segera diekori.

Puan Sri Kaseh pandang Datin Aina lalu tergelak kekok. "Hahaha. Biasalah budak-budak. Arief perangai dia memang macam tu sikit. Tapi dia okey je. Maafkan dia ya Datin."

"Eh, tak ada apalah. Saya faham. Jadi sekarang ni kita nak buat apa? Bincang tentang persiapan anak-anak kita ke? "

Datin Aina dan Puan Sri Kaseh saling memberi pandangan penuh makna. Serentak mereka menjawab,

"Of course!"









"Mama kau tu cantikkan? Walaupun dah berumur tapi masih nampak elegan. Patut pun kau ni boleh tahan."

"Pujian ke tu?"

"Yela. Pujian. Ada terdengar nada aku macam nak menghina ke?"

Arief tergelak kecil seraya menggeleng. Mereka berjalan beringinan ke tepi tasik buatan manusia itu sambil menikmati pemandangan tasik di petang hari.

Wajah kacak Arief yang leka membuang pandang ke tasik sekali sekala Ayana curi pandang. Inilah bakal suaminya. Jejaka yang akan menjadi imam kepada Ayana sebaik sahaja mereka diijab kabulkan nanti. Jejaka yang akan memimpin Ayana dan menjadi seorang suami yang akan Ayana dampingi sehingga ke syurga.

Jujur Ayana kata, dia memang bahagia sangat jika benar jodohnya ialah Arief. Tapi dalam masa yang sama Ayana takut dia salah ambil keputusan. Arief baik orangnya namun hati jejaka itu amat sukar untuk ditebak. Aien yang sudah menghabiskan 18 tahun bersama sahabatnya itu pun kadang-kadang tak dapat nak faham perangai Arief.

Arief ni macam bungkusan hadiah yang tak dikenali. Nampak lawa dari luar tapi kita tak tahu isi dekat dalam tu baik ke tidak.

"Kenapa kau setuju nak kahwin dengan aku?"

Sepi di antara mereka akhirnya dipecahkan oleh Arief.

"Kau yang suruh aku kahwin dengan kau untuk tolong kau kan?" balas Ayana bersahaja.

"Ouh, jadi maknanya kau memang tak naklah kahwin dengan aku? Kau terpaksa sebab kesiankan aku macam tu? Kau setuju semata-mata nak tolong aku? Kau tak ikhlaslah ni terima aku?"

"Eh, mana ada. Aku ikhlaslah. Kau jangan salah faham. Aku dah buat solat sunat istikharah sebab aku dah tak tahu nak buat apa dan semua responnya positif. Aku yakin, demi Allah aku rasa kau memang jodoh yang terbaik untuk aku," jelas Ayana menyebabkan Arief terdiam. Arief membuang pandang kembali ke tasik.

"Aku bukan jodoh yang terbaik Ayana. Aku ada banyak kelemahan." Nada Arief kedengaran begitu lirih. Ayana segera berdiri di hadapan jejaka itu sambil mendongak. Ayana ni tinggi paras bahu Arief saja jadi nak tak nak dia memang kena dongak. Langkah Arief terhenti tatkala Ayana menghalang laluannya. Mata Arief ditenung tajam oleh Ayana dengan muka serius.

"Arief, jangan cakap macam tu. Manusia ni memanglah tak ada yang sempurna. Sebab tu lah Tuhan ciptakan manusia itu saling berpasang-pasangan. Supaya kita boleh melengkapkan satu sama lain."

Ucapan Ayana mendatangkan senyuman di bibir Arief. "Tapi Ayana, bagi aku, kau sempurna."

Muka Ayana mula membahang akibat daripada pujian selamba badak Arief. Ayana serta merta memusingkan tubuhnya membelakangkan Arief. Mukanya yang memerah dikipas-kipas dengan tangan.

"Macam ayat drama. Copy paste ek?"

Arief tersengih. Soalan berunsur sindiran itu dibiarkan sepi tidak berjawab. Ayana yang ayu memakai selendang krim hari ini buat dia jadi serba salah. Namun senyumannya tetap diukir untuk Ayana.

Dia tak nak gadis itu curiga.

Dia tak nak gadis itu kecewa.

"Ayana..."

"Hurm?" Ayana berpusing menghadap Arief kembali. Jejaka tersebut masih tersenyum memandang ke arahnya.

"Thanks sebab sudi terima aku. Dan... aku minta maaf, if bila kita kahwin nanti aku tak dapat jadi suami yang baik untuk kau. Aku minta maaf tau Ayana."

Kata-kata Arief tak mampu Ayana balas. Dia berhenti mengipas diri sendiri. Mungkin ayat Arief terdengar biasa sahaja di telinga orang lain tapi bagi Ayana, hatinya mula jadi gundah dengan ucapan tersebut. Senyuman kelat Ayana tarik tatkala dia tak tahu apalagi patut dia balas.

Betul ke pilihan dia ni?

Betul ke keputusan yang dia ambil ni?

Yakin ke Ayana yang dia tak akan pernah menyesal dengan keputusannya?

Ya Allah. aku harap ini yang terbaik untuk hidup aku dan Arief. Walau apa pun takdir yang telah kau tetapkan buat hambamu ini, aku percaya pada kau Ya Allah. Aku terima semuanya dengan hati yang terbuka. Aku reda.

THE DAY I LOVE YOUWhere stories live. Discover now