👑 •BAB 42•

153K 5.8K 414
                                    

BOSAN. Rumah mewah milik Tunku Noah memang besar. Tapi sunyi sungguh. Tunku Noah tak bosan ke sensorang dalam villa besar gedabak ni?

"Berangankan saya ke?"

Terkejut beruk Armaya. Tak sempat dia nak pusing hadap Tunku Noah. Sebab Tunku cuma bertuala paras pinggang sahaja.

"Eii awak pakailah baju!" dia tak tau ke dia tu tengah seksi?

"Boleh pilihkan baju saya?" Tunku Noah memeluk tubuhnya. Armaya mendengus geram.

"Baju awak kan belambak. Pilih jelah nak yang mana."

"Saya dah kahwin. Isteri saya kan boleh tolong."

Armaya menjulingkan mata. Sendu betul ayat dia tu.

"Yelah."

Tunku Noah tahan lucu. Best juga rupanya dapat guna kuasa veto dia.

Armaya membebel-bebel geram. Dia nak baju yang mana ni? Baju banyak-banyak macam ni. Kan dah pening kepala nak pilih.

Armaya capai t-shirt polo lengan pendek berwarna hitam dan warna navy blue. Dua-dua cantik. Tapi Tunku Noah suka warna apa ek?

"Dia suka yang mana ni?"

Tiba-tiba rasa tubuhnya dikepung dari belakang. Terdorong ke hadapan tubuhnya apabila dada Tunku Noah bersentuhan di belakangnya.

"First lesson as my wife. I like black, blue and red the most." Menggigil Armaya apabila suara garau itu gemersik berbisik di telinga kanannya. T-shirt hitam di tangan kanannya dirampas seraya telinganya rasa dicium sekilas.

Ya Allah! Dia ni gila!

Rasa bagai diawangan seketika.

"Armaya Mikaeyla..." meleret Tunku Noah memanggil nama isterinya.

"Y... ya saya." gelabah Armaya mencari wajah lelaki itu.

"Saya nak pakai baju ni. Awak nak tolong pakaikan ke?" Tunku Noah senyum senget. Mata melirik nakal ke arah Armaya.

Armaya yang faham terus lari keluar dari closet itu.

Fuh! Panas betul Malaysia ni kan!






TUNKU NOAH rasa rimas apabila mata bulat itu mengekori gerakannya ke sana sini. Geram betul dengan pandangan itu. Ada juga dia terkam budak ni karang.

"Anything you want to tell me?" Tanya Tunku Noah. Tak aman dia dengan pandangan Armaya.

Armaya yang duduk bersila atas katil lelaki itu terus tersengih.

"Awak nak pergi mana ni?"

"Why? Bosan sangat ke?"

Armaya mengangguk. Jatuh kasihan pula Tunku Noah melihat wajah polos itu. Baru kahwin dah kena kurung. Armaya bukan burung yang boleh dikurung sesuka hati. Dia masih seorang manusia. Masih perlukan kebebasan.

"Jom."

Bersinar mata Armaya mendengar ajakan Tunku Noah.

"Pergi mana?"

"Dating."

Terus melompat suka Armaya. Lantas dia terjun turun katil.

"Tunggu sekejap!"

Tunku Noah ketawa kecil melihat Armaya yang dah hilang dari ruangan besar biliknya.






ARMAYA mengecilkan tubuh di belakang Tunku Noah. Tempat apa ni? Kata dating.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now