❀ 12

1.7K 234 36
                                    

|| Liberté 12 , drunk

❀—————❀

“ saya akan ke Canada untuk seminggu. jaga diri awak baik-baik dan jangan sesekali keluar rumah pada waktu malam”
Taehyung berkata selembut mungkin.

Jihyo hanya diam. Wajah Taehyung juga tidak dia pandang. Taehyung betul-betul buat Jihyo benci padanya.

Pertama kerana Taehyung kerap melarangnya, kedua kerana Taehyung merampas kebebasan nya dan ketiga kerana Taehyung kadang-kadang suka memaksa Jihyo.

“ hey, awak betul-betul taknak pandang muka saya sikit pun? saya pergi untuk 7 hari tau. lama tu. baik awak pandang. nanti rindu susah pula ”

Tambah Taehyung lagi. Matanya tidak lepas memandang Jihyo yang sedang duduk dibirai katil.

Bila tiada sebarang sahutan, Taehyung mengeluh. Dia melangkah kearah Jihyo. Bagi menyamakan kedudukan mereka, Taehyung melutut dihadapan isterinya.

“ maafkan saya. baiklah— selama seminggu ni, buatlah apa yang awak suka. keluarlah tak kisah pagi atau malam. saya tak akan halang”

Jihyo masih lagi diam. Sambil Taehyung bangkit berdiri, sempat bibirnya mencium dahi Jihyo.

“ saya pergi dulu. awak dah dapat kebebasan awak untuk seminggu ni”
Akhirnya Taehyung meninggalkan apartment mewah itu.

Jihyo menghela nafas.
“ akhirnya! aku boleh buat sesuka hati aku! seminggu tu dah lebih dari cukup”
Jihyo tersenyum girang.

Namun disebalik senyum nya itu, entah kenapa hatinya terasa agak kosong.

|| Day 3 / 7

Rancak gadis cantik itu menggoyangkan badannya diatas pentas tari. Musik yang dipasang kuat di dalam kelab malam itu merancakkan lagi suasana.

“ Jihyo! kau dah mabuk teruk ni, jom balik okay?”
Tegur rakan karib Jihyo, Chaeyong. Jihyo sekadar tersenyum lebar.

“ masih awal lah, Chae! aku bukan selalu dapat keluar macam ni ”
Jihyo bersandar pada bahu Chaeyong.
“ ya tapi kau dah mabuk teruk ni! ”

Jihyo tertawa lalu cuba berdiri. Namun langkahnya sangat tidak teratur.
“ tengoklah! berjalan pun dah tak betul! jom, aku hantarkan kau pulang ”

Sesampai sahaja didalam apartment mewah yang didiami Jihyo dan Taehyung, Chaeyong meletakkan Jihyo didalam kamar.

“ wah— ini kali pertama aku masuk dalam apartment kau ni, hyo ”
Seloroh Chaeyong. Matanya meliar kesekitar bilik.

Chaeyong terdiam apabila melihat pakaian lelaki ada didalam almari yang terbuka.
‘ Jihyo tinggal dengan siapa disini—?’
Chaeyong mula berdiri

“ Taehyung— saya rasa kosong.. sebab awak tak ada dan larang saya— ”
Terus langkah Chaeyong mati.

Dia memandang kearah Jihyo. Dia rasakan Jihyo sedang mengigau kerana mata gadis cantik itu masih terpejam rapat.

“ tapi, siapa Taehyung? tak akan lah Kim Taehyung BTS tu? ”
Gumam Chaeyong sendirian. Mustahil. Kepala digelengkan beberapa kali.

[C] LIBERTÉWhere stories live. Discover now