👑 •BAB 59•

112K 5.8K 422
                                    

     "AUNT helen?" terpacul nama itu dari bibir Micah. Perlahan-lahan dia senyum. Terus dia memandang Tunku Noah disebelahnya.

Ibu kau dah balik Noah...

Lelaki itu pucat. Terkaku. Kaki bagai digam di tempatnya berdiri. Mata yang berkaca itu memandang ke dalam anak matanya.

"Bonda?" Tunku Noah melangkah perlahan-perlahan ke arah wanita itu. Bagai tidak percaya akan kewujudan figura itu. Mungkin semua ini hanyalah. Imaginasi. Ilusi. Bayangan semata-mata.

"Anak bonda..." bergetar suara Helenna tangannya naik memegang pipi Tunku Noah. Diusap lembut pipi itu. Ya Allah!

"Bonda!" Tunku Noah terus memeluk tubuh itu apabila terasa tangan lembut wanita itu di pipinya. Ini bukan mimpi. Bukan imaginasi. Bukan ilusi. Ini realiti!

"Bonda. Noah rindu bonda sangat-sangat."

Terus terhambur tangisan Tunku Noah di bahu bondanya. Tidak pernah dia menangis sebegini rupa. Dia gembira. Gembira bonda kembali padanya. Namun pada yang sama dia rasa takut. Takut akan keselamatan Armaya di sana.

"Bonda pun. Ya Allah. Dah besar dah anak bonda." Helenna ketawa dalam tangisan. Belakang tubuh anak lelakinya itu ditepuk-tepuk. Dah besar panjang. Handsome dah.

Suasana sepi. Membiarkan dua orang itu meluah segala rasa rindu yang terbuku di dada.

Haq dan Leo senyum. Haq yang tiba-tiba mengalirkan airmata buatkan Leo memandangnya pelik.

'Ingatkan hati kering. Reti menangis rupanya.' Kutuk Leo.

Micah senyum sama. Dia menumpang bahagia melihat dua beranak itu. Tamat sudah pencarian Helenna Mia De'Angelo selama ini.

Tunku Noah melonggarkan pelukan. Tersenyum lebar dia. Tak sangka dia masih dapat bersua muka dengan bonda.

Seketika kemudian dia teringatkan sesuatu. Kepalanya terus memandang Ben.

"Ben. Armaya Mikaeyla mana?" Wajah itu bertukar muram. Semua memandang Ben kembali. Ada sesuatu yang berlaku ke?

"Answer me Ben. Mana isteri aku?!"

Ben pejam mata rapat.

Helenna terus memandang wajah anaknya apabila terdengar perkataan itu. Isteri?

"Armaya Mikaeyla? Armaya? Dia isteri Noah?" Bergetar nada suara Helenna ketika itu.

Menggigil tubuh Helenna apabila Tunku Noah menangguk lemah. Ya Allah! Kenapa Armaya tak beritahu bonda? Allah!

"Ben..."

Ben menarik nafas dalam dalam-dalam. Seraya itu kepala digeleng. "I don't know where she go. Sorry Noah."

Tunku Noah terkaku sendiri.

"Armaya. Noah pergi cari dia. Bonda takut. Dia yang tolong bonda larikan diri. Bonda takut. Edven mesti cari dia. Noah. Bonda takut. Maafkan bonda." Helenna mengalirkan airmata laju. Terus dia diterpa rasa risau dan bersalah. Wanita itu isteri anaknya. Menantunya! Kenapa dia bodoh sangat. Ya Allah!

"It's okay bonda. Bonda jangan risau. Nanti bonda jatuh sakit." Tunku Noah memeluk wanita itu. Mahu menenangkan wanita itu dan dirinya sendiri.

Dia merasa terharu dengan isterinya. Namun dia rasa takut dan risau pada masa yang sama. Risau akan Armaya Mikaeyla.

Ya Allah. Mana Mikaeyla pergi sayang...

Tiba-tiba telefon Micah berdering lantang minta diangkat.

Samuel.

Terus Micah menjawab panggilan itu.

"Samuel?" riak wajah Micah berubah.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now