❀ 01

2.4K 300 46
                                    

|| Liberté 01 ,  arahan omma

❀————❀

pss. kau tengoklah Tae tu. serabut semacam aje dari tadi ”
Jungkook menolak lembut lengan Jimin menggunakan sikunya.

Mata Jimin terus tertumpu pada rakan nya, Taehyung.
“ iyala. dari tadi dia macam tu. serabut tapi seksi! ”
Jimin menyeringai suka.

“ ah kau, jangan curang! ”
Kata Jungkook berpura-pura marah.
“ Tae hyung! hyung okay tak? ”
Akhirnya Jungkook menyoal.

Kepala Taehyung yang dari tadi menunduk kini didongakkan memandang Jungkook.
“ okay tak okay jugalah, kookie ”
Jawapan Taehyung mendatangkan kekeliruan.

“ apa jadi, Tae? ”
Soal Jimin pula. Risau dia dengan perubahan cuaca Taehyung hari ini.
“ macam ni ceritanya— ”

|| 2 days ago..

“ jadi, apa yang omma nak bincang dengan Tae harini? sampai tak boleh tunggu Tae balik dari concert tour esok”
Punggung dilabuhkan berhadapan ibu tersayang.

omma nak kamu kahwin, Tae ”

Iphone XS yang sudah terbukti sangat mahal itu terjatuh dari pegangan Taehyung. Dipandang muka ibunya untuk mencari riak gurauan.

Namun, tiada.
Jadi ini bukan gurauan.

“ kenapa tiba-tiba ni, omma? omma tahukan company Tae tak bagi artist bercinta inikan lagi berkahwin ”
Taehyung cuba mencari alasan.

“ ya, omma tahu. sebab tu omma dah pergi bercakap dengan Bang PD-nim
Balas Puan Kim tenang.

Semakin tenang Puan Kim, semakin gelisah dan tidak tenanglah anaknya Taehyung. Masakan dia boleh tenang selepas mendengar arahan yang diberi ibunya itu?!

“ tapi— omma—

“ bantah dan career kamu sebagai idol berhenti disini. cubalah. ”
Taehyung terus memberhentikan niatnya untuk membantah.

“ tapi.. kenapa omma nak sangat Tae kahwin ni ? ”
Suara Taehyung mengendur. Agak kecewa kerana dipaksa oleh ibunya.

“ sebab omma dah tua, Tae. omma nak juga merasa bermenantu dan ada cucu. apa Tae nak tunggu omma pergi macam nenek kamu dulu baru Tae nak dengar cakap omma ni? ”

omma! jangan cakap macam tu! baik-baik, Tae kahwin! ”
Terus Taehyung mendakap tubuh tua ibunya.

Sungguh dia tidak betah mendengar isu berkaitan neneknya yang telah meninggal dunia itu dibangkit.

“ apa yang Tae buat ni, semua untuk omma. beri Tae masa untuk cari calon yang sesuai, okay? ”

Wanita diusia tuanya itu mengangguk dengan senyuman terharu.
Itulah anak lelakinya, Kim Taehyung.

Tidak pernah ada satu arahan daripada nya pun yang di ingkar Taehyung. Semua kehendaknya dituruti tanpa sedikit keluhan inikan lagi bantahan.

|| now..

Jeon Jungkook dan Park Jimin sama-sama mati kata. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

Pastinya terkejut dengan apa yang baru Taehyung ceritakan kepada mereka.
hyung yang lain dah tau? ”
Soal Jungkook.

Taehyung menggeleng.
“ belum tapi nanti akan tahu ”

“ apa yang Bang PD-nim cakap bila omma kau nak kau kahwin tu? ”
Soal Jimin. Dari tadi dia tertanya-tanya.

“ dia izinkan sebab omma aku ugut dia lah. PD-nim kan tahu aku akan cakap semua cakap omma aku termasuklah keluar dari BTS. jadi, PD-nim terpaksa setuju asalkan aku kekal dalam BTS ”

Penerangan Taehyung sekali lagi bikin suasana jadi sunyi.

“ maaf, Tae. dalam hal ni, kau perlu selesaikan sendiri ”
Bahu Taehyung ditepuk lembut oleh Jungkook.

————

satu part hanya mengandungi 400+ words dan tidak akan lebih dari 500-

sebab, ini SHORT STORY.
sehari saya akan update dua kali kalau votes dan comments anda semua memuaskan.

schedule update : pagi dan malam.

[C] LIBERTÉWhere stories live. Discover now