❀ 04

1.5K 256 32
                                    

|| Liberté 04 , her side

—————

Jihyo menghembus asap rokok keluar dari mulutnya. Mata pula meliar melihat lampu-lampu bandar Seoul. Dia sekarang berada di rooftop pub tempat dia bekerja.

Setelah habis seputung rokok dihisap, Jihyo melabuhkan punggung diatas sebuah kerusi yang ada di rooftop itu. Keluhan berat dilepaskan.

Sudah hampir 3 tahun dia hidup begini. Bekerja sebagai pelayan di bar didalam sebuah pub menjadikan dia liar. Hanya wajahnya yang kelihatan polos tetapi sebenarnya, lihatlah dia.

Merokok, bermabuk, berparti di pub dan club. Such a badgirl. Tiduri lelaki sahaja yang tidak pernah dia buat setakat ini. Sejahat-jahat Jihyo, dia tetap mementingkan maruah dirinya.

“ Kim Taehyung— ”

Tiba-tiba sahaja nama lelaki kacak itu terpacul keluar dari mulut Jihyo. Untuk seketika, wajah kacak Taehyung muncul didalam benak fikiran nya.

“ kacak, baik dan bekerjaya bedasarkan kereta yang dia pakai. jauh bezanya dari kau, Jihyo ”
Seolah-olah memberi peringatan kepada diri sendiri.

“ aku tak rasa dia akan jumpa aku lagi ”

“ Tae, macam mana? dah jumpa calon menantu untuk omma tak? ”
Usik Puan Kim. Taehyung sekadar memberi segaris senyuman kepada ibunya.

“ Tae rasa— Tae dah jumpa, omma
Balas Taehyung tanpa berfikir panjang. Wajah Puan Kim terus berubah. Seakan-akan lebih berseri dari tadi.

“ betul ni, Tae? wah! omma teruja! ”
Kepala satu-satunya anak lelaki keluarga Kim itu diusap perlahan.
“ terima kasih, Tae. Tae anak yang paling baik, omma bangga ”

Taehyung tersenyum manis.
“ sebab Tae sayang omma. I would trade everything just to see you smile
Akhirnya airmata Puan Kim gugur.

Sejak kematian suami dan ibunya, Puan Kim hanya ada Taehyung sebagai tempat bergantung. Dan berkat usaha Taehyung dan BTS, wanita tua itu hidup dalam kesenangan.

Semuanya kerana usaha Taehyung, usaha BTS. Kerana kumpulan penyanyi yang terdiri daripada 7 orang lelaki kacak yang berbakat besar itu telah menjadi boyband yang dikenali satu dunia.

‘ aku harap gadis cantik di pub tu akan terima tawaran aku. tuhan, kau lembutkan lah hati gadis itu. dia aje yang aku rasa boleh tolong aku pada saat ini ’

❀ ❀

[C] LIBERTÉWhere stories live. Discover now