👑 •BAB 11•

123K 6.3K 176
                                    

     ARMAYA MIKAEYLA melabuhkan punggung di sebelah Arisya Milana yang asyik menonton drama korea di ruang tamu.

Ketika itu, scene Cheon Song Yi menjerit apabila kereta merah yang dinaikinya langsung tidak berhenti sedangkan pedal brek dipijak berkali-kali. Bukit curam di hadapannya membuatkan penonton pun ikut berdebar sama.

Yup.

Korean drama~

"Sikit!" Armaya terus merampas tupperware berisi popcorn karamel di pegangan Arisya. Arisya mendengus sebelum muka tayang riak marah. Tak lama. Dia kembali memandang skrin televisyen.

"Nah." popcorn kembali di sua kepada Arisya. Cepat-cepat Arisya capai kembali popcorn miliknya. Kacaulah Armaya ni.

"No. Andwae!" Arisya tak reti duduk diam. Takut sangat kalau watak heroin kesayangan dia itu terjun gaung barangkali.

Armaya kecilkan mata memandang Arisya.

Over betul!

Puan Sri Juhana duduk di sofa berangkai dua. Ingin meluang masa bersama dua anak tirinya itu. Nak harapkan si anak bujangnya? Huh. Entah bila nak tunjuk muka. Masih marah agaknya.

"Mummy, daddy mana?" Armaya bertanya. Sejak dia pulang dari kerja tadi, susuk Tan Sri Zulhazi masih tidak kelihatan.

"Daddy outstation. Dia tak beritahu nak ke mana." Puan Sri Juhana faham sangat dengan perangai suaminya. Tan Sri Zulhazi seorang yang perahsia dan lebih suka memendam. Tidak suka untuk bercerita.

"Dia mana pernah beritahu kalau nak outstation kat mana." bibir Armaya terjongket sinis. Dia pun bukannya suka sangat ambil tahu tentang ayahnya. Sekadar tahu ayahnya ke luar negara kerana urusan kerja sahaja sudah mencukupi.

"Armaya kerja macam mana?"

"Mestilah tersangat okey mummy! Memang ini cita-cita Mika. Alhamdullillah. Dapat jugak jadi chef." Puan Sri Juhana senyum melihat muka bercahaya Armaya.

"Armaya tahukan daddy tak setuju Armaya jadi chef. Mummy takut je kalau... Armaya faham kan." Ujar Puan Sri Juhana berhati-hati.

"Mika tak akan benarkan mummy. Never! Daddy sepatutnya faham apa yang Mika nak, apa yang Mika suka. Macam ayah orang lain." Luah Armaya.

Puan Sri Juhana rasa tersentuh mendengar suara mengadu Armaya. Ini kerana kalau apa-apa pun yang berlaku, Armaya tidak gemar bercerita dengan orang. Dia lebih suka berdiam diri. Persis ayahnya.

"Armaya sabar ya. Pasti ada hikmah kenapa daddy jadi macam tu."

"Hikmah apa mummy? Supaya konon kami tak terima nasib yang sama macam arwah mama ke?" suara Arisya lembut tetapi cukup buat jiwa yang mendengarnya direntap kasar. Puan Sri Juhana terkaku serta merta. Tiada jawapan untuk itu.

Armaya Mikaeyla cuma menggeleng kepala. Dia sendiri pernah fikir macam itu. Tetapi mustahil bila teringatkan yang bukan main benci Tan Sri Zulhazi apabila menyebut tentang mamanya. Sebab? Masih kekal menjadi menjadi misteri. Untuk itu dia perlu mencari jawapannya.

Matanya melekat di kaca televisyen. Namun fikirannya melayang entah ke mana. Sedang asyik melayan perasaan, badannya terkaku di atas sofa apabila melihat lelaki yang bersut hitam di skrin televisyen. Tanpa sedar bibir terjongket menyampah.

Iklan.

'Jap. Rancangan apa ni?!'

"Saksikan Paradigma Korporat bersama YM Tunku Noah Nathan pada minggu ini. Hari Sabtu, jam lapan tiga puluh minit malam." bagai tahu-tahu sahaja Armaya bertanya. Paradigma Korporat? Apa seh rancangan macam ni.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now