TDILY 14

983 45 0
                                    

"Arief? Bila kamu sampai? Tak bagitahu mama pun." soal Puan Sri Kaseh yang baru sahaja turun dari tangga. Agak terkejut dengan kemunculan Arief yang tidak. Yalah, Arief kan tak suka datang sini. Kalau dia tiba-tiba singgah itu memang boleh jadi berita hangatlah.

"Baru je ma. Ambil barang tertinggal. Tapi Arief nak balik apartment Arief dah ni," balas Arief. Dia terus menapak ke pintu tanpa memandang mamanya.

"Arief, tunggu. Alang-alang Arief balik ni mama ada nak bincang benda penting dengan Arief sebenarnya," tahan Puan Sri Kaseh menhalang langkah Arief.

"Bincang apa pula ma? Kalau nak cakap tu, bagitahu jela sekarang. Arief nak balik cepat ni. Ada assignment kena buat."

"Memanglah mama nak bagitahu sekarang. Tapi boleh tak Arief duduk dulu? Ni benda penting, tak kan nak bercakap depan pintu macam ni?"

Rengusan dihela. Arief menapak malas ke ruang tamu lalu terus melabuhkan punggungnya. Puan Sri Kaseh menggeleng lemah melihat gelagat Arief namun dia segera mengambil tempat di hadapan anak bongsunya itu.

"Mama nak cakap apa ni? Cepatlah sikit. Arief malas nak lama-lama dekat sini."

"Hesy, Arief ni. Bersabar sikit boleh tak? Mama baru duduk."

Mata dijungkitkan ke atas lalu tubuhnya terus disandar ke sofa. Inilah salah satu sebab dia malas nak berlama dekat rumah ni. Mama dia memang suka buat kerja terhegeh-hegeh dan buang masa dia. Bukan mama tak tahu Arief nak cepat tapi dia memang sengaja nak kenakan Arief.

"Okey Arief, cerita dia macam ni." Duduknya Puan Sri Kaseh betulkan.

"Arief kenal Ayana Aysha?"

Nama yang diaju Puan Sri Kaseh buat mata Arief terus melekat ke wajah mamanya. "Mana mama kenal Ayana ni?" soal Arief terkejut. Setahu Arief satu-satunya kawan Arief yang Puan Sri Kaseh kenal hanyalah Aien seorang. Itu pun sebab Puan Sri Kaseh berteman rapat dengan mama Aien. Hmp, tapi Ayana itu boleh dikira sebagai kawan dia ke?

"Tak kesahlah macam mana mama kenal dia. Tapi yang penting sekarang ni mama nak bagitahu Arief yang mama dah merisik Ayana bagi pihak Arief."

Mata Arief membulat. "MAMA BUAT APA?"

Muka tak bersalah Puan Sri Kaseh tayang. Tangannya disilang. "Mama merisik Ayana untuk Arief. Mama nak Ayana kahwin dengan Arief."

"Are you kidding me mama. Mama ni dah kenapa? Gila?" Nada suara Arief kini sudah tidak terkawal. Lantaklah dia kedengaran kurang ajar ke apa tapi yang penting sekarang ni mama sudah melampau. Kahwin dengan Ayana? Lawak apakah?

"I'm not kidding Arief. I'm serious. You are going to marry her," ujar Puan Sri Kaseh tegas. Arief segera menggeleng.

"No, ma. I'm not going to marry her. Mama siapa nak paksa Arief? Selama ni mama tak pernah kesah pun dengan hidup Arief tiba-tiba nak sibuk carikan isteri untuk Arief dah kenapa?"

"I'm doing all this for your own sake Rief."

"My own sake? My sake or Alief's? Mama rancang semua ni sebab tak nak Arief kacau bini Aliefkan?" soal Arief sinis namun Puan Sri Kaseh sekadar diam.

Hahaha. Nampaknya betullah tekaan dia.

"Dahlah mama. Arief nak balik. Mama tak payahlah sibuk dengan hidup Arief lagi. Arief tahulah apa yang Arief nak buat. Pasal merisik tu baik mama rarik balik saja. Arief tak akan kahwin dengan Ayana tu," ujar Arief.

Ayana Aysha. Mama dia tak tahu ke Arief benci deka perempuan tu? Boleh pula dia nak suruh Arief kahwin dengan Ayana. Tak lain tak bukan, mesti mama jumpa Ayana melalui Aien. Bibir diketap.

Kalau dia jumpa Aien nanti memang siap minah tu dia kerjakan.

Arief bangun dari duduknya, berkira-kira mahu beredar. "Arief. Kamu nak pergi mana? Mama tak habis cakap lagilah."

"Cakap apalagi ma? Arief tahu mama tak sayang Arief tapi boleh tak tolong terus abaikan saja Arief ni? Abaikan Arief macam yang mama selalu buat. Tak susah pun kan ma? Biar Arief dengan hidup Arief. Jangan rosakkan kebahagian Arief lagi boleh tak?"

"Kebahagian apanya Arief? Kamu ingat mama tak tahu yang kamu selalu balik sini sebab nak ajak Sofea keluar. Arief, Sofea tu kakak ipar kamu. Isteri sah abang kamu. Mama tak suka Arief buat perangai macam ni. Mama minta maaf kalau mama selalu abaikan Arief tapi tolonglah Arief. Jangan malukan mama please."

Tawa kecewa Arief hela. "Mama memang pentingkan diri sendiri."

Tanpa menoleh lagi, Arief angkat kaki mahu beredar. Kecewa sungguh dengan mamanya yang tak pernah layan dia macam seorang anak. Mungkin Arief ni anak angkat yang keluarga ni kutip tepi jalan sebab tu dia dilayan sampai macam ni sekali. Siapa tahukan?

Dengan hati yang pedih dia pun terus beredar. Namun baru sahaja kakinya mahu menjejak ke pintu keluar, langkahnya terhenti.

"Arief, mama tetap nak Arief kahwin dengan pilihan mama. Kalau Arief bangkang, semua perbelanjaan rawatan untuk Farisha mama akan hentikan!"

THE DAY I LOVE YOUWhere stories live. Discover now