👑 •BAB 15•

125K 6K 116
                                    

     SEJAK kes kolam minggu lepas, tiada lagi jejaka bernama Tunku Noah di hadapan mata. Armaya merasa lega. Sekurang-kurangnya dapat jugalah dia fokus pada kerjanya.

Sejak dua menjak ini juga, Tan Sri Zulhazi kelihatan sangat sibuk. Sama ada dia sibuk benar atau sengaja menyibukkan diri. Lantak. Armaya tidak mahu ambil pusing. Dia dapat rasakan yang aman sedikit hidupnya sekarang. Tapi tengoklah nanti bila daddy-nya sudah tidak busy lagi. Terpaksalah jadi cinderella dalam angan-angan yang tidak pernah kesampaian tu semula.

"Dik!" sergah Armaya. Arisya berpaling seketika sebelum kembali tenung akuarium ikan comel miliknya.

"Aaaa terkejutnyaaa." mendatar nada suara Arisya. Memerli kakandanya. Armaya jongket bibir.

"Kau kenapa dik? Nampak macam putus cinta je." Armaya gelak. Saja bergurau. Dah lama tak menyakat adiknya itu.

"Haah."

Terdiam Armaya mendengarnya. Alamak!

Dipandang Arisya yang diam merenung ikan emasnya yang berenang bebas itu.

"Kalau orang yang kita suka tu sebenarnya cuba hancurkan orang yang kita sayang, apa aku patut buat kak?" Arisya mendongak. Matanya yang mula berkaca memandang penuh harapan ke arah Armaya.

Armaya diam melihat adiknya. Tak faham.

"Siapa yang kau suka ni dik?" tegang wajah Armaya. Panas hatinya andai wujud manusia yang buat adiknya seperti ini.

"Tak. Tak ada apalah kak. Aku cakap nanti bukannya kau faham pun. Bazir airliur je." Arisya seka airmata yang jatuh tanpa sedar.

Armaya diam. Kenapa dengan Arisya?

"WHAT happen? " Chef Fakhrurazi diam. Mata hanya memandang ke arah Cik Elisa yang menangis dari tadi.

Chef Badriz terpinga-pinga. Bengang pun ya bila soalannya dibiar tak terjawab.

Armaya memandang perempuan itu. Ramai pekerja berkerumun di dewan mesyuarat itu. Bila nampak Tengku Fattah genggam penumbuk dan rahangnya bergerak, Armaya tarik nafas. Pasti ada sesuatu yang terjadi?

"I have no respect on traitors! Guards!" Armaya terkejut melihat Tengku Fattah yang menyinga itu. Nampak garang dan menakutkan. Ini bukan Tengku Fattah yang dia kenal.

Jeritan Elisa semakin sayup kedengaran apabila dua pengawal berbadan sasa itu menarik badan wanita itu menjauh.

"Whoever dare to betrays us, then you will see what we afford to do!" mata Tengku Fattah melilau ke seluruh ruang dewan.

"Especially you guys!" Tengku Fattah terus tajam memandang ke arah Armaya, Michelle dan Puan Damia. Bagai memberi amaran.

Michelle dan Puan Damia terus menundukkan kepala. Armaya memandang pelik ke arah mereka berdua. Bila Armaya mendongak, wajah Tengku Fattah tegang memandangnya. Lambat-lambat Armaya menundukkan kepala.

Rasanya mereka bertiga memang menarik perhatian semua orang di saat ini. Alasannya cuma satu. Kerana mereka adalah perempuan.

Ni yang dia tak suka. Perlu ke memandang rendah kepada perempuan sampai macam ni sekali?

"Perempuan. Like us. Akan sering dijadikan kambing hitam. They. Musuh syarikat akan aim kita Armaya. Sebab kita perempuan. Dianggap lemah. Digunakan sesuka hati. Bekerja di hotel ini bermaksud yang you mempertaruhkan nyawa you sama. I can't help you more. Someone once said that we need to trust no one. I boleh survive until now disebabkan kata-kata tu. So i think you should too."

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now