👑 •BAB 25•

130K 6.7K 655
                                    

ARMAYA bekukan diri. Ya Allah! Tiba-tiba Armaya perasan akan sesuatu. Matanya melorot jatuh memandang tangan yang menyentuh lembut di sisi pinggangnya. Berdiri tegak bulu roma dibuatnya.

Cis.

Ambil kesempatan ya! Amik kau!

Terus terlepas tangan Tunku Noah dari tubuh Armaya apabila kakinya dipijak kuat. Bibir bawah digigit supaya tidak mengeluarkan bunyi. Terdiam lelaki itu menahan kesakitan.

Bukk!!!

Malang tak berbau. Armaya tak sempat mahu seimbangkan diri dan akhirnya terus jatuh terduduk dia atas lantai. Mengaduh kecil gadis itu bila punggung cium lantai.

Sakit siot bontot gua!

"You crazy?! Setiap kali jumpa orang memang awak suka pijak kaki ke?" geram dia dengan Armaya. Dulu kaki dia kena pijak. Sekarang kena lagi. Apalah nasib...

Armaya diam. Perlahan-lahan dia bangkit. Tangan mengusap punggungnya yang terasa sakit. Dia jatuh atas lantai kot. Bukannya tilam. Sakitnya!

Armaya rasa nak gelak sikit melihat Tunku Noah yang menganalisis kakinya. Sakit? Padan muka!

"Saya pergi dulu Encik." Armaya buat-buat tak kenal semula. Dia terus pusing. Sempat tangan mengutip cap hitam yang jatuh atas lantai.

"Nak ke mana?" lengannya terasa ditarik lembut dari belakang.

"Apa pegang-pegang ni..." Armaya cuba merentap lengannya dari genggaman Tunku Noah. Namun lidahnya terkelu saat lengan itu melingkar di tubuhnya.

"Well, i will make sure you hurt me no more." yakin sahaja wajahnya. Tersedar akan Armaya yang terkaku macam patung, Tunku Noah terus menarik tangannya menjauh.

"A... ada... apa? I... I have nothing to do with you anymore, sir!" sakit punggung tapi sakit lagi hati dengan sikap sesuka hati Tunku Noah. Harap muka je hensem. Perangai hampeh.

"Are you sure baby? With you and i, we surely can do so many things together."

Armaya telan airliur melihat senyuman nakal Tunku Noah. Okey yang ni seram. Apa yang mamat ni fikirkan? Eh tolonglah sucikan otak tu sikit!

"Saya tak kenal encik."

"You do."

"No!"

"Yes."

"Saya tak kenal orang jahat gila macam encik." diam. Tiada jawapan. Lelaki berbaju hitam yang sedari tadi menonton mendekati Armaya. Terundur Armaya dua langkah. Tahu lelaki itu berang kerana dia mengutuk Tunku Noah.

Tunku Noah menahan langkah lelaki itu.

"Out." Arah Tunku Noah sepatah. Lelaki itu patuh. Kaki terus melangkah keluar dari rumah mewah itu.

"Jahat?" Tunku Noah menggumam perlahan. Bagai menyoal dirinya sendiri.

Armaya diam. Alamak dia salah cakap ke?

"Gila?" Tunku Noah menunjuk dirinya. Tunku Noah geleng kepala.

"You will know how crazy i can be then." Armaya cuak apabila Tunku Noah tarik tangannya agar mengikuti langkah lelaki itu.

"Tunku Noah! Let me go!."

Tunku Noah senyum sinis. Tadi kata tak kenal...

Armaya cuba menarik tangannya. Gagal! Pegangan Tunku Noah terlalu kejap di situ.

"Noah!" Haq yang dari tadi menonton sahaja memandang pelik lelaki itu. Tunku Noah memberi isyarat mata. Haq mengangguk faham sebelum angkat bahu. Lantak kaulah Noah! Asalkan kau tak apa-apakan dia sudah!

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now