👑 •Bab 56•

109K 5.6K 578
                                    

   "THIRSTY?" Armaya hanya mengangguk kepala. Dia tidak berapa nak haus sebenarnya. Tapi dia asyik memikirkan di mana nak teruskan pencariannya. Hari ini sudah hari keempat di sini. Namun masih tiada berjumpa.

"Stay." arah Axelerou sebelum dia melangkah masuk ke dalam Belle Cafe.

Armaya menunggu sahaja di luar kafe itu. Dia rasa bersyukur juga dengan adanya Axelerou sebagai peneman. Tak adalah dia takut nak jalan sorang-sorang di negara orang ini.

Armaya terpandangkan beberapa orang lelaki berbadan sasa dan penuh tatu di badan berjalan menghimpit seorang wanita yang memakai kain menutup mulut dan hidung. Hanya matanya sahaja yang kelihatan. Mereka berjalan melepasi Armaya.

Armaya terkaku apabila terpandangkan anak mata yang cantik itu memandangnya sekilas. Mata cantik itu nampak sayu. Bagai meminta bantuan dalam diam.

Tanpa kata, Armaya terus mengekori langkah mereka. Terjingkit-jingkit kakinya. Armaya setia mengekor sehingga tiba di belakang kawasan bangunan lama. Wanita yang ditutup mulutnya itu dipaksa duduk di atas sebuah bangku. Wanita itu meronta kuat. Namun dua orang lelaki itu tidak mengendahkannya. Tangan wanita itu digari bersama bangku.

"Stay. You move. You'll dead." lelaki itu terus melangkah masuk ke dalam bilik kecil di belakang bangunan. Diam. Wanita itu mengalirkan airmata. Armaya mengeluh. Perlahan-lahan kaki mendekati wanita itu.

Air liur ditelan kelat. Punggung perlahan-lahan dilabuhkan di sebelah bangku itu.

"Pardon me signora. What happened to you?" Armaya tersenyum apabila wajah wanita itu memandang wajahnya. Anak mata itu. Tidak disangkal lagi. Sangat mirip dengan Tunku Noah. Ya Allah!

Wanita itu menggeleng kepalanya laju. Bagai menyuruh Armaya pergi jauh darinya. Armaya enggan. Tangannya naik membuka kain yang menutup mulut wanita itu.

Terkejut dia melihat ada kain yang diikat di mulutnya. Bagai menghalang wanita itu daripada berbicara dengan sesiapa sahaja. Namun Armaya terus mengalirkan airmata setitis apabila wajah itu kelihatan jelas di matanya. Dia. Ya. Itulah dia. Dialah wanita dalam lukisan itu. Dialah bonda.

Wanita terus menepuk paha Armaya perlahan. Menyuruh Armaya pergi apabila sayup-sayup kedengaran suara lelaki.

Armaya terus melonggarkan sedikit ikatan di mulut wanita itu agar tidak terlalu ketat dan menyakitkan. Kain tadi di ikat menutup semula mulut wanita itu. Tidak terlalu ketat juga.

"I will find you."

Tiba-tiba lengan Armaya direntap kasar dari belakang. Berderau darah Armaya. Takut. Namun tidak lama apabila wajah tampan Axelerou berada di hadapan mata. Hampir gugur jantungnya. Nasib baik hanya Axelerou.

"We need to go." bisik Axelerou kasar. Armaya terus ditarik secara paksa.

"But i can't leave her Axel."

"Kayla please..."

"I'm not going to lose her again Axel!" Armaya merentap lengannya. Kuat. Axelerou diam melihat wajah memerah Armaya. Seketika kemudian dia mendengus kasar.

Objek berbentuk segi empat tepat keci berwarna hitam itu ditanggalkan dari kolar jaket kulitnya. Dia terus mendekati wanita itu. Objek itu diseluk masuk ke dalam poket baju kot wanita itu.

"Take this with you." Axelerou memandang anak mata keemasan itu. Wanita itu pula pantas menganggukkan kepala walaupun dia agak bingung melihat Axelerou dan Armaya. Axelerou menundukkan kepala sedikit sebelum pamit menarik Armaya pergi dari tempat itu.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now