👑 •BAB 23•

114K 6.1K 165
                                    

     ARMAYA MIKAEYLA pandang tubuhnya apabila semua mata pekerja-pekerja restoran itu tepat memandang ke arahnya. Atas bawah dipandang. Aku salah pakai baju ke? Rasanya inilah baju yang Datin Ria tu bagi semalam.

"You yang datang interview semalam kan?" lelaki cina yang nampak lembut itu menyoal. Matanya memang dari tadi tak lepas pandang Armaya.

"Ya saya."

"Semalam i nampak yang pakai tudung je. I tak nampak pula perempuan macam you ni." diam. Bertudung?

"Oh itu kawan saya. Dia kerja kat tempat lama dia semula. Dia tak jadi nak kerja kat sini." kurang vitamin punya Zuhaira. Ada dia tinggalkan aku sorang-sorang kat sini! Cis!

Tapi Armaya faham. Zuhaira sebenarnya terasa hati apabila Puan Ria memandang sinis ke arahnya hanya kerana dia belajar takat SPM sahaja. Mungkin lebih baik Zuhaira teruskan kerja di tempat lamanya.

"Puan Ria ada beritahu awak kerja bahagian apa?" lelaki yang bertubuh sedikit gempal itu menyoal. Armaya menggeleng. Bahagian apa?

Melihat gelengan itu, semua saling berpandangan sesama sendiri. Pelik.

"Kenapa?"

"Tak adalah. Biasanya Puan Ria akan beritahu budak baru ambil kerja mana. Tapi..."

Armaya berdebar mendengar kata-kata yang tergantung itu.

"You pandai bawa motor?"

Armaya jatuhkan kepala.

"Motorbike?"

"Maybe..." Armaya pelik. Motif tanya pasal motor? Aku ni ada nampak macam rupa ekzos ke?

"Boleh saya tahu kenapa?" Tanya Armaya.

Semua diam. Macam buat-buat tak dengar pun ya juga.

"Tak adalah. Biasanya kalau Puan Ria tak beritahu, maksudnya you jadi budak delivery. Auchh!" lelaki cina itu mengusap lengan tempat wanita bertudung bawal hitam itu mencubit.

"What the hell?! I'm just telling her the truth!" bengang!

"D... delivery?" terkebil-kebil Armaya mendengar. Weh! Apa pasal restoran macam ni wujud?! Pelik gila!

"Awak jangan risau. Awak kan perempuan. Mustahil Puan Ria jadikan awak budak delivery."

Armaya cuma menenangkan diri sendiri. Betul tu! Saya kunci kata-kata itu!

"Kenapa you nak kerja kat sini? You kan cantik. Body pun hot. You sepatutnya jadi model tau." kekok.

Perlahan-lahan tangan Armaya naik peluk tubuh. Lain macamlah mamat ni. Tak padan dengan meliuk lentoknya.

"Kalau jadi model tak ada otak, tak guna jugak!" perempuan yang dari tadi khusyuk pandang telefon tiba-tiba bersuara. Dia bangkit dari duduknya dan terus meninggalkan ruangan itu. Bahunya sempat melanggar kuat bahu Armaya.

Armaya terkedu sendiri. Eh? Cari gaduh ke apa?

"Err abaikan je dia. Dia memang macam tu."

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now