👑 •BAB 64•

141K 6.1K 583
                                    

ARMAYA tahan airmata melihat Tan Sri Zulhazi yang terbaring lemah atas katil itu. Walaupun dia tidak rapat dengan lelaki itu, namun dia masih sayang akan Tan Sri Zulhazi. Ayahnya. Yang selama ini menjaga makan pakainya sehinggalah dia dewasa.

"Armaya. Daddy nak beritahu... Armaya tentang mama." tersekat-sekat kata-kata Tan Sri Zulhazi. Dia sudah tua. Terkena serangan jantung pada usianya tidaklah pelik.

"Shhh. Daddy rehat je dulu ya. Save your energy." Armaya memaksa sebuah senyuman. Tangan menepuk lembut Tan Sri Zulhazi.

Tan Sri Zulhazi menggeleng kepala lemah.

"Daddy tetap nak beritahu Armaya. Tentang mama."

Armaya mengangguk. Bibirnya masih tersenyum. Dia tak mahu ayahnya lemah melihatnya menangis.

"Mama tak salah, Armaya. Daddy yang berdosa kerana tuduh mama bukan-bukan."

Armaya menutup mata. Dia tahu mama bukan orang yang sebegitu.

"Daddy jumpa Armaya di sebelah jalan selepas kemalangan tu. Daddy tak tahu siapa yang selamatkan Armaya."

"Daddy mula rasa tidak sedap hati. Apatah lagi Armaya basah kuyup masa tu. Jadi daddy terus cari mama."

"Daddy ternampak kereta mama dalam tasik. Daddy terus lompat, daddy cuba selamatkan mama." Tan Sri Zulhazi mengalirkan airmata.

"Tapi daddy terlambat. I was too late. Mama dah tak ada. Dia dah berhenti bernafas. Daddy rasa menyesal dan keliru masa tu. Daddy masih marah."

"Jadi daddy rahsiakan kematian mama dari semua orang. Termasuk anak-anak daddy. Tapi sekarang semuanya dah jelas. Mama tak pernah curang dengan daddy. Daddy yang baran. Daddy punca mama meninggal." Luah suara itu sayu.

Armaya menutup wajahnya. Dia tak mampu tahan airmata. Terus terhambur tangisannya. Tunku Noah menggosok-gosok bahu Armaya. Menyalurkan kekuatan. Armaya masih keliru dengan semua ini. Dia baru sahaja mendapat tahu tentang kematian mama. Masih sukar hendak menelan semuanya.

"Daddy minta maaf. Daddy sepatutnya lindungi keluarga daddy. Tapi tak. Daddy suami yang teruk. Daddy ayah yang teruk. Maafkan daddy." Lemah luahan itu.

Armaya terus memeluk tubuh Tan Sri Zulhazi yang terbaring lemah itu.

"Mika maafkan. Mika minta maaf juga sebab selalu kurang ajar dengan daddy selama ni. Mika minta ampun."

Tan Sri Zulhazi mengusap lembut kepala anaknya yang sudah berbalut tudung itu. Sejuk hati tuanya melihat wajah manis Armaya bertudung.

Tan Sri Zulhazi mencapai tangan Tunku Noah lantas digenggam kejap.

"Jaga anak daddy elok-elok, Noah."

Tunku Noah senyum. Genggaman tangan tua itu dibalas.

Tan Sri Zulhazi pernah cuba menghancurkannya. Tapi Tunku Noah bukan pendendam.

Buat apa berdendam. Nanti dia sakit sendiri.

Noah janji, daddy.

Janji.







AJAL, jodoh semuanya ketentuan Allah. Tiada siapa yang mampu lari dari takdir yang sudahpun ditetapkan oleh tuhan.

Hari ini bermakna sudah hampir satu purnama Allahyarham Tan Sri Zulhazi meninggalkannya. Armaya rasa rindu akan lelaki itu. Masih terbayang wajah tua itu tersenyum gembira apabila dia memberitahu Tan Sri Zulhazi tentang kandungannya. Namun lelaki itu tidak sempat melihat wajah cucunya sebelum meninggal dunia.

Armaya sayang ayah.

Tunku Noah mengeluh melihat isterinya itu. Dia sendiri tidak menyangka Tan Sri Zulhazi akan pergi meninggalkan mereka. Risau dia akan Armaya.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now