|| Liberté 08 , married
❀—————❀
Dengan restu Puan Kim, Jihyo dan Taehyung kini sah bergelar suami dan isteri. Majlis perkahwinan mereka terlalu kecil.
Ini kerana tidak mahu peminat Taehyung dan media tahu tentang perkahwinan mereka. Kalau ada yang tahu, memang nahas jawabnya!
Pasti menjadi berita yang meletop-letop!
Yang hadir pada haritu itu adalah keluarga Taehyung, BTS, Bang PD, manager BTS dan adik lelaki Jihyo.
Itu adalah kali pertama Taehyung tahu dan berjumpa dengan adik lelaki isterinya. Remaja diusia 15 tahun itu bersekolah diasrama penuh jadi mereka tidak kerap bertemu.
Ini adalah kerana Jihyo tidak mahu adiknya tahu akan pekerjaan dan sikap liarnya. Sebab itu dia hantar Song Jae Il bersekolah disekolah asrama penuh.
Jihyo sanggup bekerja di pub semuanya kerana Jae Il. Dia hanya punya Jae Il sebagai ahli keluargnya selepas kehilangan kedua orangtua kerana kemalangan 5 tahun yang lepas.
Jihyo menerima tawaran Taehyung juga semuanya kerana Song Jae Il.
“ chukahae, hyung! jaga noona Jae baik-baik ya? ”
Taehyung tersenyum. Kepala Jae Il diusap sengaja untuk menyerabutkan rambut remaja lelaki itu.“ hyung janji, Jae Il ”
Taehyung kemudian memandang Jihyo yang sedang rancak berbual dengan ahli BTS. Taehyung sungguh senang apabila BTS menerima Jihyo dengan baik.
|| Apartment LoyalSky , Seoul Korea
Jihyo merebahkan diri diatas katil dengan hanya bertuala. Dia baru saja selesai mandi dan mencuci makeup diwajahnya. Dia merenung kosong siling kamar tidur.
“ Jihyo, saya akan tidur dengan awak— pakailah sopan sikit ”
Tegur satu suara tiba-tiba. Terus Jihyo mengubah posisinya kepada duduk.“ Taehyung.. maaf, saya ingat awak tak akan bermalam disini ”
Jihyo bingkas bangun dan berjalan kearah almari pakaian.Taehyung hanya diam. Matanya sedaya upaya cuba dikawal dari terus merenung tubuh badan Jihyo yang benar-benar mengiurkan. Tambahan lagi gadis cantik itu hanya bertuala.
Taehyung membuka dua butang teratas kemeja putihnya. Sungguh tiba-tiba dia terasa panas apabila matanya tidak henti memerhati Jihyo.
Ah, lambat pula Jihyo mencari pakaian.
“ awak— cuba nak goda saya ke? ”
Bahu Jihyo terhincut apabila mendengar suara serak basah Taehyung betul-betul disebelah telinganya.
Derupan nafas lelaki kacak itu juga dapat dia rasai mengena kulit lehernya.
“ mungkin ”
Balas Jihyo berani mati. Walhal jantung sudah berdegup kencang.Taehyung menghela keluhan berat. Tak boleh jadi ni. Dia tidak akan menyentuh Jihyo tanpa rasa cinta diantara mereka berdua.
Dia juga harus hormat Jihyo sebagai seorang perempuan.
“ saya mandi dulu, maaf ”
Kepala Jihyo dicium lalu Taehyung segera melangkah kearah kamar mandi. Jihyo hanya diam.“ kenapa suara dia terlalu sexy? ”
Gumam Jihyo perlahan.❀ ❀ ❀
Leave your feedback for more
chapters to be publish! ♡
YOU ARE READING
[C] LIBERTÉ
FanfictionSERIES BROKEN MARRIAGE #2 I had her pillow talking, and she told me, she's just want a little freedom. A Kim Taehyung Fanfiction. start: 1Dec2018 end: 21Dec2018 beautiful cover by : @CHERRYLUCY