👑 •BAB 61•

125K 5.7K 860
                                    

     "SHE'S dead? Good job Evan." Edven menepuk bahu lelaki di sebelahnya. Dia tak pernah kecewa akan kerja Evan. Selalu tepat dan menepati citarasanya.

Edven mencangkung dihadapan Armaya. Wajah itu nampak semakin lemah dan pucat. Pasti Tunku Noah sudah terima mayat adiknya. Sebagai tanda amaran darinya. Alang-alang dah terbunuh. Sudah tiada guna. Budak tu dah mati. Lainlah wanita cantik di hadapannya ini. Punya banyak guna. Kalau Noah tak nak kutip bini dia ni, dia boleh pakai. Tak gitu?

"Pity you, darling. Is he really love you?"

Armaya diam. Kepalanya pening. Sejak dari semalam dia rasa nak muntah. Tapi apabila dia mahu muntah, tiada apa yang keluar. Hanya angin sahaja. Tubuhnya pula rasa semakin lemah.

"If he does, then why you're still here? Tied up. Weak. Can't fight. Why? Maybe you are no one to him, darling. You're no one." Edven memprovok mental Armaya. Jelas wanita itu nampak lemah. Makin suka dia. Bilalah Tunku Noah nak datang ni. Tak sabar!

"He will. I know he will come." Armaya beranikan diri menentang anak mata lelaki itu.

"Well i hope he comes. Can't wait!" Edven sengih jahat sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

Armaya terus mengalirkan airmata. Dia tak kuat. Ya Allah! Mana aku yang dulu?

Armaya terkejut apabila terasa tudung bawal dikepalanya dibetulkan seseorang terus dia mendongak.

Evan.

Lelaki itu seperti biasa. Senyum sahaja. Dia kemudian menghulurkan sebotol air mineral ke arah Armaya.

"Want some?" Armaya diam. Dia tidak boleh percaya lelaki ini. Manalah tahu dalam air tu ada racun ke.

"You must have some, my lady. You look weaker than yesterday." diam. Mata bulat itu hanya memandangnya sahaja.

Evan mengeluh. Air itu kemudian di tonggak sedikit. Bergerak halkumnya tanda air itu selamat lalu esofagus.

"See. Don't worry. No poison." senyum lagi. Evan membuka ikatan di pergelangan tangan Armaya. Air disua ke arah wanita itu.

Armaya lambat-lambat menyambut dan diteguk air itu. Rakus. Terasa lega apabila air itu melalui tekaknya.

Armaya terus memegang perut apabila Evan menghulurkan pula roti. Armaya risau. Dia sangat lapar. Tapi. Halalkah roti itu?

Evan mencubit sedikit roti itu dan disuap ke dalam mulutnya. Tak ada racun dalam ni sayang.

"No worries. I bought it from halal bakery." entah kenapa Armaya percaya akan kata-kata Evan. Disambut roti itu. Perlahan-lahan roti itu disuap ke dalam mulut. Nikmatnya. Terima kasih ya Allah!

Sedang khusyuk makan, Armaya terkejut apabila pergelangan tangannya dipegang. Terus dia menjauh dari Evan.

"Whoa. Sorry, my lady. I'm just want to help." lelaki itu menarik lengan baju Armaya. Satu kain kecil di keluarkan dan dikoyak menjadi dua. Satu kain di lilit di pergelangan tangan Armaya yang sudah memerah itu. Dan satu lagi dililit di sebelahnya. Sudah luka pergelangan tangan Armaya.

"Are you done?" Armaya mengangguk. Bingung dia dengan sikap Evan. Kenapa lelaki ni baik semacam?

Tangan Armaya dibawa bersama dan diikat semula. Penuh tertib dan tidak terlalu ketat seperti tadi.

"Don't worry, my lady. Angela is still alive."

Armaya terdiam mendengarnya. Kalau betul. Syukur alhamdullillah.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now