👑 •BAB 3•

145K 6.7K 315
                                    

     CHEF Fakhrurazi yang duduk tenang membelek fail ditenung Armaya. Ada lagi dua orang lelaki yang duduk di hadapannya. Tipulah kalau dia tidak gementar. Dalam hati sudah berdoa supaya sesi interview ini berjalan lancar.

"Introduce yourself..."

Armaya tarik nafas dalam-dalam. Bibir terus mengukir senyum manis. Tak mahu menunjukkan betapa nervous dia ketika itu.

"My name is Armaya Mikaeyla Binti Zulhazi. I am 25 years old and i've already finished my studies. I am the eldest and i have a younger sister. I..."

"You half...france?" lelaki cina bermata sepet itu terus mendongakkan kepala memandang wajah Armaya setelah meneliti isi fail itu tadi.. Tak percaya. Wajah cantik gadis itu diteliti. No wonder...

Armaya mengangguk. Agak kekok dengan pandangan lelaki cina itu. Bibir masih terukir senyum walaupun agak payah.

"Awak ada diploma dalam pengurusan business... but you end up with culinary and pastry instead of bachelor in business. Why?" Chef Fakhrurazi mendongak. Agak pelik dengan gadis di depannya ini. Anak muda zaman sekarang biasanya akan memilih business berbanding karier masak-masak sebegini.

"Saya tak minat bisnes. I've just got myself into hard times if it comes to business. Saya suka memasak since i was kid. For me, bisnes tak dapat beri saya apa-apa yang menarik in return. Tapi menjadi seorang chef adalah berbeza. Totally different. Kepuasan yang saya tak pernah rasa apabila masakan saya dapat memuaskan orang lain. Dan dengan itu, saya betul-betul nak menceburi karier memasak ini. Saya nak kecapi kepuasan yang saya idamkan dengan puaskan orang dengan masakan saya. Itulah bahagia sebenar bagi saya." yakin Armaya mengemukakan hujahnya. Lantaklah ayat-ayatnya skema broken ke apa. Janji ikhlas dari hati.

"So what's your specialty?" Tanya Chef Fakhrurazi lagi.

"My specialty is in western food and desert, sir." Balas Armaya yakin.

Chef Fakhrurazi menongkat dagu dengan tangan. Mata mencerun memandang wajah berseri Armaya. Perlahan-lahan bibirnya menarik senyum.

"Good. I like her."


"SERIOUSLY!" Zuhaira tumpang rasa teruja mendengar berita yang dikhabarkan Armaya tadi.

Armaya angguk laju. Gembira bukan main apabila dia lulus interview semalam.

"Wah tahniah babe! Aku tumpang gembira. Jadi chef la bff aku ni. Bolehlah masakkan aku makanan hotel lepas ni." Zuhaira ikut teruja. Ingat senang ke nak merasa makanan hotel yang semestinya satu pinggan boleh mencecah puluhan ringgit.

"Aku sorang je perempuan yang lulus. Yang lagi tiga orang tu lelaki. Tapi aku haraplah bukan aku sorang je perempuan kat dapur tu nanti." Armaya menyembamkan wajah di atas bantal. Masih gementar.

Zuhairah menggeleng. Dia akui, kalau bab masak, lelaki kadang-kadang lagi terrer dari perempuan. Nasib aku pandai masak. Tapi tak adalah sehebat skill masakan Armaya. Hihi.

Ting...

Menggelibas Zuhaira capai telefon bimbitnya. Muka teruja gila. Terbang ke laut sudah topik asal mereka. Berkerut dahi Armaya melihat perangai abnormal si Zuhaira.

"Kau dah kenapa Zu?"

"Arghhhhhhhh!!!"

Armaya terus tutup telinga dengan jari. Soalannya tidak dijawab.

"Awww Tunku Noah! Sepupu dia pun hotnyaaa!!!" Armaya geram mendengarnya. Ingatkan apa!

Pakkk...

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now