👑 •BAB 43•

144K 6.4K 636
                                    

10 tahun lalu...

TUNKU NOAH memandang Micah tajam. Tiada lagi senda gurau dan gelak tawa antara mereka. Tiada lagi istilah sahabat antara sepupu antara mereka.

Yang tinggal sekarang hanyalah sifat ingin bersaing dalam diri mereka. Micah juga serius dalam pertarungan ini. Bagai berazam mahu menang dan menjadi pewaris mutlak organisasi De'Angelo.

"I'm sorry, Noah." serentak dengan itu Micah meluru ke arah Tunku Noah. Serangan demi serangan mengejut dari Micah ditepis tenang sebelum tiba-tiba Micah naikkan lutut tepat di abdomen Tunku Noah. Terus terundur Tunku Noah selangkah. Terbongkok tubuhnya. Senak.

Micah berhenti. Tunku Noah pun berhenti sama. Penat. Kedua-duanya mula termengah-mengah mengatur nafas.

"One law in De'Angelo. No mercy. One man may stand. And another may fall!"

Tunku Noah mendengus kasar mendengar suara tua itu. Lelaki tua yang duduk di atas kerusi jati itu dijeling sekilas.

Aku tekad. Aku kena menang.

Micah meluru ke arah Tunku Noah. Tunku Noah cuma melangkah tenang. Tanpa sempat Micah berbuat apa-apa Tunku Noah terlebih dahulu menumbuk wajahnya. Terhuyung-hayang Micah. Belum sempat hendak stabilkan tubuh, dia rasa bagai di awangan seketika sebelum bahagian belakangnya rasa terhentak kuat atas lantai gelanggang. Micah akui. Noah memang bijak menggunakan teknik seni mempertahankan diri yang dipelajari. Segala teknik digunakan dengan baik pada waktu yang tepat. Tiba-tiba rasa kerdil.

Micah ingin bangkit tapi Tunku Noah cepat-cepat naik ke atasnya. Tumbukan demi tumbukan tepat dilepas ke Micah. Micah menaikkan lutut tepat di perut Tunku Noah. Bila Tunku Noah terleka sesaat, Micah mengambil kesempatan. Tubuh Tunku Noah ditolak kuat.

Ahli-ahli organisasi De'Angelo semua bersorak kuat. Majoritinya menyokong Micah. Kerana Micah anak lelaki sulung Fernand dan Nina Alfonso. Dua-dua orang orang kuat organisasi ini. Namun Tunku Noah juga bukan calang-calang orang. Dia cucu lelaki sulung ketua De'Angelo, Salvatore De'Angelo. Ibunya Helenna. Siapa tak kenal wanita cantik berdarah separuh jerman itu. Dialah anak perempuan kesayangan Salvatore.

Jadi kalau mengikut andaian, Tunku Noah punya pengaruh lebih besar dalam keluarga gah ini. Lebih ternama. Lebih punya segalanya. Tak hairan kalau Salvatore lebih sayangkan Noah dan Niel berbanding cucunya yang lain.

Beberapa minit sudahpun berlaku. Sama ada Micah mahupun Tunku Noah, dua-dua tidak mahu mengalah. Niel tutup mata rapat. Tak sampai hati melihat kembarnya yang sudah berdarah itu. Bibirnya pecah. Dahinya luka. Pipinya sudah kebiruan.

Ahhh sepatutnya dia yang ada di situ. Bukan Noah.

Namun dia kasihankan Micah juga. Wajah kacak itu lagi teruk. Penuh darah. Batang hidungnya juga sudah kebiruan. Darah segar mengalir dari dahi. Tolonglah hentikan...

Noah dan Micah berlawan lagi. Lagi dan lagi. Ketika mereka terpisah jauh dalam gelanggang. Salvatore mengarahkan anak buahnya melakukan sesuatu.

Noah dan Micah terdiam melihat objek tajam yang dilempar betul-betul di tengah gelanggang. Noah melangkah tenang manakala Micah sudah laju mencapai pisau itu. Pisau itu diangkat namun Noah lebih cepat menerpa ke arah Micah. Tubuh Micah ditolak kuat.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now