👑 •BAB 19•

117K 6.4K 522
                                    

     ARMAYA melepaskan lelah di bilik cantik ini. Di pintu kaca memang tertulis 'No Entry', tapi tak berkunci. Baik tak yah letak papan tanda tu. Bilik itu memang selesa walaupun kecil. Ada air-cond. Tetapi sunyi. Armaya suka suasana sebegini. Tenang je.

Sofa lembut itu tenggelam sedikit sebaik sahaja Armaya melabuhkan punggungnya di situ. Rasa penatnya bekerja seharian di hotel mewah itu hilang sedikit.

Armaya yang bersandar mendongak sedikit. Memandang lukisan besar itu. Lukisan seorang wanita berambut perang. Cantik. Kekasih Tunku Noah ke?

Diamati lukisan besar itu. Wanita itu sedang tersenyum lebar. Armaya kagum dengan si pelukis yang melukis potret secantik ini. Pasti dia mempunyai bakat yang besar. Potret ini nampak hidup. Kelihatan bernyawa. Ada ke wanita secantik lukisan potret ini? Wujud ke?

Automatik Armaya bangkit mendekati potret itu. Baru Armaya perasan akan tulisan berangkai dari tinta emas di hujung baju wanita itu.

T. Raf

T. Raf? Pelukis dia mungkin. Memang tabik spring ahh kat mamat ni. Hebat dia melukis. Talented and gifted.

Armaya bergerak lagi. Armaya terhenti tatkala terpandangkan tulisan kecil berwarna hitam. Kalau nama T. Raf tadi agak kontra berbanding latar belakang dan senang dilihat, tulisan ini pula agak tersembunyi dan memang samar-samar untuk dibaca. Sebab warnanya dan warna latar belakang belakang hampir sama. Namun masih boleh dibaca.

Pieno d'amore :

~Mrs. Helenna Mia De'Angelo

"Helenna?" Armaya mendongak memandang wajah yang tersenyum manis itu. Maksudnya wanita ini wujudlah ya?

Lama Armaya tenung lukisan itu. Bagai ada tarikan yang terus menariknya untuk terus merenung lukisan tersebut.

"Little lady?" terkejut Armaya mendengar suara garau itu. Bila melihat susuk tegap Leo, Armaya terus sengih dengan wajahnya yang tidak bersalah.

"Hey there, Leo!" Sapa Armaya ceria.

Leo tersenyum melihat Armaya.

"What are you doing here little lady? Rasanya ada tulisan 'no entry' di pintu kaca." ada nada menyindir di situ. Armaya mencebik. Ceh!

"But i'm not surprise. Awak dah selalu ke sini. No wonder awak nampak tak serba salah langsung."

Armaya terus memandang wajah kacak Leo. Alamak!

"Awak tahu?"

Leo menyengih.

"Whatever you did, whatever you said and wherever you are... of course we know." tenang. Muka Leo selamba sahaja. Makin ternganga Armaya mendengarnya.

"We?"

"Yes."

"Awak spy saya? Saya kena intip?"

Leo nampak berfikir sejenak. Jarinya diketuk-ketuk di hujung pipi. Gaya sedang berfikir.

"For the first one... not actually. Untuk soalan nombor dua, yes. Memang awak diintip tapi bukan saya orangnya." Armaya diam.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now