❀ 14

1.8K 236 59
                                    

|| Liberté 14 , hurts

❀—————❀

“ bersiap. kita akan ke BigHit
Arah Taehyung ringkas.
“ ada apa? ”
Soal Jihyo malas. Dia masih penat dan dia tidak dapat berjalan dengan baik.

Semuanya kerana semalam—
Siapa lagi kalau bukan Kim Taehyung penyebab Jihyo sukar untuk berjalan.

“ ada makan-makan sikit. Namjoon hyung dan Bang PD-nim suruh saya bawak awak sekali ”
Terang Taehyung lebih lanjut.

Jihyo mula teruja.
“ oh ya? apa patut saya pakai? macam tak ada pakaian sesuai aje ”
Gumam Jihyo perlahan.

Namun dapat Taehyung dengar kerana mereka hanya bersebelahan. Taehyung berdecit sinis.

“ memanglah pakaian awak semua tak sesuai dah kalau semua tak cukup kain. singkat, pendek ”
Sinis perlian dari Taehyung.

Wajah Jihyo memerah menahan rasa malu dan geram.
“ suka hati saya lah. saya bebas pakai apa yang saya nak ”
Bantah Jihyo.

“ ya, ikut awak lah Jihyo. saya dah penat dengan benda yang awak panggil ‘kebebasan’ tu ”
Taehyung bangkit dari duduknya.

“ pukul 8 saya nak awak dah siap. jangan lambat atau saya tinggalkan aje awak ”
Jihyo memandang Taehyung dengan mata yang berair.

“ hina sangat ke aku ni—? ”
Gumam gadis cantik itu perlahan. Sakit hatinya apabila diperli Taehyung sebegitu rupa.

Namun, tidakkah dia tahu yang hati suaminya itu lebih sakit?
Bayangkan, hati suami mana tak sakit bila isteri ingkar arahan?

Hati suami mana tak sakit bila isteri keluar pada waktu malam ke tempat yang tak elok? Tambahan pula bagaimana kalau isterinya itu berjumpa dengan lelaki lain?

Jangan ditanya apa rasa yang sedang Kim Taehyung rasakan.
Pasti saja rasa sakit yang menggunung.

❀ ❀ ❀

“ Taehyungie! sampai pun! ”
Jimin terus memeluk Taehyung erat. Jungkook tersenyum manis apabila melihat kelibat Jihyo dibelekang Taehyung.

“ hai, kakak ipar! ”
Spontan Jungkook berkata. Jihyo tersenyum kearah lelaki kacak itu. Tanpa mengira perasaan Taehyung, Jungkook memeluk Jihyo.

Jihyo malah membalas. Membiarkan mata tajam Taehyung yang memerhati.
“ hai, adik ipar ”
Kata Yoongi pula. Gummy smile dihadiahkan khas buat Jihyo.

Jihyo tersenyum senang. Dipandang satu persatu ahli BTS. Dia bersyukur mereka semua menerimanya dengan baik.
“ hai, handsome oppas and little kook!
BTS tersenyum suka.

Taehyung hanya diam. Wajah dingin sedari tadi dipasang.
“ jom, meja makan dah ready. kita duduk dulu sementara tunggu PD-nim
Arah Namjoon selaku ketua.

“ hai semua! ”
Terus BTS dan Jihyo yang baru saja duduk kembali berdiri apabila Bang-PD tiba dimeja makan.
“ duduk duduk. tak perlu la formal sangat kamu semua ni ”

Lelaki yang sedikit berisi itu tertawa. Entah apa yang lawak. Mata Bang-PD kemudian tertancap pada Jihyo yang duduk disebelah Taehyung.

“ wah— sekarang saya faham kenapa kamu kurung Jihyo ni dirumah, Tae. cantiknya dia!”
Seloroh Bang-PD. BTS tersenyum dan mengiyakan pujian lelaki itu.

Dan makan malam mereka berjalan dengan lancar. Banyak juga topik yang BTS bualkan bersama Jihyo. Namun, bukan ahli BTS tidak perasan dengan sikap dingin Taehyung pada malam itu.

Tetapi, mereka hanya diamkan. Tak mahu makan malam itu rosak.

“ oh ya— minggu depan ada concert tour lagi kan? harap kamu semua dapat berehat dengan cukup ya ”
Kata Bang-PD sebelum mereka bersurai. Jihyo tidak sengaja mengeluh.

“ kenapa, noona? ”
Soal Jungkook apabila dia terdengar keluhan dari Jihyo.
concert tour lagi. asyik kena tinggal aje dekat rumah tu ”
Complain Jihyo mendatangkan tawa Jungkook.

“ tahan lah sikit, noona kahwin dengan international superstar, biasalah ”
Jungkook mendabik dada. Terlalu bangga dengan dimana dia berada pada saat itu setelah usaha kerasnya.

[C] LIBERTÉWhere stories live. Discover now