❀ 09

1.5K 243 59
                                    

|| Liberté 09 , larang

❀—————❀

|| 2 months after the wedding..

" Tae, saya akan ke pub malam ni. jangan tunggu saya balik sebab saya akan balik lambat "

Kata Jihyo sambil tangan ligat menyediakan makanan tengahari buat dia dan Taehyung.

" bukan ke semalam dan tiga hari lepas awak dah pergi, hm? "
Soal Taehyung memandang tajam isteri cantiknya itu.

" ala— saya dah terbiasa. lagipun awak tak ada kan malam ni? ada awards yang perlu awak pergi kan? bosanlah saya seorang aje di apartment besar ni "

Jihyo cuha mencari alasan yang kukuh.

" tak, saya tak izinkan awak keluar. duduk aje dirumah "

Gadis cantik itu mengetap gigi. Menahan rasa geram. Ini bukan dalam perjanjian mereka!

" Taehyung, please. awak lupa ke apa yang pernah saya kata? awak lupa perjanjian kita, hm? "
Kini mata Jihyo dan mata Taehyung sama.

Masing-masing punya rasa tidak puas hati.

" tak, saya tak lupa. saya ingat semuanya tapi— saya tetap suami awak. awak tahu apa padahnya ingkar arahan suami kan? jadi, ikut cakap saya dan be a good wife, Kim Jihyo"

Jihyo merengus kasar. Dia meletakkan sepinggan nasi goreng dihadapan Taehyung dengan kasar sebelum melangkah kekamar tidur yang dia kongsi bersama Taehyung.

" suami konon! suami kerana kontrak! "

Taehyung mengeluh buntu. Dipandang nasi goreng yang ada dihadapannya. Sekali lagi keluhan dilepaskan sebelum akhirnya Taehyung menjamah makanan.

|| 7:06 pm , BTS dorm, Seoul Korea

" Tae, dia pun mahukan kebebasan. manalah dia nak bercakap dengan kau kalau kau seolah-olah kurung dia diapartment tu sedangkan kau, siap boleh keluar dengan kami, keluar ke music awards dan bermacam lagi "

Jin menepuk-nepuk bahu Taehyung.
" ya, hyung. Tae tahu tapi dah kalau dia keluar tengah malam untuk ke pub hyung rada patut ke Tae izinkan? "
Bantah Taehyung.

Jin terdiam untuk seketika.
" pub? dia gadis yang macam tu? "
Taehyung tersentak.
" bukan hyung, bukan macam tu cuma- entahlah. dia nakal sikit "

Jin menarik segaris senyuman.
" badgirl, huh? "
Taehyung sekadar mengangguk lemah. Jin masih kekal dengan senyuman yang membawa seribu makna.

" goda dia, Tae. ubah dia. buat dia tunduk pada kau "
Terus mata Taehyung menjadi segar. Dipandang wajah Jin.

Oh, lelaki kacak itu benar-benar serius.
Maknanya Taehyung perlu benar-benar jugalah menggoda dan cuba menawan hati Jihyo?

" hyung tahu kau suka atau malah sayang dan cintakan Jihyo tu, kan? kalau tak, tak akan lah kau pilih dia untuk dijadikan isteri "

" yah hyung! mana ada! dia cuma tolong Tae puaskan hati omma dan Tae pula tolong dia jaga diri dan jaga adik dia "

Jin sekadar menyeringai suka.
Oh Kim Taehyung, kau berbohong.
Jelas, kau bohong.

❀ ❀ ❀

[C] LIBERTÉWhere stories live. Discover now