❀ 03

1.5K 256 50
                                    

|| Liberté 03 , kerja baru

❀————❀

“ jadi— siapa nama awak, ya? ”
Soal Taehyung yang sudah memulakan pemanduan.
“ Jihyo ”
Pendek gadis cantik itu menjawab.

“ encik pula? dan, kenapa pakai mask tu? tak sihat? ”
Soal Jihyo semula. Taehyung menyepi buat seketika. Patut dia jujur atau patut dia tipu?

“ saya.. Kim Taehyung ”
Akhirnya Taehyung menjawab soalan Jihyo. Untuk kejutan Taehyung, Jihyo sekadar mengangguk.

‘ dia tak tahu ke siapa Kim Taehyung? tak akan lah. bukan army pun tahu siapa BTS dan aku ’
Bisik Taehyung kekeliruan.

“ awak tak kenal saya? ”

“ eh? kita pernah berjumpa ke? ”
Soalan Taehyung dibalas dengan soalan. Akhirnya Taehyung diam.

Gadis cantik itu benar-benar tidak tahu siapa Kim Taehyung.
“ oh— tak adalah. mungkin saya salah orang. jadi, dimana tempat kerja awak? ”

Taehyung mula mengubah topik. Bagus juga Jihyo tidak mengenalnya. Kalau tidak, pasti nanti Taehyung dikejar peminatnya.

“ lepas ni masuk kiri dan terus sampai awak jumpa sebuah pub
Kata Jihyo dengan rasa segan. Pastinya dia segan kerana dia bekerja disebuah pub.

Tempat dimana orang bermabuk dan meniduri sesiapa yang dikehendaki. Terus pandangan Taehyung terarah pada Jihyo seketika.

Dia tidak percaya gadis yang nampak polos itu bekerja di pub. Tak akan lah pelacur?

“ awak kerja sebagai apa kat sana? ”
Akhirnya Taehyung menyoal kerana tidak mahu bersangka buruk.

“ oh— encik jangan fikir negatif ya. saya cuma seorang pelayan bar disana ”
Taehyung menghela nafas lega mendengar jawapan Jihyo itu.

Tiba-tiba, otak Taehyung terfikirkan sesuatu. Sesuatu yang tidak dia jangka akan dia lakukan.

“ cik.. awak nak kerja baru tak? ”
Terus mata Jihyo memandang Taehyung yang sedang memandu. Sebelah keningnya terangkat.

“ awak ada tahu mana-mana syarikat yang perlukan pekerja ke? saya memang ada berfikir untuk tukar kerja ”
Jawab Jihyo dengan perasaan yang agak tidak yakin.

Dia sudah terbiasa dengan menjadi pelayan di bar. Boleh dikatakan, dia juga perangainya sama dengan pengunjung pub yang lain.

Tidak baik dan liar.

Taehyung tersenyum sekilas kearah Jihyo.
“ ya, saya ada ”

Belum sempat Jihyo bertanya, sekali lagi Taehyung membuka mulut,
“ oh— kita dah sampai. turun lah. ada masa nanti saya akan cari awak dan terangkan tentang kerja tu pada awak ya, Cik Jihyo? ”

Terus Jihyo mengangguk.
“ terima kasih encik kacak! pergi dulu ”
Selesai mengucapkan terima kasih, terus Jihyo keluar dari perut kereta mewah Taehyung.

“ encik kacak..? ”
Taehyung tertawa perlahan.
“ awak tak tengok pun full face saya tapi awak dah panggil saya kacak? ”

Sungguh hati lelakinya dicuit dengan Jihyo yang dirasakan comel itu.

❀ ❀ ❀

[C] LIBERTÉWhere stories live. Discover now