👑 •BAB 60•

122K 5.4K 346
                                    

TUNKU NOAH memandang dua orang lelaki yang segak berbaju uniform juruterbang itu.

"Amsyar. Are you okay to fly?"

Lelaki bernama Amsyar itu mengangguk dengan senyuman.

"I'm good sir. Lagipun saya dapat tidur empat jam tadi selepas balik dari Jepun. I've already have a good rest. Lagipun Eriss ada. Dia boleh cover saya." Amsyar menepuk bahu lelaki di sebelahnya. Lelaki itu hanya membisu. First time bersemuka dengan pemilik nama Tunku Noah. Auranya sangat dingin. Tegang. Berwibawa dan berkarisma. Patutlah dia disegani sejak remaja lagi.

Tunku Noah mengangguk. Dia tahu Amsyar penat. Tapi dia tiada pilihan lain.

Just wait you, Edven. You touch them, i kill you...




ANGELA tidak ambil kira akan pergelangan tangannya. Terus kuat dia meronta walaupun pergelangan tangan mula rasa pedih. Dia risau akan kakak iparnya itu. Wajahnya semakin pucat. Bibirnya kering dan dia berpeluh dingin.

Masakan tidak. Sudah hampir dua puluh empat jam mereka diikat. Air setitis pun tidak diberi. Tipulah kalau mereka tidak rasa haus. Jahanam punya Edven!

Angela mendesis kuat sebaik sahaja merentap kedua-dua tangannya dari ikatan itu. Sumpah sakit. Namun berbaloi kerana ikatan di tangannya terlerai.

Terus dia membuka ikatan di kaki. Lincah sahaja tangannya.

Armaya diam melihat kulit putih Angela memerah dan ada luka-luka kecil dipergelangan tangan itu. Pasti sakit.

Angela terus bangkit.

"What are you doing, Nayla?"

Angela terkedu sesaat. Nayla.

Nama itu...

"Try to escaping?" Angela senyum palsu sesaat sebelum kembali memandang sekeliling. Cuba mencari jalan keluar.

"Don't do this Nayla. Let's just wait for your brothers. This is too dangerous. Trust him."

Angela terus ketawa sinis. Tunku Noah? Tunku Niel? Percaya?

"The last time i trust them, they ate my chocolate without telling me. So how? Still gonna trust them?" Angela menjeling Armaya. Bibir menyenget tahan lucu. Armaya senyum. Kelakar pula mendengarnya. Apalah Tunku Noah dan Tunku Niel sudah buat pada adiknya ini?

"What's wrong with you? Akak nampak pucat." mata cantik Angela masih meliar memandang sekeliling.

Armaya senyum sahaja. Tubuhnya sangat lemah tidak berdaya.

"I'm good." diam. Serius wajah gadis itu meneliti setiap ruangan.

"We need to get out of here." Angela dan Armaya terus mengeras apabila ada suara perbualan di luar bilik.

"Let me stay here. You can go." suara garau itu jelas didengari.

"Okay." Angela terus berjalan menuju ke belakang pintu. Tangannya sempat mencapai sebatang kayu di atas lantai.

Angela diam di situ dengan kayu digenggam erat.

Pintu berkeriut tanda ada seseorang melangkah masuk. Tanpa sempat lelaki itu memantau dua orang tawanan Edven, Angela terus menolak pintu lantas kayu dihayun kuat di belakang leher lelaki itu.

Lelaki itu perlahan-lahan rebah ke atas lantai. Membulat mata Armaya. Kuat pukulan tu.

"Jangan risau kak. Dia pengsan je. Belum meninggal lagi." Angela terus mendekati lelaki itu. Sepucuk pistol yang tersisip di pinggang itu itu dicapai dan di selit di belakang seluarnya. Pisau tajam juga di ambil.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now