👑 •BAB 26•

129K 6.5K 646
                                    

ARMAYA dan Zuhaira berpelukan. Bukan main kuat mereka berdua menjerit. Gaya macam tak jumpa member setahun sahaja.

"Kau ni buat aku risau tau!" Zuhaira terus sekeh kepala sahabatnya. Armaya gelak kecil sebelum mengelak. Ceh berani nak sekeh aku.

"Taknak tanya ke aku ke mana?" sebab selalunya Zuhaira memang busybody. Semua benda dia nak tahu.

Pinnn!! Pinnn!!

Armaya terus memandang kereta jaguar hitam itu. Zuhaira pula angkat tangannya buat syarat menyapa. Armaya mencebik melihat kereta yang laju meluncur pergi tadi. Bukan rasa sakit hati dekat keretanya tapi dekat tuan yang memandunya tu. Ecece yelah tu sakit hati...

"Tak payah tanya. Tunku Noah sendiri beritahu yang kau ada dengan dia. Dia kata ehem ehem 'jangan risaukan sahabat awak. Dia ada dengan saya. Don't worry. Pandailah saya jaga dia elok-elok'." Zuhaira sengih selepas itu. Armaya terus memandang wajah Zuhaira. Matanya membulat. SRS ahh?

"Dia jumpa kau ke apa?"

"Tak dia whatsapp aku kelmarin."

"Mana dia dapat number kau?"

"Dia selongkar phone kau katanya."

"Habistu..."

"Eii jangan banyak tanya boleh tak? Kau tanyalah boyfriend kau tu sendiri." Usik Zuhaira dengan sengihan di bibir.

Armaya jeling Zuhaira. Ooo kau banyak tanya aku boleh?!

"Kau buat orang risau tau. Mummy kau risau, Arisya dah cuak. Dan yang paling gempak ann, Tan Sri Zulhazi siap datang sini cari kau."

Buk!

Rasa macam ada buah durian jatuh atas kepala apabila mendengar nama itu. Daddy? Cari. Aku? Eh untuk apa?

"Kenapa dia cari aku?"

Zuhaira angkat bahu. Tanda dia pun tak tahu.

"Habistu kau cakap ke yang aku dengan Tunku Noah?" memang mampus kalau Zuhaira cakap macam tu. Memang aku ketuk kepala mangkuk ni dengan buah durian.

"Aku cakaplah kau pergi hiking dengan member-member facebook kau." Ujar Zuhaira.

"Oh." Armaya bingung. Member-member facebook?

"Sejak bila aku ada facebook?" aku ni tak pernah ada facebook. Terkejut juga mendengarnya. Manalah tahu aku ada install facebook bunian ke.

Zuhaira terus gelak kuat. Armaya ni sengal jugak orangnya.

"Tipu sunat. Kau ni agak-agaklah aku nak cakap yang kau dengan Tunku Noah. Manalah tau daddy kau tu bermusuh dengan Tunku Noah ke kan?" Zuhaira sambung gelak. Armaya naik geram. Mata dipincingkan memandang Zuhaira. Galak benar ketawanya.

"Eh betul ke doh?" Zuhaira rasa lain macam bila lihat Armaya diam. Dia salah cakap ke?

"Kau rasa aku dapat luka kat dahi ni sebab apa?" Armaya julingkan mata sebelum dia terus melangkah masuk rumah. Zuhaira menganga.

"SRS ahh weh. Ceritalah Mika aku nak dengar."

"Esoklah. Aku nak landing jap. Penat."

Zuhaira sengih nakal pandang rakannya atas bawah.

"Apa?!" mulalah tu nak fikir macam-macam. Zuhaira memang macam ni. Suka fikir lain.

"Penat? Kau buat apa je dengan Tunku Noah ni haa?" Usik Zuhaira.

Armaya terus tarik telinga Zuhaira kuat. Sampai menyenget-nyenget kepala Zuhaira.

"Cuba jangan fikir lain!" marah Armaya. Zuhaira gelak sambil mengaduh sakit.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now