👑 •Bab 50•

167K 6.5K 833
                                    

     "TOLONG..." Tunku Noah mengalihkan tubuh ke arah isterinya. Armaya buat muka melihat Tunku Noah yang comel menayang tie biru gelap di tangan.

"Pakai jelah."

"Tak reti." eleh selama ni boleh je buat sendiri. Gedik!

"Sini." Armaya menarik tangan Tunku Noah mendekat. Lincah tangannya melilit tie itu. Nasib baik dia reti ikat tie. Sebab pengawas masa sekolah dulu kena pakai tie.

"Hari ni abang ada meeting dengan Tyra Corp."

"Good luck abang." mendatar suara Armaya yang masih khusyuk melilit tie dileher Tunku Noah.

Sakit hati melihat muka tak beriak Armaya. Macam kena palau.

"Ceo Tyra Corp perempuan." Duga Tunku Noah lagi.

Armaya terus mendongak mendengarnya.

Pandang pun. Tunku Noah kenyit sebelah mata. Bibir bawah digigit. Gaya badboy.

Eh? Amboi...

"No flirting okay."

"Why not?"

"You are mine." Panas rasa wajah. Tapi Armaya tak kira. Tunku Noah dia yang punya.

Terus tersengih lebar Tunku Noah mendengarnya.

"Jangan risau. Abang memang nampak macam orang bujang tapi abang kan dah ada Mikaeyla. Abang tak akan flirt dengan perempuan lain. Okey?"

"Nampak bujang?" berkerut dahi Armaya mendengarnya. Awak tu dah kahwin lah.

"Tunggu sekejap." Armaya menghilang seketika. Tunku Noah angkat bahu. Entah apa agaknya budak tu nak buat.

Armaya kembali mendekati Tunku Noah. Pelik lelaki itu melihat bibir isterinya yang merah menyala. Apa kes ni?

"Sini abang. Mikaeyla nak buat eksperimen." Armaya senyum nakal. Tunku Noah mendekat jua apabila sutnya ditarik Armaya supaya melangkah mendekatinya.

Armaya menjengketkan kakinya sedikit sebelum bibirnya melekap di kolar baju kemeja putih Tunku Noah. Lama.

Tunku Noah terkaku sesaat. Apa budak ni buat?

"Siap." Armaya terus tersenyum dan menarik tisu di atas meja sebelum sisa gincu di bibir di bersihkan.

Tunku Noah menggeleng kepala melihat bekas gincu berbentuk bibir Armaya di kolarnya. Sudahlah kemeja putih pula tu. Hmm. Nasib sayang.

"Dah puas sayang? Merah menyala dah. Orang lain takkan ngurat abang punya."

Armaya gelak melihat muka mohon tabah Tunku Noah. Sumpah nampak reda gila.

Tunku Noah mendekatkan bibir di telinga Armaya.

"Tapi... abang lagi suka kalau Mikaeyla bagi lovebite."

Armaya terkaku apabila Tunku Noah mencium telinganya sekilas.

"Boleh. Come." Armaya kembali memakai gincu merah di bibirnya sebelum berura-ura mahu mendekati leher Tunku Noah. Tangan sudah menarik tali leher lelaki itu ke arahnya.

Tenggelam timbul halkum Tunku Noah. Boleh gila dia dengan Armaya ni.

Boleh tahan nakal.

Geram rasa.

Cuppp!

Tunku Noah terus memandang wajah Armaya lama saat Armaya mula menjauh darinya. Terus dia jeling cermin meja solek. Ada kesan bibir Armaya di lehernya.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now