TDILY 13

972 42 0
                                    

"Sedapkan kek ni?"

Sofea mengangguk setuju. Kek Black Forest kegemarannya disudu ke mulut. Arief yang sekadar duduk memerhati sudah tersenyum lebar. Melihat wajah Sofea memang mampu menceriakan hari-harinya yang suram.

"Sofea, lepas ni pergi cinema jom. Ada movie baru keluarlah. Tiket tu Sofea jangan risau. Hari ni Arief belanja semua," ajak Arief.

"Arief nak belanja? Erk alamak... akak nak pergi tapi tu lah. Lepas ni akak kena balik terus sebab malam ni akak dah janji dengan Alief nak keluar dinner sama-sama."

Senyuman yang mekar di bibir Arief sedari tadi mati begitu saja. Dia menoleh ke lain sebelum mendengus. "Lah... ada dinner dengan Alief rupanya. Patut pun Arief ajak makan dekat restoran tak nak," ujar Arief cuba tak tunjuk yang mood dia makin jatuh sekarang ni.

"Ala... Arief. Janganlah marah. Lain kali kita lunch sama-sama okey?"

"Lunch je?"

"Yalah. Sebab malam memang full untuk Alief seorang saja," balas Sofea dengan sengihan nakal. Arief yang tengok tu apalagi, makin sakit hatilah.

Bahagia betul ya mereka berdua ni. Tapi orang yang sepatutnya rasa bahagia itu ialah Arief. Orang yang sepatutnya berdiri di samping Sofea ialah Arief. Orang yang seharusnya buat Sofea tersenyum ialah Arief. Bukan Alief. Bukan lelaki lain.

"Alief layan Sofea okey?" soal Arief.

"Okey. Dia baik sangat dengan akak. Akak rasa beruntung sangat dapat suami macam dia."

Senyuman kelat dipaksa ukir. "Arief lagi baik ke, Alief lagi baik?"

Soalan yang diaju Arief buat Sofea tergelak. "Hesy... Arief ni. Kenapa tanya macam tu? Arief buat akak rasa serba salah."

"Kenapa pula nak rasa serba salah?"

"Lah... yela. Aliefkan suami akak, Arief pula adik kesayangan akak. Mana boleh banding-bandingkan," jawab Sofea.

"Kalau dalam hati akak tu ada seorang saja lelaki. Akak tak perlu nak rasa macam tu. Akak akan terus bagitahu siapa yang akak pilih antara kami berdua." Nada suara Arief berubah sedikit serius. Kepalanya Sofea garu.

"Aduh Arief. Arief cakap macam tu buat akak pula takut. Okeylah, kalaulah kata akak terpaksa pilih mana lagi baik antara korang berdua, akak akan pilih seorang."

Wajah Sofea, Arief pandang dengan rasa ingin tahu.

"Akak akan pilih Alief. Sebab dia suami akak."

Jawapan yang diberi oleh Sofea terus sahaja meremuk redamkan hati Arief. Walaupun jawapan itu sudah dijangka, namun Arief tetap terluka. Entah berapa kali dia terluka disebabkan oleh Sofea pun dia tak tahu. Semuanya kerana wanita itu tak pernah perasan akan cintanya.

Sofea ni buta ke apa? Arief sudah cakap banyak kali yang dia sukakan Sofea. Kenapa wanita itu asyik buat pekak dan abaikan Arief? Dia memang sengajakan?

"Sofea."

"Yup."

Gelas fresh orangenya dikacau lalu disedut. Seketika kemudian nafas lemah dihela. "Sofea memang anggap Arief sebagai seorang adik ke?"

"Lah soalan pelik apalagi ni Arief? Mestilah kak Sofea anggap Arief ni adik. Kan kak Sofea dah selalu bagitahu," ujar Sofea.

'Tapi Arief tak anggap Sofea sebagai kakak Arief," tutur Arief pula buat suasana serta merta jadi kekok. Sofea mengemam bibirnya.

"Arief, look. Akak tahu akak ni tak layak jadi kakak Arief. Yalah, siapalah akak ni nak dibandingkan dengan Ariefkan? Arief anak Tan Sri, akak pula anak orang biasa je. Akak faham Arief tapi akak harap sangat Arief boleh terima akak sebagai family Arief. Apa pun yang jadi, akak dah sah jadi wife Aliefkan?"

Rambutnya Arief serabutkan. Aduh, orang maksudkan benda lain dia faham benda lain pula. "Awak ni betul ke doktor? Awak tipukan sebenarnya?"

Tubuhnya Sofea telek atas bawah. "Huh? Kenapa Arief cakap macam tu? Betullah akak ni doktor. Kenapa akak nak tipu pula?" tanya Sofea bingung.

"Dah tu yang lembab sangat tu dah kenapa?"

"Apa dia Arief?"

Kepala segera digeleng. Senyuman tidak berapa nak manis ditarik. "Tak ada apalah Sofea. Dah habis makankan? Nak Arief hantar balik?"

"Kalau Arief hantar akak balik macam mana pula dengan kereta akak nanti? Kan kita datang asing-asing tadi," ujar Sofea.

"Eh.... haahlah. Lupa pula. Erm... esok Sofea free tak?"

Fresh orangenya dihabiskan dengan sedutan terakhir. "Erm... tak kut. Dah janji nak shopping dengan Alief."

"Lusa?"

"Lusa pun tak. Alief kata nak bawa akak pergi makan dekat Kuala Kangsar, restoran ikan bakar feveret dia."

Arief terangguk-angguk. "Dah tu bila je yang Sofea free? Sibuk betul mengalahkan perdana menteri."

Tawa Sofea meletus disebabkam sindiran Arief. "Tak tahu lagi Arief. Kalau akak free nanti akak roger okey?"

Keluhan lemah dihela. Okey, tak okey. Kena okeykan juga. Tak apa, tunggu sajalah nanti. Tak lama lagi Sofea akan jadi miliknya semula. Waktu tu, memang masa Sofea semuanya hanya untuk Arief seorang.

Tas tangannya Sofea capai lalu dia pun bangun dari duduk diikuti Arief. Setelah siap melangsaikan bayaran di kaunter, mereka berdua pun keluar beriringan dari Kafe Secret Recipe itu.

"Arief, akak nak cakap sikit ni tapi Arief jangan terasa ya."

Tangan diseluk ke dalam poket seluar lalu Sofea yang berjalan di sisinya dipandang. "Nak cakap apa?" soal Arief.

Nafas ditarik lalu dihembus. "Okey Arief macam ni. Akak sebenarnya nak bagitahu Arief yang kita dah tak boleh macam dulu lagi."

Kening Arief terjongket. "Macam... dulu lagi?"

"Ya, macam dulu lagi. Maksud akak, akak dah tak boleh teman Arief lepak macam dulu. Tak boleh keluar makan selalu dengan Arief. Akak dah tak boleh. Akak sekarang ni dah sah jadi isteri orang jadi tanggungjawab akak dah semakin bertambah. Jadi sebelum Arief terasa hati ke apa dengan akak, akak nak minta dulu dekat Arief ya. Maaf kalau lepas ni Arief ajak akak keluar tapi akak tak dapat nak teman."

Hujahan Sofea buat Arief terdiam. Dalam terpaksa dia pun membalas, "Its okey. Arief faham."



THE DAY I LOVE YOUWhere stories live. Discover now