|| Liberté hidden story 1
❀—————❀
“ sayang, saya ada perkara sikit nak cakap dengan awak ni ”
Taehyung menarik Jihyo agar duduk dipangkunya.“ ya? ”
Sebelah tangan Jihyo melingkar di sekeliling leher jenjang suaminya. Kemudian rambut depan Taehyung dimainkan jarinya.Taehyung menghela nafas berat.
“ saya dan bts akan ke luar negara untuk sebulan, sayang ”
Taehyung mengusap perlahan perut Jihyo yang kini kian membesar.“ sebulan? ”
Jihyo berdecit sinis.
“ awak nak tinggalkan saya lagi lah ni? ”
Perli Jihyo. Tangan nya juga dibawa turun.Taehyung mengeluh lagi.
“ saya terfikir nak bawak awak sekali tapikan awak akan muntah kalau naik
flight? ”
Kata Taehyung lembut.Bibir Jihyo kemudian ditempelkan pada bibirnya sepantas kilat.
“ jangan marah, sayang. semua ni untuk awak dan baby juga ”
Taehyung cuba memujuk.Jihyo terus memalingkan wajahnya dari terus memandang Taehyung. Lelaki kacak itu dibuat terasa hati.
“ sayang, saya kerja untuk awak, untuk anak kita nanti. saya nak dia hidup senang. saya taknak dia jadi macam saya dulu. susah, susah untuk berjaya dan hidup senang ”
Jihyo hanya diam, menanti Taehyung menghabiskan kata-katanya.
“ jadi, tolonglah faham ”
Akhirnya Taehyung berhenti.“ ingat Tae, saya tak pernah kisah kalau awak berduit ataupun tak. dan kalau saya mampu sekarang ni, satu-satunya benda yang saya akan beli guna duit adalah masa dan perhatian awak ”
Setelah itu, Jihyo bangkit dari terus duduk diatas peha Taehyung. Bakal ibu muda itu terus melangkah kearah kamar. Bukan kamar utama tetapi kamar tetamu.
Taehyung merengus kasar sebelum rambutnya diserabutkan. Dia sudah tidak tahu bagaimana lagi dia harus cuba memujuk Jihyo.
Tetapi memang benar pun, sejak kebelangan ini Taehyung sudah susah mahu memberi Jihyo masa dan perhatian yang sepatutnya seorang isteri dapat.
Sementara Taehyung merenung keluar apartment mewahnya, Jihyo didalam bilik sudah menangis. Entah kenapa sejak dia mengandung, airmata nya terlalu senang mengalir.
Malah dia pernah menangis kerana jajan kegemaran nya habis dimakan oleh dia sendiri.
Mungkin dia cuma mahukan perhatian daripada Taehyung. Tetapi sekarang, perhatian dan masa Taehyung begitu mahal untuk dia beli.
|| a month after Taehyung left..
Untuk pertama kalinya setelah beberapa bulan Song Jihyo menjadi seorang isteri yang baik, kakinya melangkah memasuki sebuah kelab malam.
Taehyung?
Suaminya itu sudah hampir sebulan lebih meninggalkan Jihyo.Sudah lah wanita itu sedang hamil. Ditinggalkan pula seorang diri. Semua benda leceh itu membuatkan Jihyo tertekan dan pergi ke kelab.
Dia memesan minuman yang selalu dia minum jika ke sana.
Dan Jihyo tahu, minuman keras yang bakal dia teguk itu akan menjejaskan kandungan nya. Tetapi, dia membuang jauh rasa was-was itu.
;end of hidden story 1
• • • •
hidden story ni tak ubah mcm special
part so enjoy ♡
YOU ARE READING
[C] LIBERTÉ
FanfictionSERIES BROKEN MARRIAGE #2 I had her pillow talking, and she told me, she's just want a little freedom. A Kim Taehyung Fanfiction. start: 1Dec2018 end: 21Dec2018 beautiful cover by : @CHERRYLUCY