👑 •BAB 27•

128K 6.6K 934
                                    

BAGAI lembu dicucuk hidung. Armaya hanya ikut sahaja langkah kaki Tunku Noah yang membawanya keluar dari restoran Puan Ria. Bila terasa ada tangan bergerak dibahunya, Armaya terus melepaskan diri daripada bahunya terus dipeluk. Dasar Tunku Noah. Suka ambil kesempatan!

"Your girlfriend? Work with you? Awak pinjam saya? Freaking homework like real? Who do you think i am? Highschool student?" bengang. Dia tak suka dengan ayat Tunku Noah. Lain macam dan senang untuk disalah tafsir orang.

"I help you. So you should say thank you. Let me teach you how to say it. THANK. YOU." speechless. Tunku Noah perli! Dasar pakcik tak cukup asam! Saja cari pasal.

"Saya tak suka dengan apa yang awak cakap tadi. Orang boleh salah faham tau tak?! Nanti apa orang cakap..." Armaya membebel. Hilang rasa marahnya pada Puan Ria. Sebaliknya rasa bengang pula dengan Tunku Noah.

"Pedulilah apa yang orang cakap. Mangkuk jamban tak boleh nak ditutup melainkan kita tolong tutupkan. Easy." unik analogi dia. Agak-agak kertas bahasa melayu dulu dia dapat A kot. Bukan A sahaja. Malah mungkin plusnya beratur kat belakang A tu. Pasal bijak sangat.

"We talking about human. Tak ada kena mengena dengan mangkuk jamban." bidas Armaya lagi. Tunku Noah tarik nafas dalam-dalam. Pasrah.

"Whatever satisfied you Armaya Mikaeyla. And now come with me." Tunku Noah menarik baju Armaya agar mengikutinya. Tapi Armaya cepat-cepat menepis tangan Tunku Noah. Tunku Noah mendengus perlahan.

Apa lagi lah budak kecik ni?

"You are the one who to be blame. Kalau awak tak 'culik' saya, benda ni takkan terjadi." Marah Armaya.

Tunku Noah julingkan mata. Tak habis-habis lagi.

"Sekarang ni tengoklah. Saya dah tak ada kerja. Saya dah menganggur semula. I hate it. Awak ingat senang ke saya nak cari kerja?" Armaya peluk tubuh memandang Tunku Noah. Lantaklah dengan pandangan membunuh Tunku Noah tu. Dia tengah berhangin satu badan sekarang ni.

"Awak tu orang kaya. Banyak duit. Goyang kaki sepanjang hidup pun tak apa. Saya ni..."

"Sayang..."

Terus terdiam Armaya. Gadis itu terus buat muka. Tunjuk geli padahal dia dah meremang segala bulu roma sebenarnya. Tiber kena panggil sayang, siapa tak seram.

"Dah habis membebel, sayang? Or you want a kiss?"

Armaya telan airliur mendengar suara gemersik Tunku Noah. Bagai mahu menggodanya pun ada.

"Aw... awak takkan berani." Armaya melawan pandangan mata Tunku Noah.

"Really?" lelaki itu menjongket sebelah kening.

"Eiii malaslah nak layan. Better saya balik rumah. Tidur. Lagi berfaedah."

Tunku Noah geleng.

"Ikut saya." pendek sahaja arahan Tunku Noah.

Armaya geleng.

"No! Tak nak, tak mahu dan tak akan!"

Tunku Noah gigit bibir.

Ya Allah, susahnya nak hadap budak ni! Geram aku!



TUNKU NOAH tahan senyum melihat wajah cemberut Armaya. Tunjuk protes lah tu. Macam budak-budak.

"We've arrive maestro."

Tunku Noah angguk kepala sebelum keluar dari kereta. Dia melihat Armaya yang masih didalam kereta. Pintu kereta terus dibuka. Armaya masih statik di tempatnya. First time Tunku Noah bukakan pintu kereta untuknya. Rasa special? Takde maknanya!

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now