👑 •BAB 28•

122K 6.2K 1.2K
                                    

SUASANA sepi. Bunyi garfu berlaga dengan pinggan kaca sahaja kedengaran. Armaya buat-buat sibuk dengan makanannya. Jeling sekilas pada Tan Sri Zulhazi pun tak.

Ya dia dah pulang ke rumahnya. Itupun sebab Puan Sri Juhana memujuk. Kalau tak memang mustahil dia nak ada kat sini.

Usai menghabiskan nasi dan lauk di pinggan, Tan Sri Zulhazi terus bangkit dari kerusi dan berlalu meninggalkan meja makan. Diam.

Puan Sri Juhana mengeluh. Dia tidak suka akan suasana dingin seperti ini. Siapa sahaja yang suka kalau ahli keluarga tidak bertegur sapa.

"Cik Armaya." Ben muncul.

Armaya yang sedang menyudu nasi terus terkalih memandang Ben.

"Ada orang nak jumpa." Lapor Ben ringkas.

Armaya terus bersandar di kerusi.

Siapa?


BERKERUT dahi Armaya melihat wajah kacak lelaki kacukan cina itu. Dah lama tak nampak. Tiba-tiba muncul depan mata. Apa kes?

"Hai cik."

Daniel.

"Cik?" mendengarkan perkataan cik dari Daniel serius memang geli geleman. Formal sangat ni pehal?

Daniel menjeling kiri dan kanannya. Tanda berwaspada. Armaya yang pelik dengan tindakan itu terus memandang kiri dan kanan juga.

Pandang siapa?

"Saya nak beritahu pesanan ni. Esok Tunku Noah ada event di Johor. So esok pagi awak boleh pergi office dia. Nanti awak gerak pergi Johor dengan boss sama-sama." Beritahu Daniel.

Armaya mengangguk. Esok kerja boh...

Eh sekejap. Daniel? Tunku Noah?

"Awak? Tunku Noah?"

Daniel tarik sengih melihat muka bingung Armaya. Tak tahu lagi lerr tu.

"Saya anak buah dia."

Pendek tapi cukup buatkan Armaya rasa macam orang bodoh. Selama ni dia kerja kat hotel tu baru sekarang dia tahu yang Daniel orang Tunku Noah. Apakah?!

"Dan sebelum saya lupa, baik saya bagi sekarang." Daniel menghulurkan telefon bimbit hitam nipis milik Armaya. Bersinar matanya.

"Oh my baby!" telefon itu terus ditarik ke dalam pelukan.

"Akhirnya pulang jugak. Ingatkan boss awak tu nak simpan phone saya sampai jadi belacan."

Daniel gelak. Mesti Armaya marah bila telefonnya dirembat Tunku Noah. Tak reti-reti nak pulang pulak tu. Kalau dia pun mesti sakit hati.

"Ingat tau esok pagi. Nanti saya ambil awak. And awak bawa lah apa-apa keperluan. Baju spare ke..."

"Stay JB ke?" Tanya Armaya. Daniel berfikir sejenak.

"Biasanya macam tu. Lagipun event entah jadah tu malam. Takkanlah malam-malam nak balik KL. Bahaya." Jelas Daniel. Armaya mengangguk faham.

"Ingat tau! Jangan lupa pula. Karang mati saya kena kapak dengan Tunku Noah."

Armaya buat muka. Menipu sangat. Berani ke Tunku Noah tu nak bunuh orang?

Tapi... tengok gaya macam berani.


ARMAYA landingkan tubuh atas katil. Fuh rindunya baby aku ni! Dah lama tak jumpa bilik sendiri. Rindu!

Ting!!!

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now