👑 •BAB 45•

141K 6.4K 154
                                    

XIANDRA garu kepala mendengar cerita Armaya. Macam mana kak Xian nak tolong dik oii? Aku belum kahwin lagi. Manalah tahu ilmu rumahtangga camni.

"Alaa kak Xian. Tolong Mika please. Dah dua hari dah dia dingin dengan Mika. Batang hidung dia pun tak nampak." rindu? Ya dia memang rindu. Siapa tak rindu suami sendiri kan? Dia rasa serba salah pula. Dia ada buat salah silap ke?

"Kak Xian belum kahwin Mika. Nak kak tolong macam mana?" kalau dia dah kahwin, memang segala jenis ilmu rumah tangga dia dah turunkan kat Armaya.

Armaya mengeluh.

"Tak apalah. Abaikan. Ni kak Xian selesa tak duduk sini?" saja Armaya tukar topik. Dia tahu Xiandra ni senang rasa bersalah. Orangnya pun lemah lembut je. Dia tak mahu Xiandra rasa tak selesa dengannya.

"Eh okay sangat. Selesa." Xiandra senyum. Dan untuk itu dia berterima kasih sangat-sangat kepada jejaka bernama Leo itu. Dahlah hensem. Baik pula tu. Hmm. Untung siapa yang dapat dia...

"Mana tak selesa. Condo mewah kot."

Xiandra gelak. Ceh jeles ke? Rumah awak tu lagi besar bak istana tau. Nak jealous pebendanya.

"Jom kak." Ajak Armaya.

Xiandra yang sedang elok menonton televisyen menjeling Armaya perlahan-lahan.

"Pergi mana?"

Armaya senyum.





ARMAYA pandang badi beg kertas ditangannya. Pelik-pelik je. Ada ke kak Xian beli lingerie nipis warna merah macam gini? Eh siapa nak pakai? Aku? Fuh, tak mau aku!

Banyak lagi benda berfaedah dia boleh beli. Menatang ni jugak di buat bazirkan duit.

Sekali sekala Armaya betulkan beg silang yang hampir jatuh dari bahunya. Apa lagi agaknya yang kak Xian beli ni? Hmm.

Armaya yang bersandar di kereta biru itu terus tegak berdiri apabila tiba-tiba muncul motorsikal di sebelahnya. Lelaki berhelmet di atas motor itu bagai memberi isyarat.

Tanpa sempat mencerna apa-apa, terasa beg silangnya ditarik dari belakang oleh seorang lelaki lagi lelaki yang muncul dari belakang tiba-tiba. Kuat. Armaya melawan. Namun entah macam mana, dia terjatuh ketika bergelut. Pergelangan kaki kanannya rasa sakit.

Armaya mendongak. Budak lelaki yang memegang beg silangnya nampak serba salah memandang Armaya.

"Cepatlah bangang!" budak lelaki itu terus panjat motor sebelum motorsikal itu menjauh.

"Ya Allah, Mika!" Xiandra laju lari dari jauh mendekati Armaya yang terduduk atas jalan tar.

"Adik okay?" cemas Xiandra memandang Armaya. Habislah.

"Okay kak. Tapi beg Mika..." Xiandra mengeluh melihat Armaya yang sudah tersebek-sebek hendak menangis.

"It's okay. Kak Xian sempat nampak nombor plat motor tu. Sekarang ni kita pergi klinik dulu ya?"

"Tak nak. Mika nak balik." Tunku Noah...

"Mika..." meleret Xiandra menyeru nama Armaya. Armaya geleng lagi. Dia ingin bangkit perlahan-lahan. Namun belum sempat berdiri, dia jatuh semula. Bibir bawahnya digigit apabila rasa sakit mencengkam di bahagian pergelangan kakinya.

"Aduh."

"Kenapa? Sakit?"

Armaya angguk kepala. Xiandra cemas sendiri.

"Jom kita pergi klinik."

Armaya mengangguk. Akur.

Dengar pun kata. Sakit sangatlah tu. Bukannya Xiandra tak kenal Armaya. Dari kecil sampai dah jadi bini orang tetap degil. Kepala batu.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now