👑 •BAB 8•

128K 6.9K 1.5K
                                    

     "ARMAYA, boleh tolong saya hantarkan surat ni kat Encik Hadi tak?" Armaya yang sedang membereskan kerjanya terus angkat kepala memandang wajah Zack.

Armaya memandang sekeliling. Semua masih sibuk dengan kerjanya. Nampaknya, dia seorang sahajalah yang sudah free sedikit berbanding pekerja-pekerja lain.

Armaya senyum sebelum menyambut sampul surat di tangan Zack.

"Encik Hadi selalu di mana ya?" Tanya Armaya.

Zack garu kepala.

"Saya pun tak tahu sebenarnya." Armaya cuma angguk kepala.

"Tak apalah biar saya cari Encik Hadi. Awak cover saya sekejap tau." Armaya terus berlalu selepas itu. Kaki melangkah ke arah pintu belakang. Terpaksa guna jalan jauh sebab majlis besar hotel ini akan berlangsung dalam beberapa minit sahaja lagi.

Zack terus tarik senyum misteri melihat langkah Armaya yang semakin menjauh. Look like i got my next target!

Pity you Armaya. Innocent. Naive... and yet beautiful...

ENCIK HADI tahan senyum jahatnya. Sekali-sekala dikerling Armaya yang berdiri dihadapannya. Si manis itu tidak menyedari yang dia sudah menjadi umpan. Good job Zack...

"Surat ni daripada siapa?" Armaya mencebik sesaat mendengar suara beku dan dingin Encik Hadi. Sombongnya.

"Saya lupa nak tanya Zack." Encik Hadi menganggukkan kepala berkali-kali. Bagai puas hati.

"Terima kasih Armaya." lelaki itu terus berlalu melepasi Armaya. Armaya buat muka. Mata menyorot setiap langkah Encik Hadi. Gadis itu kembali melangkah apabila tersedar masih ada kerjanya yang perlu dibereskan.

Tiba-tiba langkahnya terhenti mendadak. Kepala tiba-tiba teringat tentang sesuatu. Encik Hadi. Rasanya dia kenal lelaki itupun hanya kerana Encik Hadi pernah berjalan mengiringi Tengku Fattah. Dia tahu nama Encik Hadi pun daripada Chef Rain. Bercakap dengan Encik Hadi? Tidak pernah sama sekali. Apatah lagi bersua muka lagilah tak pernah. Tapi macam mana lelaki itu boleh tahu namanya. Nak kata ada di bajunya?

Armaya terus tunduk pandang tubuh. Tiada pula namanya terpampang di mana-mana. Sejak pertama kali terpandang muka Encik Hadi, dia rasakan pernah lihat wajah itu.

Ada sesuatu yang tak kena...

Armaya kembali melangkah ke De la Majestique Kitchen. Kepalanya masih ligat memikirkan soal Encik Hadi.

Encik Hadi... Encik Hadi... Hadi... Hadi...

Diulang-ulang nama itu. Namun kotak memori bagai gagal mencerna memori yang dikehendaki. Armaya berdecit geram. Kesal dengan diri sendiri yang gagal mengingat di mana dia pernah melihat wajah Encik Hadi.

Armaya tergamam apabila melihat susuk tubuh yang berpakaian serba hitam itu. Lelaki itu turut memandangnya. Armaya kenal sangat dengan wajah itu walaupun cap hitam yang dipakainya menutup sedikit muka.

Axelerou!

Kaki terus melangkah laju ke arah lelaki itu yang masih berdiri tegak di sebelah pasu berwarna emas itu. Mata tidak terkelip memandang lelaki itu. Tak mahu hilang jejaknya.
Bukk...

Dek terlalu leka memandang lelaki yang dikenalinya itu, tubuhnya serasa melayang dirempuh entah siapa. Ni orang ke apa siut!

Lengannya terasa dipegang kejap. Bagai menghalang tubuh Armaya daripada cium lantai.

Armaya terus dongak mencari susuk tubuh Axelerou. Tangannya direntap dari pegangan si tukang yang langgarnya itu. Mata meliar ke setiap pelusuk tingkat satu hotel ini. Mencari gerangan yang dikehendaki. Gagal. Armaya mengeluh.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now